28/02/2011

Pertandingan Memanjat

Tarikh kejadian: sudah lupe ler...
tempat: umah saya
peserta: 2 orang shj

on your mark, get set go!!!!


 yah! yah!!!

yea!!!! pemenangnye... si kenit... sangat tinggi dia panjat...

sebonanye nak marah... tapi letih la pulak kalu asik marah2 kan.. bagi je la dia peluang kan... punyela tinggi si kenit ni panjat... sudahnye... tak reti turun kohkohkoh... macam kucing... 'ma!!! ammama!!! ma!!! ammama!!!' gitulah gayenye dia panggil saya mintak help.. ngihiihii...


xtiViti Ari AhaD yaNg LaluS...

malam tu asben bincang dengan saya.. sok nak watpe ek? so saya ajak asben amik gambar passport... lama beno rasanye tak amik gamba passport... senang kalu ada pape nanti... manalah tau kan.. gamba latest mesti ada...

pagi ahad: bangun kul 6.30 solat subuh pastu... zzzzz...
kul 9 bangun balik.. kikiki... kul 9 tu... saya ngan asben je pun yang bangun, budak2 tido lagi...
masak sarapan, wat kuew tiaw goreng jek... tengah syiok masak adalak orang bagi salam... asben yang gi jengok.. owh ada jiran ajak minum pagi kat umah dia tapi orang pompuan n anak2 je.. bukan saya takmo join, tapi tak baikla kan, saya dah wat sarapan, pastu xkan nak bia asben makan sorang2.. huhu... doce...
kul 10, si kenit bangun.. langkah kanan tul dia... meh mamam... nyum.. nyum... nyum... pastu lepak2 balik, tengok tv, mamam lagi... pastu asben saya, zzzz....

tengah hari: dalam kul 1.30... okes, mandi time... memula si kenit, pastu abang afi... pastu mama... las sekali,,, abah... pas solat zohor dalam kul 2.30 kitorang kuar menuju ke kuantan parade...
aik? sekali jem lah pulok... ohhooo... tadi kat melodi ada cakap pasal apatu road tour ABPBH kat Kuantan parade.. haish... apa yang bestnye ek?? memula amik gamba dulu... pastu baru kitorang gi tengok.. ramai gile orang... tapi saya tak minat sangat kalu ramai orang nih... penin penin... masa saya sampai tu Anna Raffali tengah nyanyi lagu bila berpacaran dengan Along raja lawak, zizan raja lawak lak jadi rappers... kelako gaks.. macam bidan terjun je zizan nih.. tapi baekk jek dia rap...

oleh kerana xlarat ngan crowded neh... asben pun ajak gi mkn cendol kt centre point... cendol... wah wah... bes gak... tapi saya bukan takat mamam cendol... nasi goreng pun saya bedal... nyum nyum....

 tengok, budak baik ni... duduk atas meja... xde bby chair... cian dia..

dasat tul... mamam cendol sampe 2 mangkuk... huhu...

petang: dalam kul 5 ptg gitu, pas mamam cendol, kami gi taman esplanade... bawak budak2 main kat playground.. xleh nk snap pic sbb cahaya matahari yg menyuluh sangatla menyilaukan.... kul 6 kami balikla sebab nak kejar asar... tak sampai 10 minit dah sampai umah dah... tapi sebelum tu singgah kedai li pisang nak wat cekodok... sampai umah, asben solat dulu, saya mandikan kenit, pastu saya solat, asben tolong kerjakan pisang... pehtu saya wat cekodok dengan teh o panas... huish... mamam la pe lagik, lapo dah...

malam: pas maghrib... budak2 dah lalok... saya masak nasi, goreng sayur sawi n telur dadar je... saya pun dah lalok gak... pas siap masak, budak2 tido dah ghupenye... teman asben mamam... saya xlalu dah. ngantuk sangat... pas isyak... kami pun... zzzzzz.....

Manusia Separuh Manusiawi

ini pun saya forward dari email yg kawan saya hantar... untuk bacaan semua orang, lebih2 lagi kepada orang yang kureng dengan budak2... sangat bagus untuk tatapan mereka...

alkisahnye... penceritanye bukan saya tau...

MANUSIA SEPARUH MANUSIAWI


Pemergian ke PUISI 2007 di Waterford Ireland baru-baru ini memberikan saya banyak pengalaman berharga. Bukanlah kerana banyaknya kejadian yang berlaku ke atas diri saya, tetapi lebih kerana hasil kelaziman membuka mata dan telinga terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita.






Mungkin ini caranya yang baik untuk kita mendidik diri. Jangan sekadar tunggu peristiwa berlaku, tetapi carilah peristiwa yang berlaku untuk disubjekkan sebagai bahan zikir dan fikir.






Pengalaman-pengalaman menarik tercoret seawal keberangkatan saya dengan pesawat KLM via Amsterdam.



CORETAN DI LOBI AER LINGUS


Semasa sedang duduk menanti pesawat Aer Lingus di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam ke Dublin, mata saya terpaku memerhati seorang kanak-kanak Irish pada usia empat atau lima tahun, berbual bersama bapanya. Si ibu sibuk mengemas beg di sebelah.


“Ayah, kenapa kita belum masuk ke pesawat?”, tanyanya.

“Mereka sedang membersihkan pesawat, mengisi minyak, menyusun majalah, dan menyediakan makanan untuk kita”, jawab si ayah sambil bermain dengan rambut anaknya.

“Kenapa pesawat ini berwarna hijau dan pesawat lain berwarna biru?”, tanya si anak lagi.

“Pesawat ini adalah Aer Lingus. Ia warna pesawat negara kita. Pesawat biru adalah pesawat orang Dutch. Asalnya semua pesawat berwarna putih, kemudian ia dicat mengikut syarikat yang membelinya”, balas si ayah.

Mereka saling melunjurkan kaki ke dinding cermin.

“Kenapa warna asal pesawat ialah putih?”, si anak terus bertanya.

“Mungkin itu peraturan pihak berkuasa Aviation antarabangsa”, sambut si ayah. Semacam tidak dipedulikan anaknya yang hanya berusia empat atau lima tahun.

Saya ketawa kecil sendirian. Lucu melihat gelagat si anak yang bertanya dan terus bertanya. Ayahnya pula tidak pernah jemu menjawab setiap soalan yang ditanya oleh anaknya itu. Tanpa sedar saya menggenggam tangan, mungkin kerana saya sendiri dalam kerinduan meninggalkan Saif, Naurah dan Imad bersama Ummu Saif yang kesunyian di rumah.






IRISH DAN KANAK-KANAK

Belum pun tiba di Ireland, saya sudah dapat melihat satu contoh jelas kepada apa yang saya percaya selama ini. Saya percaya bahawa orang Irish sangat sukakan kanak-kanak.

Masih teringat di fikiran saya, semasa tinggal di Ireland, puas pipi Saiful Islam dipicit, dicubit setiap kali kami menaiki kenderaan awam. Malah kadang-kadang ada pula yang menahan stroller kami semata-mata mahu melihat wajah anak kita. Di pusat membeli belah juga, stroller kanak-kanak sama sesak dengan kesesakan lalu lintas kereta.

Malah dalam soal lalu lintas, hampir tidak pernah berlaku, saya dan Ummu Saif dibiarkan menunggu di tepi jalan bersama stroller melainkan pasti kereta akan berhenti memberikan laluan, khususnya di Belfast.

Tolaklah ke tepi golongan bermasalah yang mengabaikan anak-anak mereka kerana di dalam masyarakat mana pun tetap ada karat dan daki yang menjadi cabaran sosial.

Tetapi rata-rata saya dapat melihat bagaimana ibu bapa, khususnya mereka yang berpendidikan, begitu memuliakan anak-anak. Memuliakan dalam erti kata, mereka tidak melayan anak-anak seperti ‘separuh manusia’ yang hanya ada fizikal untuk dilayan. Malah keperluan mental dan emosi anak-anak turut diusahakan sebaik mungkin.

Lihat sahaja jawapan ayah kepada anaknya tadi. Si bapa tidak menunjukkan yang anak itu masih kanak-kanak, terhad keupayaan memahami atau soalannya hanya membuang masa. Malah si bapa terus menjawab soalan demi soalan secara orang dewasa. Bapa bukan sekadar mahu menjawab dan memahamkan si anak, tetapi sentiasa meletakkan jawapan di paras yang sedikit tinggi, dengan galakan untuk terus bertanya, supaya anak mengejar standard itu.

Sentuhan pada usia muda seperti ini amat penting untuk menyuntik potensi anak-anak. Jangan dimatikan kebolehan anak-anak dengan kemalasan ibu bapa.






MASALAH KITA

Teringat kepada masjid kita. Rumah Allah yang tidak mengalu-alukan si anak kecil. Budak-budak sering menjadi sasaran kemarahan jemaah di masjid. Malah ada pula papan tanda “kanak-kanak tidak boleh melepasi garisan ini”.

Ada yang cuba menyelesaikan masalah ini dengan membahaskan tentang hukum. Apa hukum yang berkaitan khususnya dengan kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan dan sebagainya.

Tetapi bagi saya, layanan buruk terhadap kanak-kanak di masjid bukanlah kerana hukum. Tetapi kerana cara kita memandang kanak-kanak.

Air Asia juga sudah tidak lagi memberikan prioriti kepada mereka yang menaiki pesawat dengan kanak-kanak, sebaliknya anda perlu membayar duit untuk mendapat prioriti dalam barisan semasa masuk ke kapal terbang.


Masalah ini bukan masalah masjid dan hukum, tetapi kita datang dari sebuah masyarakat yang memandang rendah kepada kanak-kanak. Semuanya bersifat satu hala. Komunikasi satu hala, dan arahan satu hala. Kita memandang kanak-kanak tidak lebih dari sekadar ‘separuh manusia’ yang justeru itu dilayan ‘separuh manusiawi’.

Apatah lagi masjid kita adalah kelab warga pencen yang secara tidak sedar memegang polisi ‘For Members Only‘.


Saya melangkah kaki masuk ke pesawat dengan rindu kepada anak-anak dan Ummu Saif di tanah air…






ABU SAIF @ www.saifulislam.com


Amsterdam Schiphol Airport, Holland






"Erti Hidup Pada Memberi"

p/s: mmg kebanyakkan org melayu (sy ckp org melayu sbb sy org melayu... xyah tk kaum lain... kaum lain tu kite amik sifat yg baik je yg ada pada mereka. yg buruk dijauhi), menganggap budak2 ni leceh... payah la... hapela... masa kecik, lecehla.. besa besok, insya Allah mudah jika betul asuhannye... ini pendapat je ek... kalu tak setuju, sila jangan baca...

Dia Pernah Menyintai Mu

saya saje nak forward email yang kawan saya bagi ni kat blog... sepatutnya saya update masa maulidur rasul tempoh hari... tapi tak sempat... dah de masa ni... saya masukkan kat sini untuk bacaan n renungan kite bersama...




Dia Pernah Mencintaimu

On 15/02/2011, in BUKU: MURABBI CINTA, by Abu Saif

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.



Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.



“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.



Persoalan.



Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?



“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.



Aneh.



Mencintai insan yang belum ada.



Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.



Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.



Cinta luar biasa.



Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.



SENYUMAN PERPISAHAN



Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.



Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,



Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.



“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.



Wajah itu mengubat rindu mereka.



Tiga hari yang hilang warna dan sepi.



Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.



Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.



Sangka mereka itu senyum kesembuhan.



Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…



Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.



“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.



“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.



Tangan itu rebah terkulai.



Basah dalam bejana air.



Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.



Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.



Merindui saudara-saudaranya.



Kita.



SEBUAH PERTANYAAN CINTA



Justeru…



Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?



Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?



Hati kecil itu tidak mampu berbohong.



Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….







“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]



ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG, Selangor

Seram Sehh... ada momok dirumah ku...

Tarikh kejadian: 26.02.2011
Masa: 5.00 pm (senja2 gini momok mmg dah kuar)
Tempat: Umah Saya
Bil. Momok: 2 shj.

macam tak caya kan, leh amik gamba momok,,, huhu,,, saya pun tak caya gak... kenit jek momok nih... tapi tak mengganas... asben saya memula macam tak caya masa saya bagitau dia saya dapat amik gambar momok ni, bukan satu tapi dua lak tu... malam tu pas asben balik dari keje...

saya: bang, nak tengok tak gambar momok mama amik petang tadi...
asben: macamana mama leh amik gamba momok?
saya: ntahla, mama amik je, bole je...
asben: mana? abang nak tengok...

tadaaa!!!!!




wah!!!! takut tak??!!!!

24/02/2011

wajah-wajah~Mia Zulaikha



ni gambo masa dalam pantang... hihi... berubah2 wajah dia