18/01/2018

Isu Aurat Ibu/Bapa Tiri dengan Anak Tiri Lelaki/Perempuan

Assalammualaikum
Tergerak hati nak cerita tentang isu ni sebab ramai ustajah kat internet tu.

Baca dulu nanti aku cite

AURAT ANAK LELAKI TIRI DENGAN IBU TIRI
Pergaulan dan batasan aurat sebagai ibu tiri dengan anak-anak tiri sama ada lelaki / perempuan sama seperti anak kandung (sekiranya telah berlaku persetubuhan antara isteri dengan suami).
Ini selaras dengan firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 23 yang bermaksud:
"Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; ..........anak-anak isterimu dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengahwininya; ..........."
Begitu jugalah aurat si bapa tiri dengan anak-anak tiri, di mana aurat anak tiri mereka adalah sama seperti anak kandung.
Walau bagaimanapun, sekiranya si isteri mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu dan si suami juga mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu, maka batasan aurat di antara anak-anak si isteri dan anak-anak si suami adalah dikira seperti batasan aurat bukan muhrim kerana mereka boleh berkahwin di antara satu sama lain.

Dah baca? ada paham?

Ada orang tak paham maksud tiri. Adik beradik sebapa atau seibu.

Contohnya Mak korang kawen lain. Adik yang mak korang lahirkan dengan bapa tiri korang tu adik beradik seibu. Keluar dri perut yang sama dengan korang nanti masa ditalkinkan akan di bin atau dibintikan dengan nama Ibu yang sama. Gitu. Begitulah sebaliknya. Kalau bapa korang kawen lain. Anak yang lahir dari perkahwinan tersebut dipanggil adik beradik sebapa. Bin dan binti nama bapa yang sama. Bukan adik tiri hokey. Darah daging tu. Muhrim.

Kalau masa Mak korang kawen, bapa tiri tu dah ada anak lain. Tu baru adik beradik tiri. Yang tu bukan muhrim. Kalau jantina tak sama, boleh kawin. Kalau jantina sama, muhrim takleh kawen. hihi. Ada paham. Begitulah sebaliknya. Alrite.

Kalau nak belajar, belajar biar berguru. Jangan dengan NETIZEN. Sebab diorang ni ambil yang sesuai je dengan diri dorang. Menghalalkan dan mengharamkan sendiri. Kalau rasa2 tak suka dengan orang tu, terus jadi haram. Ewah2... kat kubur sok, tak ikut sukati ko ye dekkk... Ikut hukum jugak.

Saje aku kongsi benda ni sebab geram dengan ada makhluk yang komen pasal aurat Neelofa dengan bapa tiri dia. Pastu pasal Memey dengan anak sulung Abby tu. Korang ingat diorang retis, diorang tak mengaji? Siap ngaku dah tanya ustaz. Meh bagitau sape ustaz tu. Akak nak tampo. Ntah ye ntah idak ko dekk... 
|
|
|
|


k. bye. wassalamu


5 comments:

  1. Mahram boh bkn muhrim

    ReplyDelete
  2. Nak tanya kalau bapak kita ceraikan mak tiri kita... apa batas aurat antara kita dgn bekas mak tiri tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetap mahram sampai bila² sebab pernah berkahwin dengan bapa.

      Delete
  3. ‘sekiranya telah berlaku bersetubuh’. kalau selepas nikah, mereka tidak tinggal sebumbung atau sakit, adakah aurat saya dengan ayah tiri, seperti bapa sendiri?

    ReplyDelete
  4. suami sy pernah berkahwin sebelum ini dah mempunyai ank perempuan tidak sah taraf bersama bekas isterinya,..ank.itu dijaga oleh suami saya sejak kecil...selepas itu berkahwin dgn saya dan hasil lerkahwinan kami mempunyai seorang ank lelaki..pertanyaan saya..apakah hukum ank tiri perempuan tidak sah taraf itu dengan ank lelaki saya

    ReplyDelete