30/10/2018

Pet Ekspo @ Matrade

Assalammualaikum

Traikh hari kejadian. aku dah tak ingat dah... aku cepat hilang ingatan sekarang ni.. huhu.. yang aku ingat tiket dia RM5 satu kepala...

Tengok gambau ajelah... lama sangat terperuk... tak best pulak kalau tak share kat blog gamba2 ni... hihi..


























ok. aku nak bagitau kat sini. aku nak buat clearance sale stokin silvy opaque.

RM5/sehelai kos pos RM7

kat bawah ni aku kepilkan gambaunyer..

harga tu harga lama... harga clearance ni sampai stok habis.. pastu aku tak top up dah sebab nak focus bisnes baru.. wokay... selamat bershopping

klik SINI untuk order

korang terus bagitau apa yang korang nak.. its ok kalau terus order takyah mukadimah.. hihi..


ok bye. Wassalamu

08/10/2018

Nak bagi Ikan Keli tak meletup masa goreng

Assalammualaikum

uikkkss.. nak bagi tips la pulak kann... ok.. ni cara aku... Alhamdulillah.. berjaya.. kot korang buat x berjaya... Acik mintak mahap la yerr...

Biasa kalau kita goreng ikan keli meletop kan... sebelum ni aku ikut jugak petua orang2 tua.. basuh guna tepung... tapi meletup jugak.. eh, itu petua tak nak hanyir..

ok. macam ni caranya..

korang salut ikan tu dengan tepung.. bafi betul2 punya salut..
macam gambar kat bawah ni..

Pastu korang buat macam korang cuci ikan tu guna tepung.. bagi terkeluar semua lendir2 tu.. lendir kalau dah bergaul dengan tepung dia bergumpal2 kan.. ha.. buatlah sampai dah xde lendir tu..


ni aku buat guna satu tangan sebab nak amik gambau punya pasal.. sikit je lah gumpalannya.. pastu pakai 2 tangan... aku salut lagi.. aku bersihkan lagi... banyak ooo...

dah puas hati.. gorenglah macam biasa...
aku lumur garam dengan kunyit je...

ok. tu je tips untuk hari ini

Bye. Wassalamu

Munafie pants dah ilek ok

tinggal Stokin Silvy sajok



Beli 6 pasang dapat FREE handsock Donna

Berminat? klik SINI

25/09/2018

Cerpen: Apekku! I Love U

Penulis: Nurwateeqa







Cerita ni best. Tapi Cik Hani takleh convert ke words. jpg je boleh. huhu.. Sorry..

Kedai Cik Hani buka seperti biasa

Silvy Socquette

Nak order atau nak tanya 
 klik → whatsapp

Please like



24/09/2018

Typical... Asal Pengotor je mesti dari negeri Ittewww

Assalammualaikum

ok, saje nak cite.. sebenarnya dah lama nak citer pasal benda ni... sebab aku rasa macam tak adil bila korang cakap macam tu...

Aku dah dengar benda ni dari zaman aku sekolah lagi... tapi masa tu aku masih bergaul dengan rakan2 yang berasal dari KL dan Selangor... sampailah aku masuk matrix..

Guess what?
Aku tak jumpa dan tak berkenalan pun dengan si PENGOTOR ni... tak ada... semua pembersih... Alhamdulillah...

Then, masa aku study kat UM pun still tak jumpa juga puak2 ni... pembersih gilerrr... Oklah.. aku reveal yg orang maksudkan tu mek kelate kann kann kann... takde...

Bila aku dah start bekerja pun sama... aku jumpa yang pembersih sajok... pembersih, pengemas... tapi bukan OCD.. sib baik.. hihi..

Aku rasa kan.. sebenarnya macam ni... kawan2 kita adalah cermin diri kita... seriously... (kalau aku eja 'series' kang.. ada lak pembaris dok tegur..).. buat keje jangan berkira.. bila kita rajin berkira.. kita akan penat.. just buat je... ko takkan rasa pape... betul... percayalah... nampak sampah, then, ko buang.. simple... nampak pinggan mangkuk tak berbasuh.. ko basuh... percaya satu benda... Allah itu ada... mana tau satu hari nanti, ko sendiri kelam kabut ntah apa2 kan... tak sempat nak basuh baju ke... basuh pinggan ke... ko pun tinggalkan juga pinggan tu tak berbasuh kan... takde manusia yang perfect beb...

Satu lagi.. kita jangan rasa kita bagussss sangat... dok ngata orang... sampai aibkan kawan2 tu kat media sosial... kalau kita tak suka, kita tegur... tak berani tegur.. kita blah... habis cite... ok.

Yang aku pernah jumpa geng pengotor ni.. kebiasaannya... dia acah2 pembersih... PERCAYALAAAAAHHHH....

sebab masa aku dok asrama dulu... kan dorm kita ada tugasan mingguan... cuci tandas... dalam tandas tu ada benda alah tu... lari koooo... tak nak cuci... phuikkk... ahkak jugak yang kena cuci... dah tu... tang mana ko bersih kalau ko tak reti nak cuci... bengong!
Dia orang KL hokayyyy!!!

Jadi, jangan letak mark kat orang.. orang dari negeri ni jahat. negeri tu suka kawen 8.negeri sinun pemalas... hmmm... malas aku nak layan..

pembongak!!

k. tu je nak cite..


Bye Wassalamu

14/09/2018

Doakan Kesihatan Cik Hani Ya

Assalammualaikum

lama dah gambo ni terperap dalam draft

Tak tau nak cite dari mana
sebab risau jugak ni

lately ni cik hani kerap buang air kecil
tapi tak pregnen
klimaks nya cik hani kena kencing berdarah sebab dah takde air boleh keluar
huhu
sakit awakkk

Jadinya gi klinik kesihatan ulu klang
cik hani kena makan antibiotik dan ubat cuci air kencing

pastu 12hb kena gi buat pap smear nak cek
kotla kena kanser.. huhu
nauzubillahi min zalik
tapi result dia lagi 5 bulan

17hb kena gi klinik lagi. dokter nak tengok progresss

Doakan cik hani ye
Banyak amik cuti sekarang ni

kejap2 demam

ntahlah

Oklah tu je nak cite

kedai buka je macam biasa

Admin cik hani ada melayan korang

Nak tanya atau nak order? Jom tekan link ⤵

Atau lawat facebook page kami

Dan juga instagram kami




10/09/2018

Yakinlah Pada Allah

#iktibar

Cerita ini panjang. Hanya mereka yang sabar dapat menghabiskan. Di hujung cerita ini ada dinyatakan iktibar dari cerita.

Kisah Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika dia sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, hanya separuh jadi.

Kebiasaannya tempenya telah menjadi sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum menjadi lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa

“Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

“Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Allah dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.

Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.

Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir.

"Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya

"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah.

Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,

“Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.

Iktibar dari cerita ini

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.

MOGA BERMANFAAT

KREDIT to Izan Nasir

04/09/2018

Review Drama Adaptasi Novel : Pembancuh Kopi Mr. Vampire

Assalammualaikum

Latest drama yang Cik Hani tengah gigih tengok kat youtube.

Biasalah, since digi ada kuota free 2.5gb setiap minggu.. ahak ahak!




WATAK PELAKON 

Ungku Ismail Aziz sebagai Alif Irsyad
Nazeera Sardi sebagai Nuzul Filzah
Adam Shahz sebagai Saiful

SINOPSIS PEMBANCUH KOPI MR.VAMPIRE

Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya. Alif Irsyad dengan yakin memberitahu rakannya Saiful bahawa dia tidak mudah jatuh cinta lebih-lebih lagi kepada perempuan yang tidak setaraf. Tetapi kata-kata tersebut memakan dirinya kerana dia mula jatuh cinta kepada Nuzul, pekerja kafe Saiful dan merupakan kawan baik isterinya, Laila. Pada mulanya Alif Irsyad menidakkan perasaannya pada Nuzul namun makin dielak makin menjadi-menjadi lalu diluahkan perasaannya itu kepada Nuzul. Bermulalah kisah suka dukan antara mereka berdua. 

Yang novel tu Cik Hani tak baca sebab kekangan masa. Macam drama ni boleh tengok sambil lipat kain, sambil update ig, fb. kannn... boleh sambil2..

Tajuk cite macam kelakar kan... tapi cite ni sedih koooo... dok kupas bawanggg jerrr... eh, ke cik hani je yang sensitip lebih... huhu... isk,, aku geram tul dengan anak Chef Wan si Serena tu dalam drama nih... rasa nak hempuk jer... dalam drama k... bukan luar drama... #jgnkecamsis 

Cite ni dah lama berlalu... Cik Hani baru tau... lambat tul makcik ni kan... Baru tengok sampai episod 9.. Cite ni sampai 30 episod.. takpe.. #sisgigih

Suka gandingan Ungku Ismail dengan Nazeera tu... Sweet shangatttt... ihihih...

k,la.. sis nak sambung buat kije sambil nonton drama ni.. #sismemangselamba

k. Bye. Wassalamu


Stokin Solat, Umrah dan harian yang selesa


ada 2 jenis lagi. Opaque n Socquette. Ni gambo amik atas kain pelikat laki aku je ni.. muahahaha!!!!
.
Nak tanya atau nak order? Jom tekan link ⤵

.

Atau lawat facebook page kami



Dan juga instagram kami

ig/cumicumi2u

UPDATE: Cik Hani dah tengok sampai 30 episod. Part yang lawak masa Nuzul gi 'Blind Date'... hahaha! Budak laki tu lah.. pandai dia berlakon jadi budak nerd.

15/08/2018

TUKAR CARA BERDOA

Assalammualaikum

Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya .. 
Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Inshaa Allah..

*#FORMULA_1*

Sebelum ini kita selalu berdoa, "Ya Allah berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

"Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku ".

*#FORMULA_KE_2*

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya Allah BERILAH aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

"Ya Allah KURNIAKANLAH aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.

*#FORMULA_KE_3*

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "Semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini:

"Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

*#FORMULA_KE_4*

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah” dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah. 

Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:

"Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu. 

*#FORMULA_KE_5*

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah.. hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:

"Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah.."

*#FORMULA_KE_6*

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

"Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah.."

Moga Bermanfaat. 🙂

*copy&paste*



Stokin Solat, Umrah dan harian yang selesa

.
Nak tanya atau nak order? Jom tekan link ⤵

.

Atau lawat facebook page kami



Dan juga instagram kami

24/07/2018

Maaf Ya. Suami saya baik orang nya

Assalammualaikum

Berkenaan entry sebelum  ni... aku dah masukkan dalam draft sebab takut salah faham..
Sebenarnya macam ni.. aku dengan husband... gaji aku tetap... husband, komisyen.. ada basic.. tapi basic tu untuk dia buat bayar kete dia dengan belanja dia... gaji aku tetap, so, macam yang korang faham la.. semua benda ada due date dia kan.. jadi aku dulu kan la... gittuuu... nanti bila beliau dapat comm... dia top up mana yang patut... macam tu lah kehidupan... give and take... kalau semua suami boleh tanggung... baik aku duk umah... kat rumah pun banyak koje... huhu...

Sib baik anak tiga je.. seriesli (ejaan di melayukan. jangan nak poyo sangat).. aku tak rajin nak jaga anak ramai2.. sibuk orang share nak anak kembar... oiiiii... idak ler... yang tak kembar pun... letih... setakat ni.. anak2 aku aktif belaka... kalau kembar.. pitam aku nak jaga... dari bertukar jadi rimau, mau aku jadi dinasour... huhuhu...

Aku ada kot keturunan kembar... tapi aku takmo anak kembar... sekian.. aku tau lah tahap kesabaran aku level mana... kang aku mogok.. umah aku haru biru... huhu...

Oklah... sekian. suami saya baik.. kalau dia ada duit.. tak kedukut punya worang... aku tengah tunggu comm dia ni... kotlah ada rezki nak gi holiday... tiket Air Asia tengah murah... jom jom... hahahaha!!!!

Ok.. Bye... Wassalamu.. Muah muah..



Stokin Solat, Umrah dan harian yang selesa

.
Nak tanya atau nak order? Jom tekan link ⤵

.

Atau lawat facebook page kami



Dan juga instagram kami



05/07/2018

Aidilfitri 2018

Assalammualaikum

lama tak update

Sibuk sikit sekarang ni jual kasut. uhukuhuk!

Tengok gambau je la ye..

Raya Pertama di Ulu Klang


ni nak gi open house



Birthday Abang Erol 30.06.2018



Buat kat Umah Bang E

Kak Ipar Ohsem aka Kak Mega yang sediakan juadah. Aku makan je sebab dia tak kasi tengok dia masak... kehkehkeh!!


Itu baby baru Cek Su. Faiqah Zihni.. aku panggil baby je.. Babyyyy... hihi


Add caption
Sekian sahaja gambau raya. Rajin dan ada kelapangan. Update lagi..

Gambau Kak Mega tarak sebab dia pakai 'turban' je... ahahaha!!!

K.bye Wassalamu

18/05/2018

Deko Hall

Assalammualaikum

Kejadian ketika cuti pilihanraya

2 hari cuti. sangap oiii... hehe

Wallpaper beli kat kaison RM19.90

Rasanya ada less sebab bayar 2 roll dalam RM35++ gitu

Start dari 6pm - 11pm

siap buat hanging rack lagi.. hehe..

tugas memanjat. serahkan pada yang pakar. aku gayat.

dalam proses

Ok. Siap. Yang penting. Budak 2 ekor takleh main wayar. Habis digigitnya wayar speaker tu. haree tul.

Last but not least. Jom tekan link ⤵
.

untuk order kasut

Atau lawat facebook page kami


Dan juga instagram kami


K. Wassalamu

04/05/2018

Reunion SMK Tunku Abdul Rahman Putra Batch 1998 (Formerly known as Star Putra)

Assalammualaikum

Majlis reunion Star Putra Batch 1998

Tarikh : 28.04.2018
Tempat : Homestay Nurkasih Sepintas Batu 1

tengok gambo je la mengkome. maleh nak cite

Ni Radika. Lecturer. Aku? Tak dapat dipastikan. huhu..

Yang tengah tu bakal menantu. kahkahkah!

Depan chalet ada kolam. Wajib terjun ye.



 Masa ni aku baru sampai. Lambat. Biasalh, vvip memang macam tu







Ok,itu saje. ada je yang tak kenal aku. or buat2 tak kenal. biasalah... awek hot memang ramai tak kenal. kahkahkah! ada aku kisah. Janji dapat cuti. Sakit otak keje hari2... kikiki

Bye wassalamu