26/04/2018

Rukun Islam

Assalammualaikum


Pengertian rukun

  • Rukun adalah sesuatu yang wajib dilakukan dalam memulai sesuatu perkara seperti membaca al fatihah dalam solat.
Kat sini aku nak fokus pada Rukun Islam sahaja. Sebab ramai yang tak faham tentang yang no 5 tu. MENUNAIKAN HAJI BAGI YANG MAMPU. 

Macam ko ambil wudhu tapi rukun wudhu ko tak cukup. Agak2 sah tak solat kauuuu? Tak sah kan. Kot la tak basuh kaki ke kannn...

Macam tu lah jugak rukun islam. Bila ko dah masuk kategori mampu, sila tunaikan haji dulu. tiada istilah belum sampai seru. Janji ko dah daftar dengan tabung haji. Dapat tak dapat belakang cite. Ada yang kena tunggu 65 tahun koo... 

Tapiiii.. kalau ko tu makcik kayo macam SI KAYA tu lah, guna swasta je ler... tak yah tunggu.. jalan kan aje sebab ko memang dah masuk kategori wajib pergi pun. sebab tu beliau pergi.. jadi kat sini, Rukun Islam dia dah lengkap. Kita? 

Pergi haji bukan nak tunjukkan kita ni warak.. itu kewajipan bagi yang mampu. reti ke tidak?

Nape ko tak berlagak je yang ko dah mengucap 80 juta kali sehari.. tu pun dalam rukun islam gak. Dok masjid tak keluar2 sebab nak duduk saf pertama. Solat diawal waktu. gituuu...

Tak tau, takyah up status bukan2.. bila orang komen, ko buat2 cool... rasa diri tu betul. dorang semua ni netizen yang saje nak panaskan hati kauuu.. padahal ko tak betul. 

Macam orang tanya, apsal ko tak solat? belum sampai seruuu.. phuiii.. kata ISLAM. 


Tu je lah nak merempan. Aku merempan kat blog aku bukan fb kauu...



Ok. Bai.

12/04/2018

Macam pakai botox

Assalammualaikum

Saje lah kan, pagi2 pas pakai bedak tu nak amik gambar.. Pinjam hp Rapik. Sekaliii.... Dah kenapa muka aku macam pakai botox?

Huhuhu..
Aku rasa la. kot orang lain tengok, biasa je. Lenovo ni memang boleh memutihkan aku ler... putih pelik ni nama dia.

kalau dari tepi, tak nampak sangat. hihi...

ni pakai samsung. ok je kan gambar. tak pelik nau nau. Kalau amik dari sudut angle ni. nampak le aku nye double chin tu. haih! Harini diet ye. Tengah hari tak makan. Pose. Yea!!

Tak nampak kan dagu berlapis. hihi... I like.

K, tu je kakak  nak membebel. Ngantuk oiiii... Makan ubat gatal. Penangan dia tak hilang lagi.. 

K. Bye. Wassalamu

Kalau free lawatlah ig kasut kakak k

Tengah ada promosi kasut size 35 RM30 sepasang
4 pasang RM100

Beli jangan tak beli

11/04/2018

Aku tanya apa khabar

Assalammualaikum

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya tuhan tahu

Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri
Aku tegak ke kanan
Dimana kita tersilap langkah


Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada disampingku
Tapi lebih seringkali bertemu dalam mimpi semuka dengan sahabatku

Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Untuk semua sahabat2. I miss U

U know who you are

Tengok gambar ni jangan pikir yang bukan2. Yang terbonjol tu tudung Mek hencek okehh.. Dia menggelembung... Hawau tul!

09/04/2018

Car Boot Sale Taman Puncak Jalil

Assalammualaikum

Ahad 08.04.2018

Try jual barang2 pre love kat sini

Alhamdulillah. Untuk first time. Lepas duit minyak. Aku lelong tudung2 kanggarooo, pshmina tu RM2 je selai. Kurang sikit tudung kat box aku tu. Pening dah dok mikir nak campak mana. Anak yatim tak mau dah pakaian. Deme nak wang untuk operasi diorang sehari2. Bayar bill2 bagai. Kalau mampu kita hulur. Tak mampu, diam2 sudah. Jangan mengata.

Yang best nye kat sini boleh campur jual barang terpakai dengan baru.

Permit kena apply online dengan MPSJ.

RM30 untuk 3 bulan. Oklah tu kan. Tempat lain tiap kali ko buka je kena bayar RM10 or RM15. 10 kali dah RM100. Kalau kat sini buka 12 kali (assume 3 bulan as 12 kali le kan 4minggu x 3 bulan) baru bayar RM30. Super jimat.


Ini muka bogel nama dia. Bangun pagi cuci muka, sapu gel aloe vera je kat muka. Muka aku sejenis kering. Memang kena pakai jel tu kalau idok.. kena macam haritu. Bersisik terus. huhu.. Pakai henbeg Mia. Kahkahkah...

Assistant belum mandi pun ikut. eiii.. nampak pampers..


tukang amik gambar ni En Somi ye.. Jangan kata En Somi kita tak tolong pulak. Dia dreba, tukang angkat barang, susun barang, jaga caca... Semua dia buat. Amboiiii... Acahhh jeeee...




k, lah tu je nak cite. 

Bye Wassalamu

Nak beli biskut ke, Sambal hitam ke kasut ke
klik

06/04/2018

Keje keje keje selagi belum tutup mata... huhu

Assalammualaikum

Petang2 jumaat ni saje nak membebel sikit. Bos tarak. Hujan lebat pulak. hihi...

Kadang tu rasa bosan gak kije dari hari senin sampai sabtu nih.. 'What a life????'. Nak buat macamana. Dah memang kena keje. Tanggungjawab. Kena buat jugaklah... Tak keje kang ada yang kata aku ngabehkan duit laki.. padahal... tak pernah pun mintak duit laki.. huhu...

Bila aku dok pikir2 kan... Keja hari2.. Cukup bulan dapat gaji. Dapat gaji bayo hutang... tuuuu je lahhhh... 'What a life???'' huhu

Kadang tu sampai rasa down gile.. kat ofis nak kena layan kerenah bos, client. Kadang tak tau nak marah sape. Rasa nak lempang diri sendiri je... Kadang aku tak paham dengan orang yang tak bekerja ni.. Dah ko tak keje, nak kemana2 senang. Boleh tak belajar urus diri... Kite ni dahla keje. Dok nak kena mintak cuti uruskan orang tak keje. Ntahla.. Payah nak cakap. Kang benti kang. Apapun tak boleh. serabut tul. Bila nak berubah tak tau..

Kat umah dengan hal kat umah lagi. Kadang aku fed up juga. Bila dah rasa serabut namateyyy... Masuk bilik dengan Caca.. Baring sama2.. Dok tengok atap umah... Apapun tak boleh.. Umah takde siling. Tengok atap la heh! Kat luar tu, apa nak jadi pun jadi lah. Stress out!!! Pecah otak!

Sebenarnya, aku bukanlah pecinta kucing dan juga bukan anti kucing. Aku ok je dengan kucing. Biasa2... Aku tak minat nak bela kucing sebab bila kita bela kucing ni macam bela anak ye uolls.. Semua kena amik tau. Kucing ni benda hidup. Bukan mainan. Aku ni masih tahap sabar lagi. Nak bela kucing sila urus baik2. Jangan sampai aku takleh masuk umah sendiri sudah.. Bau dia.. mangaiii.. Rasa nak lempang orang yang bajet pecinta kucing sangat tu... Kang bukan kucing yang kena halau, tuan dia yang aku halau. ha amek kau! Kalau nak halau, kena halau dia punya punca. Baru betul. Pasni takde dah kucing lain masuk dan busuk! huh!

Sekian sahaja bebelan aku pada petang Jumaat yang barokah ni.

Mehle tolong like page kami. CumiCumi2u

K, tu je wassalamu

p/s: Nama page pun aku amik dari nama kucing. Ko rasa aku tak suka kucing ke. Tapi cumi ni lahaiii. Suka berak bawah meja. Geram pulak aku.


05/04/2018

Kasut Sarung Selesa- Kasut Jelly Pun Ada

Assalammualaikum

Ada stok baru masuk

Code JB9

JB5

Code FR3 dan FR4

Ukuran tapak kai untuk FR3 & FR4

Saiz 36 - 22cm
Saiz 37 - 22.5cm
Saiz 38 - 23cm
Saiz 39 - 23.5cm
Saiz 40 - 24cm
Saiz 41 - 24.5cm

Brand: Ferragamo Inspired

Harga sepasang : RM40

FREE POS UNTUK SEMENANJUNG
SARAWAK + RM6
SABAH + RM11

Klik CumiCumi2u untuk order

Bye Wassalamu

Ngantuk. Nak tido jap.

Acaaahhhh je!!!

04/04/2018

Resepi Florentine Almond Cookies

Assalammualaikum

Lama tak hapdet tetiba bagi resepi

Senang giler. 

Resepi Almond Crunchy Caramel

Bahan-bahan:
200g Tepung Florenta
200g Badam keping
200g Kuaci hijau
20g bijan hitam

Cara-cara:
Gaul semua bahan
Pastu masukkan dalam cupcake. Sukatan satu sudu. Janji rata dalam cupcake. Tak tebal, tak nipis.
Bakar 10 min suhu 160 darjah. Api atas bawah.
Mudahkan.

Memang mudah tapi kos bahan di mahal, Sabau je ler...

p/s: ikut oven korang. memula tryla bakar satu dulu. Tengok berapa lama baru jadi. kang terkurang masak or terlebih kang hangus pula. Hihi

Bahan-bahan yang telah digaul

Eksen je ni. Tak bagi pegang karang melalak pula

Ni assistant. Tolong pas bekas cup cake.


Tadaaa... dah siap

Kalau berminat boleh beli dengan Ahkak RM20 sebalang (+-200g)

Ni harga khas untuk blog reader k.

Muahhh... bajet ko pemes. Huhu..

www.wasap.my/60163784959 atau klik Sini

03/04/2018

My Little Hero

Assalammualaikum

Biasalah, tajuk nak omputeh aje.. hahaha

Kejadian baru-baru ni. 01.04.2018. Ok, tak amik gambar masa kejadian. Tengah panik, amik hp. Tak mungkin berlaku. Gilo

Kisahnya. Pagi tu lepas breakfast. Ajak Abang buat rak kasut. Teringat kayu palet En Somi kutip kat padang mana ntah. Dari dok tersadai. Baik buat rak kasut memandangkan kasut dah bersepah. Sebelum aku pening, baik buat rak kasut.

Si Abang, biasalah siap bersarung tangan bagai nak kuarkan paku kat kayu tu. Nyampah Mak. haha!! Tengah ralit buat keje dengar Si 2 ekor (anak kucing Cumi n Puma)tu mengiau macam gaduh tapi lain sikit pastu sonyap. Diorang main kat area pasu bunga. Tiba2 Si Cumi kuar dari situ, tak nampak Puma.

'Abang, cuba tengok, Puma tu kenapa?'

Abang pun gi tengok, Tiba2

'Ular! Ular!'

Tapi si Abang makin ke dalam area pasu tu, aku panik. Imagine, ular tedung?. nak gi ke tak nak. Tapi sebab abang tak lari dari situ. Aku gi lah. Anak tu... Bila aku sampai. Ya Allah. Ular sawa tengah belit Puma. Dia belit kepala dengan kaki depan. memang keras dah kaki belakang puma tu.

Si Abang ni punyalah sayang kucing dia. Dia pi tepuk kepala ular tu. Ko hado? terjerit2 aku. huhuhu... sekali dia lepuk, sekali aku jerit. Abang!! Si Abang lak dok jerit

'kucing aku tu!!! kucing aku tu!!!'

kot ular tu paham.

Yang apak dia tengah2 panik tu boleh lak masuk celah2 pasu. padahal ada ruang beso nak ke kawasan pasu tu.. kahkahkah.. (ok, masa kejadian tiada gelak tawa. Abang n kakak nanges, aku berdebo.. blurrr... caca.. errr.. tak kisah... apak dia... ntah, tak tanya)..

Pastu Abang gi tolak sampai tergolek ular tu tapi still tak lepas Cumi, disebabkan pagi2 kan sunyi. Suara jeritan Abang tu buat sekampung datang. Dioarang keluar dari dalam rumah ok. Bukan diorang memang ada kat luar.. Mangaiii... kuat suara ko bang....

Abang terus lepuk ular tu tak benti. Dia lepuk pakai tangan je.... Mau aku tak panik... last2 ular tu lepaskan jugak Si Puma. Aku terus amik Puma, peluk... Diam... tak bergerak... sebak tapi tak nanges.. just blurrr... gosok2.. tiba2 dengar dia bersin dan bergerak... legaaa...

Ular tu lari celah lubang.. Call JPAM... Tapi still tak dapat tangkap.. Orang JPAM kata, ular tu lalu cari makan. Tapi dia tak menetap situ...

Puma terus tak nak keluar rumah. Tau takut... sebelum ni siap bergaduh lagi dengan Abang nak kuar... trauma...

Aku pun tak sangka Si Bujang aku tu berani sampai camtu sekali bila dah terdesak... Bolehla jadi pelindung Mak nanti.

Tapi....

Lepas kejadian tu,

'Takutlah Abang nak gi bilik air. takut ular tu ada kat dalam'

hmmm.. hampeh.. Si bujang aku ni penakut beb... bersilat dengan doktor kalau nak amik darah dia... siap kena bedung kauuu... tua dah ko banggg... camne nak sunat ni????

Sekian sahaja kisah hero ku yang penakut. hahaha!!


Ular tu lebih kurang kaler ni, cerah sikit. Adalah besar lengan lelaki dewasa. panjang lebih kurang 2 meter. huhu..

K, bye wassalamu.

Nak order biskut raya ke kasut ke... klik SINI