05/12/2014

Cerpen : En Takut Perempuan (Mr. Gynophobia)

Oleh : Yumi Hyra

Suasana di dalam kedai buku Kinokuniya agak sesak dengan orang ramai, tambahan pula malam ini malam Sabtu. Tetapi,
waktu sesak beginilah yang aku suka sangat datang ke sini.
‘’ Weyh, aku pergi area belakang tu kejap. Nak tengok if ada latest collection untuk Chicken Soup books” ujarku pada Aliyya Madihah yang sedang ralit membelek novel Nicholas Sparks yang bertajuk The Lucky One.
“Alright, alright,” jawab Aliyya sambil matanya masih digamkan pada sinopsis cerita di belakang buku tersebut.
Aku mengatur langkah ke bahagian motivational and self-improvement. Anak mataku mencari-cari koleksi buku Chicken Soup . Sambil anak mataku masih terpaku pada barisan novel yang tersusun rapi, aku bergerak perlahan-lahan ke kanan sehinggalah…
“Aduh!”
Alamak! Aku dah menyebabkan kemalangan anak orang pulak. Seorang lelaki dengan riak wajah yang berkerut sedang memandangku. Buku-buku miliknya jatuh bertaburan di atas lantai. Aku menunduk, mengutip satu persatu buku tersebut dengan rasa bersalah bercampur malu.
“Encik, minta maaf sangat-sangat. Memang salah saya sebab saya buat lorong ni saya yang punya. Minta maaf ya, encik,” tuturku sopan dan menghulurkan buku-buku yang terjatuh tadi kepada lelaki yang kini sudah berdiri di hadapanku dengan jarak yang begitu jauh.
“Encik, buku-buku encik,”
Lelaki bermata bulat ini hanya membisu dan wajahnya kelihatan pucat lesi.
“Encik okey?” Kali ini aku lihat lelaki di hadapanku ini sudah berpeluh-peluh.
“Buku-buku encik ni,” buku-buku yang masih berada dalam peganganku, kuhulurkan kembali dan aku datang menghampiri.
“Jangan!” sedikit kuat suaranya dan dia terus pantas berlalu meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga. Aku termangu-mangu melihat kelibat lelaki tadi yang terus keluar dari Kinokuniya. Pelik!
“Liya,Liya!” panggilku.
“Kau ni kenapa?” soal Aliyya pelik.
‘’Kau tengok aku ni ada macam rupa pontianak ke ?’’
‘’Adalah sikit,’’
‘’Kau ni, tak membantu langsunglah. Weyh, seriuslah. Ada macam muka hantu tak ?’’
Aliyya ketawa dan terus merenungku dari atas ke bawah.
“One percent, you looked like a vampire. Baju putih and pashmina putih. Yang kau ni buang tabiat tanya pasal vampire kenapa pulak? Dah rindu nak tengok Twilight Saga pulak ke?”
“Tadi aku bumped into this one guy and buku-buku dia terjatuh. Aku nak pulangkan buku dia tapi muka dia pucat gila and
dia berpeluh-peluh macam terserempak dengan hantu. Bila aku datang dekat, dia terus menjerit and lari keluar dari sini,”‘’Pelik ! Patutnya if nak lari pun, kau yang patut lari sebab kau yang langgar dia kan,’’
Aku hanya mengangguk dan hanya mampu mengangkat bahu.

**************************************

Selepas menerima panggilan telefon daripada ibu tadi, aku membawa langkah ke pantry. Selepas membancuh segelas hot chocolate, aku menarik kerusi dan melabuhkan duduk.
‘’ Hana, tak pergi lunch ke ?’’ soal Faiq sambil menarik kerusi dan duduk di hadapanku.
“Terbantut selera aku bila ibu aku call tadi,” jawabku dan meneguk hot chocolate yang masih berasap.
“Terbantut kenapa pulak?” soal Faiq pelik.
“Maunya tak terbantut, mesti ibu cik Hana Dhamirah kita ni bising pasal bab suruh kahwin,” sampuk Aliyya yang tiba-tiba muncul.
“This time is even worst,” ujarku perlahan-lahan.
Dua pasang mata kini terarah kepadaku.
‘’Ibu aku dah ada calon dia sendiri. Kalau aku tak nak, ibu aku nak kahwinkan aku dengan anak kawan dia yang Indonesian tu,’’ terangku membuatkan tawa Faiq meletus.
‘’This is not funny, Faiq,’’ aku sudah membuat muka.
“Nanti kau dapat husband foreigner la kan? Bolehla aku kirim kain batik Jawa banyak-banyak kat kau,’’ usik Faiq.
“Banyakla kau punya kain batik Jawa. Aku dah banyak kali cakap kat mak aku yang nanti aku cari sendiri bakal suami aku. Lagipun aku baru 25 tahun kot,” balasku.
“Nanti kau tu bila? Mesti ibu kau dah tak nak tertipu dengan janji manis kau tu. Tu yang dia carikan sendiri,’’ ujar Aliyya pula.
‘’Eleh, mentang-mentanglah kau dah bertunang, kau nak discriminate aku yang single mingle ni ya,’’ Aliyya hanya ketawa senang.
‘’Siapa bakal menantu pilihan ibu kau tu ?’’ soal Faiq.
‘’Aku tak pay attention sangat kat nama dia. Tapi mamat tu orang KL jugak,” jawabku.
‘’Aku bukan nak tahu pasal candidate number 1, aku nak tahu pasal yang Indonesian tu,’’
“Kau ni kan, tak habis-habis pasal isu mamat Indon tu. Aku suruh ibu aku carikan kau minah Indon baru tau,’’
‘’Ala kau ni, gurau sikit pun nak tersentap,’’ Aku hanya memekakkan telinga kerana Faiq Arshad yang aku kenal sejak lima tahun lepas tidak pernah penat mengusik.
‘’Habis kau nak buat apa sekarang ni ?’’ soal Aliyya.
‘’Entahla. Aku kena balik Ipoh jugakla weekend ni. Tengoklah apa yang jadi nanti,” jawabku lemah.
“Aku nak tolong pun, abang aku dah kahwin. Kalau tak, boleh kau jadi kakak ipar aku,”tambah Faiq sambil tersengih.
“Kalau abang kau tak kahwin lagi pun, tak nak aku beradik iparkan kau. Maunya aku sakit jiwa dan raga hari-hari bila ada adik ipar macam kau,” tuturku selamba. Seperti biasa, Faiq hanya ketawa senang.

*********************

“Kak,” sapa satu-satunya adik lelaki tunggalku, Adam Danish. Dia bersalaman denganku.
“Adam. Duduklah,”balasku dan Adam melabuhkan duduk di sebelahku.
“Bila akak sampai?”
“Baru jugaklah. Adam dari mana ni?”
‘’Tadi teman abah pergi rumah Pak Usop. Ada tahlil sikit,’’
Aku hanya mengangguk dan membuang pandang ke arah langit malam yang hitam pekat. Terngiang-ngiang perbualanku dengan ibu sebentar tadi. Ibu tetap dengan keputusannya supaya aku berkahwin pada tahun ini juga.
Katanya, cucu perempuan nenek semuanya akan berkahwin sebelum menginjak usia 26 tahun. Aku mengeluh. Undangundang mana pulak yang ibu pakai ni ?
‘’Akak okey ? Asyik mengeluh je dari tadi,’’ soal Adam.
“Entahla, dik. Berserabut kepala akak ni. Akak pun tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan ibu. Takkan akak nak bergaduh dengan ibu pulak kan? Tak pasal-pasal jadi si Tanggang versi perempuan pulak nanti,” jawabku dan Adam ketawa.
“Ala, kak. Calon-calonnya dah ada kan. Akak just pick and choose. Eh tak, pick and get married,” usik Adam.
“Amboi, senangnya cakap! Kena kat batang hidung sendiri baru tau,”pipi Adam kutarik kuat.
“Anyway, Adam pernah jumpa ke dua-dua mamat tu?” soalku lagi.
“Tak pernah, sepanjang Adam cuti summer ni la. Dengar dari ibu je. Tapi kan kak, ibu kata, dua-dua pun handsome ! ‘’
‘’Adam, Pak Mat jual roti naik motor tu pun ibu kata handsome jugak,’’
‘’Mungkin muka diorang macam muka Pak Mat kot,’’
Adam ketawa dan bahunya segera kutampar lembut.
Usai solat Subuh berjemaah dengan ahli keluargaku, aku mendapatkan ibu yang sedang melipat telekung. Ibu hanya tersenyum memandangku. Alahai ibu ni, senyum-senyum ayu macam ni lah yang aku lemah sikit.
“Ibu,”
“Kenapa Hana?”
“Errr…Hana rasa Hana okey je dengan pilihan ibu tu. Tapi, bukan dengan anak kawan ibu yang Indonesian tu tau,” Terus aku teringat pada Faiq. Tak rela rasanya jadi bahan Faiq pasal calon ibu yang Indonesian tu sepanjang hidup. Ngeri!
Aku lihat senyuman ibu makin melebar.
“Oh, dengan anak Haji Shukri ye?”
Aku hanya senyap, manalah aku tahu ayah budak tu nama apa. Kemudian aku hanya tersengih paksa.
“Nanti ibu bincang dengan abah ye,”
Aku hanya mengangguk dan ingin berlalu ke bilik untuk membaca al-Quran seperti selalu.
“Hana,” panggil ibu,lembut. Langkahku terhenti dan aku kembali mendapatkan ibu.
‘’Thanks, sayang,’’ dan tubuhku dipeluk erat.
Haih, ni yang rasa nak buat drama air mata pulak. Sepanjang malam tadi aku tidak boleh tidur kerana memikirkan hal kahwin ini semasak-masaknya. Rasanya dah sampai hangus pun. Kasihan pula dengan ibu yang sangat berharap. Dan aku pasti setiap kali pulang ke kampung, pasti ada mulut-mulut yang ringan bertanya tentang isu kahwin-mahwin aku ni. Siapa yang cakap nak kahwin tu senang?

***************

‘’Kak, handsome kot bakal husband akak tu,’’ bisik Adam yang turut sama mengintai di sebalik daun pintu. Aku menggeleng melihat telatah adikku yang tidak ubah seperti budak perempuan.
“Adam, you should be with abah in the living room. Bukannya duduk menyorok kat dalam bilik dengan akak,macam orang perempuan”tuturku perlahan.
“Siapa kata budak orang perempuan je boleh stay dalam bilik and lelaki tak boleh?”
“Menjawab je kerjanya!”pipinya kujentik.
“Eh, Adam kan ada mulut. Mestilah boleh menjawab,”Adam sudah menayang giginya yang tersusun rapi. Aku sudah mengetap bibir, geram!
“So, what say you?” soal Adam tiba-tiba. Aku memandangnya pelik.
“Apa pendapat akak on your husband-to-be?”
Aku terdiam sebentar dan menyambung pandang ke arah lelaki yang sedari tadi tidak banyak bercakap.
“Alhamdulillah, he has a complete set of five senses. Tak ada yang lebih, tak ada yang kurang,” jawabku bersahaja.
“And yang penting, dia lagi handsome dari Pak Mat jual roti kan?”
“Budak ni kan! Akak suruh ibu kahwinkan Adam dengan Pak Mat. Hari-hari boleh makan roti free,”
“Astaghfirullahalazim! Tu haram, kak. Homoseksual namanya!”
“Drama king betul budak sekor ni!”bantal kecil di atas katil kucapai dan terus dibaling ke arah Adam yang sedang seronok ketawa.

*******************
Aku yang sedang tekun meneliti laporan kewangan, terkejut apabila telefon bimbit yang berada di sebelah bergetar.
Suara garau yang sudah kuhafal sejak tiga minggu lepas kedengaran lagi pada hari ini. Seperti biasa, perbualan yang sangat ringkas, pendek dan kurang mesra alam.
“Liya, hari ni aku tak lunch dengan korang tau,” beritahuku sambil melihat jam di pergelangan tangan kiri.
“Kenapa? Ada lunch date dengan dia-yang-terchenta ke?” balas Aliyya sambil tersengih.
“Memang bertuahlah aku nak ada lunch date dengan mamat kutub utara tu. Ni lunch date dengan ayah dia sekali,”
“Kau ni, tak baik mengata tunang sendiri. Aku takut lama-lama nanti mamat kutub utara tu yang cairkan kau,’’
‘’Kau ingat aku ni ais ke, nak cair-cair ?’’ Aliyya hanya ketawa dan aku menepuk perlahan bahunya sebelum berlalu.
Selepas memakirkan kereta, aku melangkah masuk ke dalam Restoran Cili Hijau. Dari jauh, aku sudah dapat melihat Athif bersama ayahnya yang duduk di satu sudut.
“Assalamualaikum. Sorry terlambat sikit, jalan jam,”tuturku sebelum melabuhkan duduk di hadapan Athif dan Haji Shukri.
“Eh, tak apa. Kitorang pun baru je sampai ni. Hana order makanan dulu sebab kitorang dah order tadi. Hana apa khabar
?’’ balas Haji Shukri, mesra. Kadang-kadang aku pelik dengan perangai Athif yang sangat berbeza dengan ayahnya yang sangat peramah dan mesra. Entah-entah Athif anak angkat tak? Haha, celupar betul monolog aku!
“Alhamdulillah, sihat. Uncle apa khabar?” balasku sopan sambil tersenyum. Aku sempat mencuri pandang ke arah Athif yang sedang leka memandang ke arah luar restoran.
‘’Sihat, alhamdulillah. Berapa kali walid pesan, jangan panggil uncle lagi. Kita kan nak jadi one family tak lama lagi, insya Allah,”
Aku hanya tersenyum dan tiba-tiba pandangan aku dan Athif bertemu. Wajahnya hanya tenang, tidak beriak.
Sambil menikmati hidangan makan tengah hari, kami berbual-bual. Lebih tepat lagi, hanya aku dan Haji Shukri yang rancak berbual. Hanya sesekali sahaja Athif bersuara, itu pun setelah disoal berkali-kali oleh walidnya. Kadang-kadang aku terlupa yang Athif masih wujud di situ. Setelah selesai makan, Athif bangun dan beratur untuk membuat pembayaran.
Agak panjang juga barisan yang beratur di hadapan kaunter.
“Hana, walid ada benda nak bagitahu ni. Walid tak nak Hana terkejut pulak nanti,” tutur Haji Shukri perlahan.
“Walid nak bagitahu pasal apa?” soalku.
“Hana perasan tak yang Athif tak pernah keluar dengan Hana tanpa bawa salah seorang abang dia?” soal walid.
Aku angguk. Bagi aku, perkara tersebut tidak terlalu pelik dan sangat bagus kerana ada orang ketiga yang boleh menjadi pemerhati.
“Hana perasan tak yang Athif akan berdiri sebatu jauhnya bila bercakap dengan Hana?”
Aku angguk lagi. Memang Athif akan berdiri jauh dariku dan dia tidak akan memandang wajahku ketika bercakap. Atau dia lebih rela abangnya yang menjadi jurucakap. Kadang-kadang aku rasa, aku bakal berkahwin dengan abangnya, bukannya dengan mamat kutub utara tu.
“Hana perasan tak muka Athif akan pucat bila Hana ada dekat dengan dia? Atau dia akan jadi tak tentu arah?”
Sekali lagi aku mengangguk. Secara jujur, Athif Rifqi Haji Shukri sangat pelik sejak pertama kali aku bertentang mata dengannya.
“Hana, Athif tu sakit sebenarnya,”
‘’Hah ! Sakit ? Sakit apa, walid ?”
Aku lihat walid menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan.
“Athif tu ada gynophobia. Senang cerita, Athif fobia dengan perempuan,’’
Aku terus terdiam, terkejut bercampur bingung. Patutlah perangai Athif tersangatlah macam ais dekat kutub utara yang tak akan cair sampai bila-bila!
“Arwah umi Athif dah lama meninggal and lepas tu walid kahwin lagi. Ibu tiri Athif, selalu dera dia bila walid tak ada di rumah. Lepas tu walid bercerai. Since then, dia mula fobia, takut dengan mana-mana perempuan. Nasib baik adikberadik Athif semuanya lelaki. Macam-macam walid buat untuk pulihkan dia. Slowly, he’s recovering sampai dia bertunang. Tapi bekas tunang dia pulak buat hal dan fobia dia makin menjadi-jadi sampai sekarang,” terang Haji Shukri panjang lebar.
Aku masih mendiamkan diri, cuba mencerna satu-persatu info yang baru kuterima. Perasaanku bercampur baur.
“Hana,” panggil Haji Shukri, lembut. Aku memandang wajah tenang Haji Shukri.
“Walid mintak tolong sangat-sangat. Hana tolonglah pulihkan Athif, ya. Sampai bila dia nak hidup dengan fobia dia tu.
Tolong ya, Hana. Walid yakin Hana mampu bantu Athif,’’
Aku sudah menggigit bibir. Kalau walid yakin dengan aku sekalipun, aku tak yakin dengan diri sendiri. Parah ni ! Maunya tak parah, aku cuma seorang akauntan yang setiap hari menghadap pelbagai rupa angka dan bukannya seorang doktor yang mempunyai ilmu perubatan. Lagipun nak cairkan ais mamat kutub utara tu ? Rasanya aku pulak yang bakal jadi igloo ataupun orang salji.

********************************

Majlis perkahwinan aku dengan Athif berjalan lancar untuk kedua-dua belah pihak perempuan dan lelaki dan diakhiri dengan majlis di pihak lelaki. Ibu, abah dan Adam baru sahaja pulang sebentar tadi dengan ibu yang sudah mengalirkan air mata. Selepas itu, aku berbual pula dengan Mak Ngah Athif dan Athif sudah menghilangkan diri entah ke mana. Aku menoleh ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 10 malam. Aku meminta diri untuk berlalu ke tingkat atas.
Sebaik sahaja tiba di hadapan bilik Athif, aku kaku. Tidak tahu sama ada aku patut masuk atau tidak. Perlu atau tidak untuk aku mengetuk pintu. Seingatku, sepanjang hari, Athif hanya bercakap beberapa patah. Aku rasa, anak saudara Athif yang berumur tiga tahun dan baru pandai bercakap itu, lebih banyak bercakap denganku berbanding Athif.
Akhirnya, aku memberanikan diri untuk masuk.
“Assalamualaikum,” ucapku sambil memulas tombol pintu. Aku melangkah masuk dan anak mataku terpaku pada satu figura manusia yang sedang berdiri di hadapan cermin.
“Awak dah lama naik ke?” soalku, memecahkan kesunyian di antara kami.
“Hmm,” jawab Athif perlahan sambil jari-jemarinya terkial-kial untuk membuka butang baju melayunya yang berwarna krim itu. Sesekali dia mendengus apabila butang tersebut masih kekal di tempatnya.
“Awak nak saya tolong tak?” soalku walaupun aku tahu mamat kutub utara ini pasti akan menolak. Aku sudah bergerak menghampiri Athif.
“No, thanks,” Anak matanya membulat melihat aku yang sudah datang menghampiri.
“Jangan datang dekat and stay there,” suara Athif sudah kedengaran menggigil. Wajahnya sudah bertukar pucat.
“Lah, kenapa pulak. Kita kan dah jadi husband and wife?” usikku bersahaja sambil berjalan mendekati Athif. Aku cuba menahan ketawa apabila Athif sudah bergerak menjauhiku. Gayanya seperti mahu menyertai acara lompat jauh.
Lawaknya mamat kutub utara ni! Aku mengambil tuala dari dalam beg dan terus bergerak ke bilik air meninggalkan Athif yang kelihatan sangat pucat dan terkejut.
Selesai mandi dan solat Isya’, aku sudah bersiap untuk tidur. Aku memandang Athif yang sudah merebahkan badan di atas katil yang bersaiz king.
“Saya nak tidur dekat mana ni?” soalku sambil anak mataku meliar ke sekitar kawasan bilik yang bersaiz luas itu.
“Anywhere, as long as you are 1 metre radius away from me,” jawab Athif dingin.
“Macamlah aku nak dekat sangat dengan kau,”omelku seorang diri.
“Apa yang awak terkumat-kamit sorang-sorang tu? Mengutuk sayalah tu,” Athif yang tadinya dalam posisi baring, sudah duduk menegak.
“Memang saya mengutuk awak,” jawabku selamba dan mengambil tempat di atas sofa panjang. Huh, mamat ni memang hati dia sejuk beku betul! Patutnya kalau dalam drama atau novel, lelaki yang kena tidur atas sofa. Ni tidak, aku yang kena jadi gentleman pulak, eh tak! Gentlewoman!
“Hana Dhamirah,”panggil Athif.
“Ya, Athif Rifqi. Apa lagi yang awak tak puas hati dengan saya? Saya dah lebih 1 metre radius away dari awak ni,”
“Walid ada bagitahu awak pasal saya kan?”
“Bagitahu pasal apa?”
“Pasal fobia saya,”
Aku senyap, malas mahu menjawab.
“I assume you know about it. And, awak tak payah semakkan kepala otak awak nak cure saya. Stay away from it,” tambah Athif.
Aku hanya memekakkan telinga, sementara di dalam kepala sudah merangka plan awal untuk mamat kutub utara yang memang tak mesra pelanggan langsung tu!

***********************

Aku terbangun sebaik sahaja terdengar azan Subuh yang berkumandang dari surau berdekatan. Aku mencapai tuala di penyangkut kayu dan terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Sewaktu aku keluar dari bilik air, Athif sudah terjaga dengan memegang tualanya.
“Saya tunggu awak. Kita solat Subuh berjemaah sama-sama ya?”tuturku apabila Athif sudah keluar dari bilik air. Dia hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sebarang suara.
Usai solat, aku menadah tangan dan turut mengaminkan doa yang dibaca oleh Athif. Selesai berdoa, aku menghulurkan tanganku untuk bersalam. Athif menghadiakan satu pandangan pelik berserta kerutan di dahi.
“Nak salam,”beritahuku sambil tersenyum.
“Err..kan saya dah bagitahu awak semalam,” jawab Athif dengan wajah yang kembali pucat. Tutur katanya kedengaran
menggigil.
“Saya ingat, ingat sampai bila-bila. Tapi, saya nak bagi awak pahala free setiap pagi Subuh dengan buat macam ni.
Awak tak nak pahala free ke? Ala, rugilah awak kalau macam ni,” provokku. Athif sudah tidak senang duduk dan dia kelihatan resah.
“Yalah,yalah,” tangan kanannya dihulur ke arahku dan aku pantas menyambut. Aku cuba menahan tawa apabila Athif cepat-cepat menarik tangannya dari peganganku.
‘Plan 1, succeed!’ bisikku di dalam hati berserta senyuman. Dalam masa yang sama, aku turut mengagumi kebolehan Athif
untuk mengimamkan solat Subuh kami tadi. Bacaannya lancar dan tenang. Aku turut berdoa di dalam hati agar lelaki di hadapanku ini kembali sembuh seperti sepatutnya.
Sewaktu menyidai telekung di penyidai kayu, aku sempat menjeling telatah Athif yang sedang duduk bersila di atas karpet sambil membaca sebuah buku. Aku menyarung tudung dan bersiap-siap untuk turun ke tingkat bawah, membantu menyiapkan sarapan. Entah bagaimana, sewaktu aku melangkah, kakiku tersadung pada hujung karpet dan aku terjatuh ke hadapan. Bukan jatuh tepat di atas karpet, tetapi terjatuh di atas badan mamat kutub utara. Erk!
“Sorry! Seriously sorry!” tuturku kalut. Ketika itu, wajahku kami berdua tersangat dekat sehingga aku boleh melihat dengan jelas warna anak mata Athif yang hitam pekat. Athif sudah kaku, diam membisu. Wajahnya teramatlah pucat dan dia kelihatan seperti susah untuk bernafas.
“Athif! Awak okey tak ni?” soalku. Kedua-dua belah mata Athif sudah tertutup. Alamak, mamat ni pengsan sebab terkejut sangat ke? Aku sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Apa aku nak buat ni?
“Athif, bangun. Awak dengar suara saya tak?” soalku lagi sambil menepuk lembut pipi kanannya. Senyap, tiada sebarang balasan. Aku ambil sebiji bantal dan meletakkan bantal tersebut di bawah kepala Athif yang masih tidak sedarkan diri. Aku berlari ke bilik air dan membasahkan kedua-dua belah tanganku. Sambil membaca selawat, aku menyapu kedua-dua belah tanganku yang basah ke seluruh wajah Athif yang masih pucat.
“Jangan!”jerit Athif sedikit kuat dan menolak tubuhku menjauhinya. Aku menarik nafas lega sebaik sahaja melihat Athif sudah sedarkan diri.
“Sorry! Next time I’ll make sure that I’ll have a ruler with me. Senang nak measure 1 metre radius dari awak,” usikku sebelum keluar dari bilik.
Aku terus mengatur langkah ke dapur. Kelihatan Mak Leha yang merupakan pembantu rumah keluarga ini dan Mak Su sedang menyiapkan sarapan pagi. Aku memberi salam sebelum melangkah masuk.
‘’Haa, dah bangun pengantin baru ?’’ sapa Mak Su mesra. Aku hanya tersengih sambil mencari sebilah pisau untuk membantu Mak Leha menyiang sayur sawi untuk dimasak bersama bihun goreng.
‘’Hana nak buat apa dengan pisau tu ?’’ soal Mak Leha.
‘’Nak potong sayurlah, Mak leha. Takkan nak sembelih ayam pulak,” jawabku separuh bergurau.
“Tak payahlah, Hana. Duduk je diam-diam. Biar Mak Leha yang buat,” pisau ditanganku sudah berpindah tangan.
“Athif mana? Tak turun lagi?” soal Mak Su sambil memotong isi ayam dalam bentuk dadu.
“Ada kat atas. Sekejap lagi turunlah tu,”jawabku tenang. Kalaulah Mak Su tahu Athif pengsan tadi, mahu terkejut orang tua ni. Aku cuba menyimpan senyuman bila memikirkan hal tadi.
‘’Sebenarnya, kitorang semua terkejut sangat bila Athif setuju dengan idea walid dia untuk berkahwin dengan Hana. Mulamula tu memang mati-mati dia tak nak. Dia cakap, orang macam dia tak sesuai nak kahwin dengan siapa-siapa. Nanti kesian bakal isteri dia nanti,” cerita Mak Su. Aku hanya mendengar, menanti cerita yang seterusnya.
“Tapi, Alhamdulillah lepas banyak kali kitorang pujuk, barulah Athif setuju. Abang Long Athif sampai ingat Athif tu gay,” Aku
yang sedang meneguk air masak terus tersedak. Mak Su hanya tersenyum melihat telatahku.
“Sampai macam tu sekali?” soalku. Mak Su angguk.
‘’Kesian sangat kalau tengok Athif. Dari kecil lagi dia fobia dengan perempuan. Yalah, sejak walid dia kahwin dengan perempuan buruk perangai tu. Setiap kali walid pergi outstation, memang teruk Athif kena dera. Dera secara mental dan fizikal. Time tu, umur Athif baru sepuluh tahun. Dahla dia sedih sebab umi dia baru meninggal, lepas tu dapat pulak ibu tiri yang macam tu,”
“Kesiannya. Kiranya trauma dia dari kecil sampai ke besar la?” soalku.
“Ha’ah. Dia tak nak pergi sekolah campur. Bila masuk sekolah menengah, dia dapat offer pergi MCKK. Memang lima tahun Athif kat situ. Dengan makcik-makcik saudara dia pun dia tak bercakap sangat. Jarang nak datang mendekat.
Kalau Hana perasan, ada parut dekat belakang badan dia. Parut tu kesan kena siram dengan air panas. Tu ibu tiri dia punya kerja,”
Aku senyap. Manalah aku tahu mamat tu ada parut kat belakang badan dia. Setiap kali dia keluar dari bilik air selepas mandi, memang dia dah siap berpakaian.
“Dekat hujung dahi belah kanan pun ada parut jugak. Kesan jahitan bila dia jatuh tangga. Banyak sangat kesan dera ibu tiri dia tinggalkan. Mak Su kesian sangat tengok Athif tu. Dahla bekas tunang Athif dulu pun perangai tak berapa nak cantik walaupun mukanya cantik. Elok-elok bertunang dengan Athif, dia simpan lelaki lain pulak,”
“Tak apalah, Mak Su. Benda-benda tu semua dah berlalu kan? Kita pandang ke depan, insya Allah Athif akan pulih seperti sepatutnya. Allah itu Maha Adil,” tuturku lembut dan Mak Su tersenyum sambil memaut bahuku mesra.

******************

Seminggu kemudian, aku mengikut Athif untuk berpindah masuk ke rumahnya di Taman Tun Dr Ismail. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah, aku sudah menepuk dahi.
‘’Awak, ni rumah ke hutan ?’’ soalku apabila aku melihat ruang tamu yang berselerak.
‘’Ke awak selalu main perang-perang kat living room ni ?’’ soalku lagi.
“Saya tak sempat nak kemas. Busy sangat before wedding, banyak kerja nak kena settle. Since awak dah pindah masuk ni, awaklah yang kemaskan. Awakkan pandai bab kemas mengemas ni,” jawab Athif sambil menyindirku. Eee, dia ni kan!
“Barang-barang saya nak letak kat mana?”soalku walaupun aku sudah boleh meneka jawapannya.
“Kat second room, next to masterbedroom. Actually saya nak bagi masterbedroom kat awak sebab bilik tu lagi besar but bilik tu tak kemas lagi. In the mean time, awak duduk kat second room dulu la,”
“Eh, tak pelah saya pindah masuk masterbedroom. Nanti saya boleh kemaskan sekali. Takkan saya nak duduk asing-asing bilik dengan awak kan?” usikku. Athif sudah membulatkan matanya yang sememangnya sudah sedia bulat. Aku ketawadan terus naik ke tingkat atas.
Selepas Asar, aku hendak mengambil barang-barangku di rumah sewa sebelum membeli barang-barang keperluan rumah yang lain.
“Awak drive kereta awak, saya drive kereta saya,” ucap Athif. Aku sudah mengerutkan dahi. Mamat ni suka buat benda pelik-pelik dan kurang cerdik.
‘’Kenapa pulak ? Tadi dari rumah walid kan saya naik satu kereta dengan awak. Naik satu kereta je lah. Yang nak membazir petrol tu kenapa?” balasku.
‘’Awak nak kita accident ke ? Tadi dari rumah walid kan awak duduk kat bahagian belakang kereta. Ni kereta awak dah ada, better you drive your own car,”
“Ya Allah, bukannya saya nak terkam awak dalam kereta tu nanti. Saya duduk diam-diam je, takkan kacau awak. Kalau awak takut sangat saya duduk sebelah awak, saya duduk kat bahagian belakang macam tadi,”
“Tapi,”
“Tapi apanya? Membazir tu kesukaan syaitan tau. Awak nak jadi kawan diorang ke ? Saya tak nak,” Aku lihat Athif sudah serba salah.
“Yalah,yalah. Let’s go,” suara Athif yang tadinya tegang menjadi kendur. Aku tersenyum menang di dalam hati. Aku segera menyarung sneakers dan membuka pintu belakang Toyota Harrier milik Athif yang berwarna beige.
“Hana,”
Aku memandang Athif yang sudah kelat wajahnya.
“Duduk kat depan. Kalau nak merasa pakai driver, nanti employ proper driver,”
Aku ingin ketawa tetapi kutahan sedaya mungkin. Plan 2 berjaya, kita tengok plan 3 pulak nanti. Aku tersenyum sendiri sebelum membuka pintu kereta.

************************

Rutin harianku masih seperti biasa, cuma rutin malamku sedikit berubah. Sesekali, aku akan mencari maklumat dan membaca tentang gynophobia melalui internet atau buku. Setiap malam, aku pasti akan menyediakan makan malam untuk Athif. Pada mulanya mamat kutub utara itu tidak mahu makan, tetapi lama-kelamaan, dia mengalah juga! Wah, Hana Dhamirah sepatutnya jadi pakar kaunseling bukannya akauntan! Cuma, aku ingin mengubah tabiatnya yang suka sangat menyampaikan pesanan melalui memo yang ditampal pada peti ais. Aku tahu, tentu niatnya untuk mengelak dari
bercakap denganku.
“Hana,” panggil Athif. Aku hanya membisu, anak mataku masih terpaku pada timbunan balance sheets dan resit.
“Hana Dhamirah, I’m talking to you,” kali ini nada suara Athif berubah menjadi keras.
“Oh, I thought you’re talking to the fridge,” jawabku bersahaja. Wajah Athif yang sudah merah padam kupandang.
“Fridge ni nama dia Hana Dhamirah ke?” sindir Athif tidak puas hati.
“I guess so sebab awak selalu bercakap dengan saya through memo yang ada kat fridge tu,”
“Oh, sekarang ni nak sindir saya pulaklah?”
“Tak sindir pun, saya cakap je. Tak percaya, cuba try tanya fridge tu,’’
Athif mendengus, cuba menahan sabar agaknya.
“Fine, sekarang ni apa yang awak tak puas hati dengan saya?” soal Athif.
“Yang awak nak mengelak dari bercakap dengan saya sangat kenapa? Saya ada je dalam rumah tapi semua benda yang awak nak sampaikan pada saya, awak tulis atas memo and tampal pada fridge,”
Athif terdiam.
“Awak tak faham, Hana,” ucap Athif berserta keluhan.
“Part mana yang saya tak faham tu? Cuba awak tolong bagi saya faham,” balasku sedangkan aku tahu apa yang Athif maksudkan.
“Dahlah. Cakap pasal benda ni takkan habis and at the end we end up arguing with each other. Saya penatlah hari-hari asyik berdebat dengan awak,”
“Bila masa pulak saya berdebat dengan awak hari-hari? Saya tak pandai langsung debating,” Aku tersengih.
“Tengok tu, menjawab je kerjanya. Berdosa tau tak kalau suka menjawab cakap suami,” bebel Athif tetapi aku masih tersenyum.
‘Rupa-rupanya mamat kutub utara ni sedarlah yang dia tu husband aku. Aku ingatkan dia ingat kitorang ni housemate’hati kecilku berdetik.
‘’Kita tengah marah, dia boleh senyum-senyum pulak,’’ bebel Athif lagi. Aku sudah tertawa kecil, terasa wajah Athif yang keanak-anakan itu kelihatan semakin comel bila dia marah-marah begitu.

*******************************

Sekejap sahaja sudah lima bulan berlalu. Sedikit sebanyak, karakter Athif berubah perlahan-lahan. Sekarang, aku tidak lagi perlu bercakap dengannya dalam jarak 1 meter seolah-olah kami berdiri sebatu jauhnya. Wajahnya tidak lagi sepucat dahulu apabila aku menghulurkan tangan untuk bersalam setiap hari.
Malam itu, aku dan Athif masing-masing menyiapkan kerja kami di ruang tamu sambil ditemani oleh suara pembaca berita TV3. Athif ralit dengan kertas plan yang terbentang luas di atas meja kopi. Sesekali pensel di tangan kirinya diputarputarkan. Sementara aku mengambil tempat di atas karpet, bersila di hadapan komputer riba berserta timbunan dokumen dan fail-fail yang perlu kuteliti.
“Athif!” aku sudah menjerit namanya sambil menggerakkan tetikus berulang-ulang kali.
“Isy, Hana! Jangan menjerit macam tu lah. Terkejut tau tak,” tegur Athif dengan penselnya yang sudah jatuh bergolek di atas lantai.
“Athif, ni kenapa jadi macam ni. Laptop hang, tak boleh buat apa-apa langsung,’’ aduku. Terasa ingin menangis bila mengenangkan laporan kewangan ini perlu dibentang dalam mesyuarat pagi esok.
‘’Saya try tengok jap. Duduk sana sikit,’’ Athif datang ke tempatku sementara aku mengambil tempat di atas sofa.
Berulang kali tetikus digerak-gerakkan dan entah apa yang ditekan oleh Athif. Sesekali dahinya berkerut-kerut.
‘’Hana, dah okey dah. You can use it now,’’ balas Athif.
“Tadi kenapa hang teruk sangat?” soalku.
“Macam mana menatang ni tak hang? Dekat Local Disk C dah penuh sangat. Patutnya kalau nak kurangkan hang prob kena pindah masuk Local Disk D. Macam mana akauntan boleh jadi IT blind ni?” usik Athif.
“Tak kisahla IT blind pun as long as bukan accounting blind. Janji tahu guna computer,” jawabku bersahaja.
‘’Suka sangat menjawab kan ? Upah saya mana ?’’ soal Athif, serius.
“Upah apa pulak?”
“Upah tolong repair laptopla, Puan Hana. Service charge,”
“Eee..berkiranya!”
“Memanglah kena kira. Masuk public toilet pun kena bayar 20 sen tau,”
Aku mengetap bibir. Sekarang ni siapa yang suka menjawab sebenarnya?
“Sure awak nak upah dari saya?” soalku yang kini beralih tempat duduk di hadapan Athif.
Athif hanya mengangguk dengan riak wajah yang serius. Mamat ni memang nak kena tau!
‘’Awak jangan pengsan pulak nanti, ‘’
‘’Eh, orang nak bagi upah. Takkanlah saya nak pengsan pulak,”
Aku tersenyum mendengar jawapan Athif. Aku mendekatkan wajahku ke arah Athif dan bibirku singgah di pipi kanannya.
“Tadi tu upah awak,” tuturku bersahaja. Wajah Athif kembali pucat seperti dulu. Dia terdiam, mungkin terlalu terkejut.
‘’As you promised, jangan pengsan pulak. Tak larat saya nak angkat awak nanti,” Aku terus bangun dan menuju ke dapur,nmeninggalkan Athif yang masih kaku di tempat duduknya. Haih, hari-hari aku rasa laki aku yang takut perempuan tu nampak makin comellah pulak!

************************

Selepas kejadian ‘upah’ tersebut, Athif sudah kembali ke karakter asalnya. Perangai ais bekunya datang kembali.
Perbualan kami kembali kepada jarak 1 meter. Aku sendiri tidak faham dengan perubahan Athif. Yang aku pasti, hampir setiap hari dia pulang lewat. Bila aku bertanya, dia beralasan yang dia sibuk dengan projek perumahan di kawasan Sri Hartamas. Jika hari minggu pula, Athif pasti akan menghilangkan diri pada waktu pagi dan hanya akan berada di rumah menjelang tengah hari.
Aku sendiri sudah mati idea mengenai apa yang harus aku lakukan untuk memulihkan Athif. Tiba-tiba aku teringatperbualanku dengan adikku, Adam minggu lepas.
“Fobia ni kan kak, actually lebih banyak dikawal oleh minda kita. Apa-apa jenis fobia pun, semuanya related to our psychology,” begitulah mukadimah bakal doktor muda itu.
“Tak ada treatment ke, Adam? Maybe ada specific medicine ke,” soalku.
“Bolehla prescribe medicine, tapi tak membantu sangat nak cure fobia tu. It’s more to nak calm the patient down. Better jumpa doctor yang in charge for psychology matters for treatment and counseling. It’ll help the patient to contol the phobia or may be able to cure it. Only Allah knows. Tapi, kita kena cuba dan usaha,” jawab Adam panjang lebar.
“ Akak tak berani nak suruh Athif pergi hospital for treatment and counseling. Dahlah sekarang ni dia tengah mode perang dunia ketiga,” balasku tetapi disambut oleh tawa besar daripada Adam. Cuma Adam yang mengetahui tentang fobia Athif. Ibu dan abah di Ipoh, langsung tidak tahu-menahu tentang hal ini.
“Kak, akak buat je balik apa yang Adam pernah buat dekat akak dulu,” balas Adam, riang.
“Buat balik apa?” soalku bingung.
“Akak dah lupa ke yang dulu akak tu fobia tempat tinggi? Each time ada kat tempat yang tinggi, akak akan rasa pening, rasa nak muntah and pitam?” soalanku tadi berbalas dengan soalan juga.
Aku terdiam, cuba mengingat kembali.
“Lepas tu Adam selalu paksa akak bukak mata bila ada kat tempat tinggi. Bila ada roller coaster, Adam paksa akak naik. Sampai akak menangis-nangis tak nak. Ingat tak?”
“Hah, ingat! Adam memang kejam betullah time tu,”Adam ketawa senang.
“Bukan kejam, kak. Tapi Adam nak buang rasa fobia tinggi dalam minda akak tu. Sebab ada case yang bila orang tu ditemukan dengan fobia dia and that person is used to it, slowly perasaan fobia and takut tu akan hilang. At first memanglah susah but it works. Sekarang akak memang gila naik roller coaster yang akak takut sangat nak naik dulu tu kan? Pantang nampak aje,”
Aku ketawa mendengar penjelasan Adam. Aku teringat kembali betapa teruknya fobiaku terhadap tempat-tempat tinggi satu masa dahulu. Sampaikan ferris wheel yang bergerak lambat tu pun aku tak boleh nak naik. Kalau naik, pasti lututku akan menggeletar dan kemudiannya aku akan muntah-muntah.
“So, untuk case abang ipar Adam ni, apa yang akak patut buat?” soalku.
“Pandai-pandailah akak buat something so that dia kena stick dengan akak. Dia mesti ada dekat dengan akak,” jawab
Adam.
“Yes, doc!”

*******************

Ibu menelefon malam semalam, meminta aku dan Athif pulang ke Ipoh kerana opah di Gopeng akan mengadakan kenduri doa selamat sempena keberangkatan opah ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji. Athif bercadang untuk bertolak dari rumah pada hari Jumaat selepas solat Isya’ memandangkan kenduri diadakan pada waktu tengah hari keesokan harinya.
“Dah check semua suis dah ditutup?” soal Athif apabila aku menghulurkan bag pack milikku padanya untuk disimpan di dalam bonet kereta.
“Dah. Saya tutup main fius terus. Pintu belakang and tingkap-tingkap semua dah dikunci,” jawabku sambil menyarung flats dan bersedia untuk mengunci pintu utama.
“Alright,”
Aku masuk ke dalam kereta dan Athif membaca doa sebelum memulakan perjalanan.
“Kalau awak rasa mengantuk, bagitahu tau. Kita take turn,’’ tuturku.
“Okay, will do. Saya okay je ni, tak mengantuk pun. Lagipun, if awak yang drive, rasanya petang esok baru kita sampai Ipoh,” usik Athif bersahaja.
“Amboi, exaggerate je lebih!” balasku geram. Dalam masa yang sama, aku agak terkejut dengan karakter Athif yang kini lebih ‘mesra alam’.
Suasana di dalam kereta kembali sunyi dan hanya ditemani oleh suara dj radio Fly fm. Aku yang sememangnya agak penat pada minggu ini, akhirnya terlelap juga di dalam kereta.
“Hana,” suara itu sayup-sayup kedengaran di tepi telingaku. Aku masih belum mahu membuka mata.
“Hana Dhamirah, bangunlah tuan puteri. Kita dah sampai ni,” suara itu kedengaran lagi. Terasa pipiku disentuh. Aku membuka mata dan Athif sedang memandangku sambil tersengih. Agaknya tadi tu aku masih mamai sampai terasa Athif yang memegang pipiku. Memang mamat ni buang tabiat kalau buat macam tu. Mungkin terus demam panas agaknya !
Ibu menyambut kami di muka pintu dengan senyuman yang sangat manis walaupun jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Aku bersalam dengan ibu dan kami berpelukan. Apabila tiba giliran Athif, dia bersalaman dengan ibu dengan riak wajah yang tenang. Tiada lagi riak wajah takutnya. Aku agak mungkin kerana dia sudah biasa menerima huluran tanganku setiap pagi.
‘’Abah mana, ibu ?’’ soalku memandangkan rumah banglo dua tingkat milik keluargaku ini sunyi sepi. Adam yang masih menuntut di Ireland tidak dapat pulang kerana dia sedang menduduki peperiksaan semester sekarang.
“Dah tidur dah. Tadi dia tunggu dengan ibu sambil tengok tv. Last-last tv yang tengok abah. Tu yang ibu suruh abah tidur dulu,” jawab ibu lembut.
‘’Sorry, ibu. Kitorang lewat sampai. Kesian ibu kena tunggu,” balas Athif. Ibu hanya tersenyum.
“Tak apa, Athif. Lagipun esok kan cuti. Korang pergilah naik atas, berehat. Ibu dah kemaskan bilik Hana. Nanti esok kita sembang panjang-panjang lagi ya,” balas ibu.
Aku dan Athif berlalu ke tingkat atas, menuju ke arah bilik tidur milikku.
“Malam ni saya amik katil awak yang sedap lagi empuk ni eh. Saya kan penat driving tadi,’’ balas Athif bersahaja sambil merebahkan badannya di atas katil.
“Yalah,” balasku. Sebenarnya, aku memang bercadang untuk menyuruh Athif tidur di atas katil sementara aku tidur di bawah beralaskan gebar tebal.
“Yalah? Aik, selalunya awak argue nak berebut katil dengan saya. Malam ni jadi budak baik pulak,”
“Saya ni ada sifat perikemanusiaan jugak. Macam awak cakap, kan awak dah penat driving tadi. Dahla, tidur cepat. Nanti tak memasal kita argue pasal benda lain pulak,”
Kedengaran suara Athif ketawa senang. macam-macamla mamat ni! Sekejap macam dekat kutub utara dan kadangkadang macam dekat garisan khatulistiwa pulak.
Rumah batu milik opah meriah dengan anak,cucu dan cicit yang pulang ke kampung. Ditambah pula dengan orang kampung yang sejak tadi sudah datang, suasana bertambah ceria dan meriah. Beginilah suasana kenduri di kampungkampung. Walid dan abang-abang Athif seramai tiga orang itu turut datang bersama keluarga masing-masing.
“Kak Hana,” panggil satu suara halus. Aku berpaling dan kelihatan Sakinah tersenyum manis. Dia bersalaman denganku.
“Bila akak sampai?” soal anak dara tunggal Mak Ngah ini dengan mesra.
“Tengah malam tadi. Ina sampai bila?” soalku.
‘’Malam tadi jugak,’’ balasnya. Kami berbual-bual sambil mengelap pinggan, mangkuk dan gelas.
“ Abang Athif tu sebaya akak ke?” soal Sakinah tiba-tiba.
“Taklah, dia tua dua tahun dari akak. Kenapa ?’’ soalku pelik.
‘’Tak ada apa-apa. Muka abang Athif tu nampak macam bukan orang umur 27 tahun. Macam muka budak-budak je,’’ komen Sakinah sambil tersengih.
“Haa, nanti akak report dekat dia Ina kata muka dia macam budak-budak,” usikku separuh mengugut.
“Eh, janganlah kak! Ini compliment la sebab abang Athif nampak sentiasa muda, comel je,” komen Sakinah lagi. Anak mataku mencari kelibat Athif yang sedari tadi sibuk membantu abah membuat itu dan ini. Dari tempat dudukku, aku dapat melihat wajah Athif yang sudah kemerah-merahan terkena terik matahari. Memanglah comel macam budakbudak tadika ! Aku tersenyum sendiri.
‘’Bila Ina kahwin nanti, Ina nak husband yang muka baby face jugaklah. Sedap je mata memandang,” Aku terus ketawa mendengar angan-angan Sakinah. Janganlah bakal husband Sakinah yang baby face tu pun fobia dengan perempuan jugak!
“Amboi, menggatal ye dia. Akak report dekat Mak Ngah baru tahu. SPM pun tak lepas lagi, dah simpan angan-angan nak kahwin ye,” usikku dan pinggangnya kucuit.
“Kita kena buat early planning, kak Hana,” balas Sakinah bersahaja.
“Yalah tu,” balasku dan kami sama-sama ketawa.
Angin puting beliung Athif melanda kembali. Sepanjang hari berada di rumah opah, dia seolah-olah melarikan diri daripadaku. Bercakap pun hendak tak hendak sahaja. Adik-beradik ibu beransur-ansur pulang ke tempat masing-masing menjelang petang. Hanya tinggal keluarga kami sahaja memandangkan yang lain menetap di luar Perak.
Aku mengambil angin di luar rumah setelah selesai membantu ibu dan opah mengemas rumah yang agak berselerak.
Anak mataku terpaku pada pokok rambutan yang sedang merimbun. Pokok inilah yang selalu aku panjat bersama Adam sewaktu kecil dahulu. Tiba-tiba aku teringat perbualanku dengan Adam mengenai Athif. Terbit satu idea dalam kepalaku.
Aku menanggalkan selipar dan mula memanjat pokok rambutan tersebut. Pada mulanya aku memanjat hingga ke dahan yang ketiga, agak tinggi juga dari tanah. Kalau aku buat-buat jatuh pun, boleh patah kaki kalau macam ni. Aku ingin turun, mahu bertukar tempat ke dahan yang kedua dan tidak terlalu tinggi. Sekurang-kurangnya, kalau aku buat-buat jatuh bila Athif lalu nanti, tak adalah sakit sangat. Memang idea gila betul!
“Hana! What are you doing up there?” jerit Athif, terkejut.
Aku jugak terkejut, tidak menyangka dia sudah berada di bawah pokok. Dek kerana terkejut disergah sedemikian rupa, kakiku tersilap pijak dan aku sudah tergelincir jatuh dari pokok. Tak sempat nak tukar tempat ke dahan kedua!
“Hey, hey! Watch out!” suara Athif bertambah kuat. Athif sempat menyambut tubuhku tetapi aku tetap terjatuh dengan cara yang tidak begitu comel sekali. Kedua-dua belah kaki terasa begitu sakit sekali terutama di pergelangan kaki. Eee, laki aku ni, memang spoil plan betullah!
“Ya Allah! Kenapa ni?” nyaring suara opah yang tiba-tiba muncul.
“Ni haa cucu opah yang nak tunjuk terror panjat pokok ni terjatuh,” jawab Athif sambil menjelingku.
Mendengar suara opah yang agak kuat, ibu dan abah turut datang bersama. Panjang bebelan ibu yang sesekali ditambah oleh opah.
“Hana Dhamirah, how old are you? Dah patut jadi mak budak tau, bukannya budak umur 5 tahun lagi. Banyak benda lain yang boleh dibuat, kenapa pokok rambutan jugak yang dipanjat?” leter ibu sejak 5 minit yang lalu.
“Ala, ibu. Hana nak amik buah rambutan atas pokok tu. Nampak sedaplah pulak,’’ jawabku sambil tersengih. Cuba menahan rasa sakit dan pedih di kaki.
“Budak ni kan! Macamlah opah tak ada galah nak kait buah tu?” tambah opah pula.
“Tak bestlah guna galah, opah. Panjat pokok la lagi best,” jawabku selamba. Ibu memandangku geram.
“Sudahla tu, Ros. Marah banyak-banyak pun tak guna. Benda dah jadi. Macamlah Ros tak tahu anak perempuan kita yang sorang ni memang hero dari kecik ?’’ kedengaran suara abah pula.
‘’Athif, abah rasa elok dibawak Hana ni ke klinik. Muka dia dah berkerut-kerut menahan sakit tu. Takut ada tulang retak kat mana-mana pulak,” tambah abah sambil berpaling ke arah Athif yang hanya membisu sejak tadi.
“Tulang retak? Eee, abah ni! Janganlah nak takutkan Hana pulak,” balasku.
“Baru sekarang nak takut tulang tu retak ke tak? Time panjat tadi tak ingat dunia,” sindir abah. Aku hanya mampu menayang gigi.
Aku memandang Athif yang kelihatan teragak-agak untuk mendukungku. Mamat ni lagi satu hal. Janganlah dia pengsan kat sini pulak!
‘’Saya nak kena dukung awak ke ?’’ bisik Athif. Anak matanya masih melekat pada kedua-dua belah kakiku yang terasa sakit untuk digerakkan. Aku sudah mengetap bibir.
“Dah tu, awak nak abah saya yang dukung ke? Tak pun opah? Tak pasal-pasal nanti dari sorang je yang kena jumpa doktor, terus jadi dua orang,” sindirku geram. Time-time darurat ni pun fobia dia masih berfungsi seperti biasa.
‘’Yalah,yalah,’’ lemah suara Athif menjawab. Wajahnya kupandang, risau pulak kalau mamat ni pengsan macam dulu.
Tubuhku dicempung dengan mudah. Kali pertama kami berdua berada dalam kedudukan yang sangat dekat seperti ini.
Wajahku terasa panas dan jantungku mula berdegup dengan tunggang langgang. Rasa sakit di kaki terasa hilang sebentar. Haih, kenapalah laki aku ni comel sangat ?
Sewaktu meletakkan aku di dalam kereta, Athif memusingkan wajahnya ke arahku, menyebabkan hidung kami bergesel.
Masing-masing terkejut dan dia terus melepaskan aku dari dukungannya. Nasib baik kusyen kereta yang menyambut tubuhku. Kalau tanah, rasanya pinggang aku pulak yang retak seribu .
“Sorry,” ucapnya pendek dan terus berlalu ke tempat pemandu. Ibu dan abah turut sama menemaniku ke klinik yang berdekatan.
Kurang asam boi betullah doktor tadi tu! Dia boleh gelakkan aku bila aku cerita yang aku terjatuh dari pokok rambutan.
Lepas tu dia gelak lagi bila dia dapat tahu umur aku sebenarnya 25 tahun dan bukannya 15 tahun. Haih, nasib baik keduadua belah kaki dah terseliuh. Kalau tak, ada jugak yang makan kaki tadi! Pembantu doktor itu membantuku untuk menyapu sejenis krim yang berfungsi untuk menyurutkan kesan bengkak dan kemudiannya membalut kedua-dua belah kakiku. Nasib baik terseliuh je, kalau tulang retak atau patah, mau jugak aku menangis tak berlagu kat situ.
“And sir, make sure your wife tak dekat dengan mana-mana pokok lagi ya. Takut dia buat aksi payung terjun pulak lepas ni. Malam ni tidur tinggikan kaki ya. Letaklah atas bantal ke apa ke. Kalau after one week bengkak still tak surut, please go to hospital. Takut ada side effect lain pulak,” pesan doktor muda ini bersahaja.
“Alright. Thanks, doc,’’ balas Athif dan memapahku untuk berjalan keluar dari bilik Dr. Aaaron.
“Mulut doktor tu kena amik insurans Takaful la,” omelku geram.
“Memang patut pun doktor tu bebel macam tadi supaya budak degil macam awak ni tak buat benda bukan-bukan lagi lepas ni,” jawab Athif selamba. Aku mendengus, geram!

***********************

Hari Isnin dan Selasa aku tidak ke pejabat kerana aku menggunakan sebaiknya MC yang diberi oleh Dr. Aaron.
Disebabkan kedua-dua belah kakiku terseliuh, pergerakanku sangat terbatas dan lambat. Kebanyakan kerja-kerja rumah dilakukan oleh Athif. Athif selalu mengusikku yang Gary, siput belaan Spongebob lebih pantas bergerak berbanding aku.
Mamat sorang tu memang suka sangat aplikasikan elemen hiperbola.
Plan gilaku kali ini sangat berkesan. Athif kelihatan sangat tenang setiap kali aku ada bersama. Kami boleh berbual dan bergurau dengan selesa. Seperti sekarang ini, dia boleh melakukan kerjanya dengan tenang walaupun aku duduk betulbetul di hadapannya. Sedari tadi aku ralit memerhatikan dirinya yang sedang khusyuk melakar sesuatu di atas kertas bersaiz A3. Aku suka melihat raut wajahnya setiap kali dia khusyuk melukis. Comel betul! Jari-jemarinya yang runcing itu turut menarik perhatianku. Agaknya betullah orang kata kalau sesiapa yang mempunyai jari-jemari yang runcing ini pandai
melukis.
“Athif, tolong amikkan air. Hauslah,” pintaku. Sebenarnya sengaja mengusik dia yang sedang khusyuk menyiapkan kerja.
Tanpa sebarang bantahan, Athif bangun dan menuju ke dapur. Dia kembali ke ruang tamu dengan sebiji gelas dan satu jag air masak. Aku terkebil-kebil memandang jag air tersebut.
“Amboi, marah nampak! Sampai bawak jag sekali,” usikku.
“Mana ada marah. Suka lagi adalah. Saya bawak satu jag terus supaya nanti kalau awak nak minum air lagi, senang,” jawabnya bersahaja.
“Yalah tu,” Athif hanya ketawa kecil.
Aku terus teringat pada malam selepas aku pulang dari klinik Dr Aaron. Ketika itu Athif sudah bersiap sedia untuk merebahkan badan di atas gebar tebal yang terbentang di bawah katil. Sudah sampai masanya aku mengubah cara tidur kami.
“Athif, awak tidurla dekat atas katil. Esok dahla nak drive,” ucapku.
“It’s okay. Lagipun takkan awak pulak nak tidur dekat bawah ni. Kaki tu dahla dah bengkak macam kuih bom,” jawab Athif.
“Maksud saya, awak tidur dekat atas katil sekali dengan saya. Katil ni kan besar,” tuturku satu persatu. Agaknya dek terlalu terkejut, Athif yang sedang berbaring terus duduk. Anak matanya tajam menikam wajahku.
“Lagipun both my kaki kan sprained. Nanti kalau saya nak mintak tolong apa-apa time tidur, susah pulak saya nak bergerak turun dari katil untuk kejutkan awak. Tak pasal-pasal nanti saya buat program Hana’s Got Talent dengan gaya payung terjun dari atas katil pulak. Kalau ada kat sebelah, senang je,” terangku, cuba mencari alasan yang paling logik.
Athif masih diam membisu tetapi perlahan-lahan dia memanjat katil dan merebahkan badan di sebelahku. Sedaya upaya dia cuba menjarakkan diri sedangkan aku pula sedaya upaya cuba menahan ketawa. Perubahan tempat tidur ini berterusan hingga pulang ke rumah kami.

**************************

Aku duduk di atas katil sambil membuka penutup krim untuk menyurutkan bengkak kaki.
“Still rasa sakit lagi?” soal Athif dan mengambil tempat di hadapanku.
“Still, but tak seteruk time first day tu,” jawabku.
Athif duduk bersila dan kaki kananku diletakkan di atas ribanya. Tangannya mencalit sedikit krim tersebut dan disapu pada pergelangan kaki kananku. Dia mula mengurut pergelangan kakiku perlahan-lahan. Inilah rutin Athif setiap malam sebelum tidur. Dia akan mengurut kedua-dua pergelangan kakiku yang terseliuh sebelum membalutnya dengan bandage.
“Selagi kaki awak tak sembuh, biar saya hantar awak pergi office. Awak bukannya boleh drive dalam state macam ni,” tambah Athif sambil jari-jemarinya mengurut pergelangan kaki kiriku pula.
“Yes, doctor!” balasku dan Athif tersenyum. Selesai mengurut, dia mula membalut kedua-dua belah pergelangan kakiku dengan cermat.
“Alright. done!’’ tutur Athif setelah selesai mengenakan safety pin pada bandage di kaki kiriku.
“Before this, Mak Su awak ada cerita dengan saya,” tuturku satu-persatu. Suasana hening seketika.
“Mak Su cerita? Cerita apa?” soalnya bingung.
‘’Pasal bekas mak tiri awak,’’ jawabku. Athif terus senyap.
“Sorry,” tuturku apabila menyedari raut wajah Athif berubah menjadi keruh.
“Awak ni! Buat apa cakap sorry? You are not the one who abused me before,’’ balasnya dalam tawa.
“Mak Su cakap dekat dahi kanan awak ada kesan parut ya?” soalku lagi kerana aku tidak pernah melihat kesan parut yang dikatakan oleh Mak Su. Tambahan pula rambut Athif sentiasa menutupi dahinya.
Athif menyelak rambut hadapan yang menutup dahinya, menyerlahkan kesan parut sepanjang satu inci setengah.
“Saya pun tak ingat sangat the exact details on what happened. Tapi time tu umur saya sepuluh tahun. Mama marah sebab saya nak bagitahu walid yang dia ada boyfriend lain. Saya tahu pasal tu pun sebab saya terangkat handphone dia. Time tu saya nak turun tangga. Sebab marah sangat, Mama tolak saya dari tangga. Nasib baik kepala tak pecah,’’ cerita Athif. Nada suaranya bertukar lirih.
‘’Kesiannya awak,’’ balasku perlahan dan jari-jemariku menyelak rambut Athif yang menutup dahinya. Jari-jemariku terhenti pada kesan parut. Tentunya sangat sakit jika kesan parut panjang begini. Aku tidak sanggup untuk membayangkannya. Bibirku singgah di kesan parut itu.
“Saya dah bagi jampi dekat awak. Lepas ni, awak takkan ingat lagi pasal bad memory tu,” balasku dan memandang Athif. Athif hanya senyap dan anak matanya yang hitam pekat itu merenungku. Alamak,apa aku dah buat ni!
Perlahan-lahan, jari-jemarinya meramas-ramas jari-jemariku dengan lembut. Erk, apa dah jadi ni? Kemudian jari-jemari runcing itu menyentuh kedua-dua belah pipiku pula.
“Actually, I have a little confession to make,” ucap Athif. Anak matanya tajam menikam wajahku yang kurasakan sangat panas saat ini.
“Saya dah recover,”tutur Athif.
“Recover?”
“Yeap, recovered from gynophobia,”
Aku tersentak, terkejut!
“Hah? Bila? Macam mana? Kenapa” bertalu-talu soalanku keluar. Athif tersenyum meleret.
“Slowly recovered before kita balik Ipoh last week and now fully recovered. Macam mana boleh recover, thanks to you and I did went to see doc for counseling and treatment. Sebab tu time weekend before this saya jarang ada kat rumah,” jawab Athif sambil jari-jemarinya menyelak anak rambutku yang menutup dahi.
“Thanks to me? Kenapa pulak? Thanks to your doctor la,” balasku. Takkanlah mamat ni tahu plan-plan aku sebelum ni!
Athif hanya tersenyum. Isy, laki aku ni ! Bila dia asyik senyum-senyum dari tadi, aku rasa muka dia yang comel tu dah bertukar jadi muka budak tadika yang nakal.
‘’Your plans in order to cure me. Seriously, they worked! Awak boleh jadi psychologist lepas ni and resign from being an accountant,”
Mencerlung anak mataku memandangnya.
“Plans apa pulak ni? Mana ada plan apa-apa,” jawabku.
“Eleh, segan nak mengakulah tu. Adam dah cerita semua bendalah. Jangan nak pura-pura ada amnesia pulak,” balas Athif dan hidungku ditarik.
“Adam ni kan! Tengoklah, bila dia balik nanti, budak ni memang nak kena gulai. Mulut macam tempayan betul !’’ omelku tidak puas hati. Athif hanya ketawa sambil menjongketkan bahu.
‘’So, sekarang ni awak memang dah tak takut dengan perempuan ? Dah tak fobia?” soalku sekali lagi. Athif angguk, masih tersenyum.
“Tak ada rasa trauma? Rasa nak pengsan and menggigil?” soalku lagi.
“Tak ada, sayang oii! Tapi sekarang ni saya tengok macam awak aje yang tengah ada fobia. Muka macam nak pucat je,” jawab Athif selamba. Aku sudah tidak senang duduk. Kalau sebelum ni tak rasa takut dengan mamat muka kiut miut ni, tiba-tiba sekarang aku rasa seram.
‘’Eee..kenapalah awak tak cakap awal-awal yang awak dah recover ?Buat penat aje,”keluhku sambil merenung keduadua belah pergelangan kaki yang berbalut. Buat penat je aku terjun dari pokok hari tu ! Athif mengerutkan dahi, masih tertanya-tanya.
‘’Hari tu saya memang plan nak jatuh dari pokok pun. Kiranya final plan nak cure awak and if plan tu fail, memang saya nak surrender je. Target dahan yang rendah sikit tapi tak sempat nak pergi kat dahan yang rendah, awak datang menyergah and saya pun betul-betul terterjun dari dahan yang tinggi sikit,” terangku panjang lebar. Athif sudah membulatkan mata.
“Ya Allah! Hana Dhamirah, awak ni memanglah! Bahaya buat macam tu,’’ bebel Athif, sedikit terjerit suaranya. Pipi kananku dicubit kuat. Aku hanya mampu menayang gigi untuk mengawal rasa segan dan malu.
“Budak degil lagi nakal macam awak ni patut kena denda supaya lepas ni tak buat lagi benda-benda pelik macam tu,” balas Athif. Kali ini pandangan matanya sudah kelihatan lain macam. Dia mendekatkan wajahnya ke arahku sehingga hidung kami bergesel. Bibirnya mendarat pada hidungku dan beralih pada pipi kanan.
“Kaki saya tengah terseliuh la,” bisikku dan wajahnya kutolak perlahan agar menjauhiku.
“Ala, yang sprained kaki je. Anggota yang lain sihat walafiat kan?” bisiknya nakal. Adui, mamat yang takut perempuan ni dah bertukar jadi power rangers pulak ke?

*******************************

Setahun kemudian…
‘’Walid, cuba tengok anak walid yang sorang tu. Tak habis-habis berkepit dengan wife dia. Macamlah Hana tu nak buat larian marathon,” usik abang Long Athif.
“Yalah, sebelum ni kalau ada perempuan je dekat dengan dia, dia dulu buat acara lompat jauh. Sekarang ni dah lain pulak ya,’’ tambah walid sambil tersenyum.
‘’Sebelum ni siap pesan suruh stay 1 metre radius away lagi,’’ usikku separuh berbisik kepada Athif yang hanya tersengih menerima usikan abang Long dan walid.
‘’Tu dulu. Sekarang ni, mesti 0 metre radius,’’ jawab Athif bersahaja. Tapak tangannya dilekapkan pada perutku yang sudah membulat memandangkan kandunganku sudah berusia enam bulan.
‘’Kalau baby ni lelaki, janganlah dia takut perempuan macam papa dia,’’ tuturku dengan tujuan untuk mengusik Athif.
‘’Dulu belajar Bio tak habis eh ? Phobia is not in genetics la,’’ balas Athif sambil pipiku dicubit lembut. Aku ketawa kecil.
“Kalau saya tahu dari our first meeting yang you are the one, memang nak propose time dekat Kinokuniya dulu,” tambah Athif.
“Dekat Kinokuniya?” soalku.
“Eh, tak ingat ke our first meeting dekat Kinokuniya? Awak terlanggar saya and sebab saya takut sangat, saya terus lari dari situ. Ingat?” jawab Athif. Aku terdiam sebentar sambil memoriku cuba memproses maklumat yang baru diterima. Ohhh..dia ni!
“Nak terus proposelah sangat. Nak propose macam mana kalau time tu pun awak dah tunggang langgang cabut lari?” usikku dan Athif hanya tersengih dan terus dia mengucup dahiku.
“Thank you for everything and I love you,” bisik Athif perlahan.
Aku tersenyum bahagia.

-The End-
*********************************************************************************
Ingin ditegaskan. cerpen ini bukan penulisan Cik Hani.. Cik Hani kongsikan cerpen yang Cik Hani terima melalui yahoogroup terus ke email Cik Hani. Nama penulis seperti diatas..






3 comments:

  1. Hallo Teman-teman di seluruh Indonesia!!
    Khususnya untuk para pecinta judi online di seluruh Indonesia, AGEN DOMINO Terpercaya di Indonesia VIPQIUQIU99.COM Merupakan Situs dengan Server Terbaik serta Permainan yang Fair dan Nyata, 200% (NO ROBOT).Proses Transaksi Deposit & Withdraw Tercepat dengan Tingkat Keamanan Terpercaya.

    VipQiuQiu99.com juga Menyediakan 6 Games yang dapat Dimainkan hanya Menggunakan Satu ID :
    - Play Domino99
    - Play AduQ
    - Play BandarQ
    - Play Poker
    - Bandar Poker
    - Capsa Susun
    - Sakong
    Untuk Deposit & Withdraw hanya Rp,20.000
    Member juga bisa mendapatkan Bonus yang sudah kami sediakan yaitu :
    - Bonus Refferal 10%+10% Setiap Jum'at
    - Bonus Turnover 0,3% Setiap Senin
    Untuk Keterangan Lebih Lanjut Atau Jelasnya Silahkan Hubungi Kami Melalui :
    - Live Chat
    - No.Hp (+85570931456)
    - Bbm (2B48B175)
    - Fecebook (VIPQIUQIU99)
    Buruan Bergabung dengan Kami di VIPQIUQIU99.COM dan Daftarkan Diri Anda di Link Kami : https://goo.gl/pAGgYe
    Nikmati Berbagai Permainan Serta Promo yang telah Kami Sediakan Untuk Para Pecinta Judi Online!!!

    ReplyDelete