16/06/2014

MAMEE CHEF DAY OUT – PART 1

Feel free to visit Facebook Mamee Chef

Assalammualaikum..

Untuk part 1 ni agak sedikit bosan tapi aku nak beri sedikit info yang penting tentang Mamee yang mungkin ramai tak tahu dan nak tahu. Dari itu, nak ke…tak nak ker…mahu or tak mahu aku nak  bagitau jugak…

  1. Menurut kajian data yang dilkeuarkan oleh Kantar WorldPanel menunjukkan daripada 5.47 juta isi rumah, Mamee mee segera dibeli oleh 4.2 juta isirumah di semenanjung Malaysia.
  2. Mamee membuat pelaburan sebanyak RM80 juta untuk teknologi dan mesin kerana Mamee percaya dengan teknologi terkini, dapat meningkatkan mutu rasa dan mendapatkan proses yang sama iaitu ‘pulling and folding’ seperti mee La Mian.
  3. Kejayaan terkini Mamee Double Decker dan Mamee Chef:
    • Mame Chef Curry Laksa rating Top 10 ‘Best Instant Noodles’ di dunia bagi tahun 2014 oleh www.theramenrater.com (blogger terkenal yang menetap di US dan sangat popular kerana posting beliau berkenaan mee segera yang telah beliau rasai di seluruh dunia. Sehingga kini beliau telah merasa/mencuba lebih dari 1,200 mee segera berbeza. Ulasan beliau adalah dari pandangan beliau sendiri dan bagi posting beliau yang terkini beliau telah memasukkan Mamee Chef di dalam ‘Annual Top 10 Best Instant Noodles in the World'. 
    • Penerima Anugerah Gangsa Putra Brand 2014 bagi kategori barangan makanan. Diterima pada 25hb April 2014 dan dinilai oleh pengguna di Malaysia. Anugerah ini dianjurkan oleh ‘Association of Accredited Advertising Agents Malaysia’ atau 4A.
    • Penerima Anugerah Kecemerlangan Frost and Sullivan Malaysia. Menerima anugerah ini selama 2 tahun berturut-turut. Anugerah Frost and Sullivan mengiktiraf inovasi dan amalan yang terbaik pelbagai industri di seluruh Malaysia.
 4.  Resipi Kejayaan Mamee Chef
·         Kolaborasi bersama Dato’ Chef Ismail
Dato’ Chef Ismail bekerjasama dengan Mamee Double Decker untuk mencipta resipi asli dan rasa yang menunjukkan citarasa Malaysia. Bagi menciptakan Mamee Chef, Beliau memastikan perisa dan citarasanya adalah sama dengan apa yang penduduk Malaysia makan di rumah. Perencah Mamee Chef Tom Yam dan Laksa Kari dibuat dari bahan-bahan yang segar untuk herba dan rempahnya.
·         Kondimen atau bahan perasa/perisa
Untuk memastikan Mamee Chef mempunyai rasa yang lebih baik, setiap paket Mamee Chef datang dengan bahan perasa yang dibungkus berasingan.Terdapat bahan perasa yang berbeza bagi setiap perisa seperti udang, tofu, cendawan shiike dan sayur-sayuran.
·         Halal

Sebagai barangan jenama Malaysia, Mamee-Double Decker sangat mengambil berat akan status halal prodaknya. Sebagai sebahagian daripada cara untuk mempertahankan sijil halal untuk semua produk dan kilang operasinya, Halalan Toyibban telah mengesahkan kepada Mamee-Double Decker bahawa semua amalan pengilangan adalah ditahap tertinggi untuk memastikan kualiti dan mutu kebersihan produknya terpelihara.


Gambar diambil dari blogger theramenrater sebagai bukti kalau korang tak caya.

No comments:

Post a Comment