05/10/2021

Kakak Panas Panas

Assalammualaikum

Korang yang berniaga mesti ada gelaran untuk pelanggan korang kan. Macam aku, setakat ni sorang je.. sebab dia ada trademark dia sendiri... haha..

Kami memang bahasakan pelanggan kami kakak atau abang. Bukanlah bermaksud deme lagi tua dari kami. Tanda hormat sahaja. Malah, pelanggan umur 12 tahun pun kami panggil kakak atau abang.. Kadang pelanggan panggil aku adik, aku blurr jap... mungkin umur dia 41 tahun keatas kot... awet muda gitu..

Pelanggan yang aku nak citekan ni.. kalau dia datang memang tau dah apa yang dia nak... dia nak tako yang ada atas dapur.. yang panehhhhh... tapi yang bagusnya dia tak kisah inti apa. Janji panasss gituhhh... Kami ok je kalau pelanggan nak yang panas... syarat utama dia ialah.. BOLEH TUNGGU... kita tak jamin,.. kadang kami kata 10 minit.. dapur wat hal, api dia jadi lamberttttttt... geram haku... haha... 

Jadinya, bila pelanggan ni datang, kitorang dah tau dah.. dia nak tako yang panas2.. kami just bagitau je berapa lama nak kena tunggu... cuma kadang2 tu, takda yang atas dapur.. kesian beliau... disebabkan inilah, kami gelar beliau Kakak Panas Panas.. hihi.. Jangan mara arrr..





04/10/2021

Pencinta Kucing

 Assalammualaikum

Puas dah aku cari definisi pecinta kucing. Tapi tak jumpa. Mungkin maksud dia sayang kucing la gitu kot. Sisulung tu memang sayang benau dengan kucing tapiii.. masa dia kecik2 dulu sebelum masuk darjah satu gitu.. Dia alergik kucing.. bengkak muka..

tapi aku bukan nak cerita pasal Rafee.. aku nak citer pasal ada hamba Allah ni bagi makan kat kucing tapiiiiiiiiiii dia letak kat tiang gerai aku... wadehek? aku tak tau siapa. sebab aku tak nampak. Tapi semestinya manusia lah kan... sebelum tu dia letak kat gerai sebelah aku tapi betul2 dekat dgn stall aku... ntahlah, tak paham aku. dah kenapa jadi gitu?

Masalahnya.... kucing taknak makan pun makanan yang dia bagi tu... semut je yang datang... ke dia memang nak bagi makan semut? 😅 Aku sapu jelah. belakang gerai aku ni pokok mangga. Penuh dengan semut hitam. Gigit sakit oiiii.... Sakit campur gatal... 

Macam nila.. aku nasihat kat beliau.. kalau rasa sayang sangat dengan kucing2 jalanan... bagi makanan yang kucing makan. Kucing yang kami bela ni pun memilih makan tau... kalau jenis yang dia dah jemu. dia tak mau makan.. Kena cari jenis lain pulak... gitu... risau bekas makanan dia, masuk semut... semut yang makan... bukan kedekut dengan semut.. tapi aku tak bela semut.. pandai2lah kau semut nak cari makan... 😑

ni masa rafee 6 bulan. saje tepek gambo dia. xde keje.. huhu.. Mbah Wan n Cek Su

k.bai.Wassalamu


30/09/2021

Orang Macam Kami

 Assalammualaikum

Kadang2 aku malas nak borak dengan orang. Takut salah cakap. Kadang kita maksud lain. Orang maksud lain. Eh, lantaklah.

Ni, aku nak cerita. aku kurang kefahaman sikit. Ada seseorang.. beliau borak dengan sis. Rasa macam budak baru grad. Baru koje kot.. sebab bila aku sebut nama kenalan aku yang keje kat tempat yang sama beliau kerja. Beliau kata, sahabat tu dah takde kat situ sebab dah ada phd. Ye, aku faham. Kat situ paling tinggi pun master je kot. ntahlah. Aku agak je. hahaha.. Kalau ada phd. memang ngajar kat U.

Citenye. Bila aku cakap pasal sahabat ni. Dia dok cakap. Orang macam kami memang tak aktif FB. Orang macam kami kalau update pun pasal hal kerja je. aku:*matakeatas*. Apa maksud anda dengan orang macam kami??? Nak bagitau awak hebat ke? Phuii...

Orang macam kami lah sangat.. Kecik beso kecik beso je aku tengok beliau.. walaupun kau memang beso. huh!

ORANG MACAM KAMI. Nak kabo kau pandailah tu. Ye dik. Akak dulu sekolah tak tinggi. Ada degree je. Graduate University Malaya. Tak pandai mana pun. Tu yang niaga tepi jalan tu. Orang pandai ni... dia ngajar kat Politeknik. Ok dah sebut. lalalala.. bye..


ni lah sahabat aku tu... dia baik. tak sombong

kita sekolah tak tinggi. macam ni lah... janji cukup makan.. sudahhh... 



18/09/2021

2021 dah nak habis pun. Covid tak habis lagi

 Assalammualaikum

Tau2 dah 2021 je. Banyak sebenarnya cerita. tapi aku masukkan dalam draft. Biasalah kuat meroyan. Muahahaha!!!

Diam tak diam. Anak2 pun dah besau. Mak pun membesau jugak.. kalau dulu 40kg now dah 60kg... hahahaha... Maleh dah aku nak cara... makin berusaha nak kurus, makin gemuk. lantak situ. 😂


Sajelah nak simpan kenangan, Ni je gambar raya yang ada masa PKP 3.0. Ni pun sebab nak share kat FB Page. Kalau tak. Takdelah kot. Aku takde mood pun nak raya. Mood nak rehat je.. Hahaha..
Rafik 14 tahun
Mia 12 tahun
Caca 6 tahun
Qayyim 2 tahun
Cukuplah 4 orang ni... Aku bukan jenis rajin pun.. makin berat badan. Makin malas kauuu... haaaa gituuu



Sekarang ni aku dah fully kerja sendiri... dah tak stress dengan perangai orang.. penat pun puashati... kami buat berdua je buat masa ni sebab covid ni.. tak berani lagi nak hire staff.. Insya Allah... ada rezki nanti adalah staffnya..




Ni gerai aku kat Lembah Keramat. Au4 ya bukan Au5. Baru je nak masuk 2 tahun aku join Chef Tako. Oktober 2019.. Sale aku biasa2 je.. Bolehlah nak bagi makan anak2. Walaupun berniaga sendiri. Kami ada gaji. Husband aku tu, ada elaun khas untuk diri dia. Sebab dia buat kerja lebih katanya.. haha... Apa2 ajelaah... 

Dalam 2 tahun ni ada 2 hutang yang settle. Insya Allah. Hujung tahun ni. 1 hutang lagi settle.. Tak sabooo.. stress weiii... 

Oklah. saje nak bagi hidup blog je.. tajuk dengan cerita takde kena mengena kot. ntah. dah nak pukul 4 pagi. aku tak habis lagi buat kira2. sebab ada pemiutang tak reti mengira. buat aku stress.. adehhh

k.bai. wassalamu

08/01/2021

2021 everyone

Assalammualaikum

Saje nak ingatkan lagu ni.. huhu...

Bendera berkibar di angkasa
Lambang negara jaya
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Dengan berbakti dengan megah

Hadapi cabaran masa muka
Penuh tenaga murni
Bakti dicurah sehara-sehala
Dengan wawasan yang suci

Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rasa-dirasai
Bersama kita nikmati

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan


babai 2020. semoga 2021 covid pun hilang.. ntahlah.. mengeluh ni nabi kita tak suka.. berdoa je banyak2.. semoga semuanya dipermudahkan... Amiin..