20/02/2014

Maafkanlah Saya

Assalammualaikum

Tetiba terbaca blog member aku nih... 'tak lama dah'... weh... seram la... dahla aku ni yg.. ehem ehem... takut nak cakap... baru-baru ni ada kawan aku disahkan menghidap kanser tuttt... ngeri lak rasa nye...

Bila baca blog member aku ni, dia mintak maaf kat sume orang, baru aku terfikir... elok jugak aku mintak maaf... mana tau kan... sedangkan budak tak sakit pun tetiba dijemput oleh Pencipta... inikan aku yang dah terang-terang sakit... Setiap malam sebelum tido aku selalu terpikir... agak-agak esok aku bangun tak?? huhu... seram...pastu dok terpikir... macamana agaknya keadaan dalam kubur nanti, macamana bentuk seksaan yang akan aku terima? tabah ke aku nak hadapi semua tu?? bukan bermaksud aku nak praktis masuk neraka.. ada yg mengidam nak ke situ ke??? mestilah tak nak kan... sebab tu kadang-kadang aku macam nak marah kalu aku komplen panas, ada lak yg jawab... kat sana laagi panas. hoi! ko tgh praktis ke nak ke situ??? aku tak mo... tak nak tak nak!!!!

oklah, dikesempatan ini, aku ingin memohon jutaan kemaafan kepada sesiapa sahaja sekiranya aku ada menyakiti hati atau apa-apa sahaj bentuk kesalahan yang ada aku lakukan. Kalu nak tuntut, sila lah tuntut sekarang.Kalu aku dah takde, tuntutlah dengan keluarga aku.Insya Allah... aku cuba betulkan apa yang termampu...

Walaupun aku tak pasti ada ke org nak baca blog aku? org yg aku kenal? tapi melalui hits yang aku nampak... ada jugakla... hopefully, maafkanlah daku... sebab daku maafkan semua orang (macam baik2 aje)..

wassalam


06/02/2014

Resepi french toast with cheese

Assalammualaikum...

meh-meh kongsi resepi... nama bukan main lagis... french toast with cheese ko... nama melayu dia roti telur dengan keju... hahahaha!!!

 Bahan-bahanyer:
6 keping roti
3 keping keju cheesdale
1 biji telur
2 sudu fresh milk
1 sudu susu pekat
secubit garam


 mula-mula, kacau telur kasi kembang

 masukkan susu dan garam.kacau lagi sampai sebati. kemudian ketepikan

 sediakan roti dan keju. keju dikapit oleh roti. bagi yg tak suka kulit roti. bolehlah dibuang. pastu, aku potong jadikan 4 bhgn. senang anak-anak nak makan.

 kemudian, roti disalut dengan campuran telur tadi.

 kemudian goreng. aku goreng dengan planta. letak sikit je. kalu takmo pun xpe tapi pastikan guna non stick pan. tapi rasa kureng sikit kot tanpa planta.

tadaaa... dah siap. selamat mencuba.... kalu yang untuk mak n abah aku. aku x letak keju... pun sedap jugak... nyam nyam.... wat bekal anak-anak gi sekolah...







05/02/2014

Doa Untuk Merawat Penyakit Berkaitan Perut

Assalammualaikum

Memandangkan dah sakit marilah berkongsi rawatan secara islam.. inipun saya google jugak...

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan:  

1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Surah-surah yang dibaca:

1. Surah Asy-Syu'araa': Ayat 95-118. 























2. Surah Ar-Ra'd: Ayat 30-34, 























3. Surah Al-Buruj: Ayat 1-22. 























Sediakan botol-botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dan sapu air pada bahagian yang membengkak setiap pagi dan sebelum tidur.  InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

kalu nak tau tentang doa-doa lain sila klik di sini

Ulser peptik risiko pendarahan dalaman

Assalammualaikum

Nape tiba-tiba nak cite tentang penyakit ni?? oh ye, saya baru sahaja disahkan mengidap penyakit ini, so... saya google la untuk maklumat lanjut... tanye dokte pun macam takmo cite... haku google je la... mai baca...

ULSER peptik luka terbuka yang terdapat di bahagian dalam lapisan perut, bahagian atas usus kecil atau esofagus, merupakan satu penyakit yang biasa dialami oleh kebanyakan orang. 

“Tidak lama dahulu, tanggapan popular mengaitkan ulser peptik dengan cara seseorang itu menjalani kehidupannya. Terlalu banyak tekanan dan terlalu banyak makanan pedas-pedas mungkin menyebabkan seseorang mendapat ulser.

“Tetapi kini, penemuan baru membuktikan bahawa punca kebanyakan ulser di perut dan bahagian atas usus kecil (duodenum) adalah jangkitan kuman atau ubat-ubatan dan bukannya stres atau diet,’’ kata Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, ulser esofageal juga boleh terjadi dan lazimnya dikaitkan dengan refluks asid perut.

Ulser mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung kepada lokasinya. Jika terjadi di dalam perut, ia dikenali sebagai ulser gastrik manakala ulser duodenal terletak di dalam bahagian pertama usus kecil atau duodenum.

Sementara itu ulser esofageal mengambil bahagian bawah esofagus dan sering dikaitkan dengan penyakit refluks gastroesofageal (GERD).

Simptom-simptom

Rasa sakit seakan terbakar merupakan simptom biasa bagi ulser peptik. Rasa sakit ini disebabkan oleh ulser dan ia bertambah sakit apabila asid perut terkena kawasan ulser. Rasa sakit ini mungkin:

* Dirasai di mana-mana kawasan dari pusat ke tulang dada

* Mengambil masa daripada beberapa minit ke beberapa jam

* Menjadi lebih teruk apabila perut kosong

* Bertambah pada waktu malam

* Boleh dikurangkan sementara dengan memakan pelbagai makanan yang akan menampan asid perut atau dengan mengambil ubat yang mengurangkan asid

* Datang dan pergi untuk beberapa hari atau minggu

Adakalanya, ulser akan menunjukkan tanda-tanda seperti muntah darah (seakan kemerahan atau kehitaman), darah pekat di dalam najis atau najis yang kehitaman atau seakan tar, rasa mual atau muntah-muntah, hilang berat badan yang tidak diketahui puncanya dan, sakit dada.

Punca-punca

Dr. Abd. Hamid berkata, kebanyakan ulser berpunca daripada bakteria yang berbentuk ‘cockscrew’ Helicobacter pylori (H.pylori). 

“H.pylori tinggal dan bercambah di dalam lapisan mukus yang menyelaputi dan melindungi tisu-tisu di dalam perut dan usus kecil. Ia jarang mendatangkan sebarang masalah.

“Tetapi, adakalanya H.pylori akan mengganggu lapisan mukus, menyebabkan radang serta menghakis tisu-tisu pencernaan yang akan menghasilkan ulser,’’ katanya.

Satu sebab hal ini terjadi adalah kerana mereka yang mempunyai ulser peptik telahpun merosakkan lapisan di dalam perut atau usus kecil, menyebabkan bakteria mudah menceroboh dan menyerang tisu-tisu tersebut.

“H.pylori merupakan satu jangkitan gastrousus yang biasa. Di Amerika Syarikat, satu dalam lima orang di bawah 40 tahun dan separuh daripada mereka yang berumur lebih 60 tahun dijangkiti bakteria ini,’’ kata Dr. Abd. Hamid. 

Walaupun caranya merebak tidak begitu dikenalpasti, ia mungkin disebarkan melalui sentuhan intim seperti ciuman, makanan dan minuman.

Walaupun jangkitan H.pylori merupakan punca yang paling biasa bagi ulser peptik, namun ia bukanlah satu-satunya punca ulser. Lain-lain faktor yang memburukkan keadaan:

* Ubat-ubatan mengurangkan sakit. Ubat antiradang bukan steroid (NSAIDs) boleh menyebabkan rengsa pada lapisan di dalam perut dan usus kecil.

* Merokok. Nikotin yang terkandung di dalam tembakau meningkatkan tahap kepekatan asid di dalam perut dan meningkatkan risiko menghidap ulser. Merokok juga boleh memperlahankan pemulihan sewaktu rawatan ulser.

* Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh merengsa dan menghakis lapisan mukus di dalam perut serta meningkatkan jumlah asid perut yang dihasilkan. 

* Stres. Walaupun stres sahaja bukanlah satu-satunya punca ulser peptik tetapi ia merupakan faktor yang menyumbang kepada penyakit ulser. Ia memburukkan lagi simptom-simptom ulser peptik dan dalam beberapa kes, mampu melengahkan proses perawatan.

Diagnosis

Pada mulanya, doktor mungkin melakukan sinar X di bahagian atas gastrousus yang menunjukkan esofagus, perut dan duodenum. 

“Sewaktu sinar X dilakukan, anda akan menelan cecair metalik berwarna putih (barium) yang akan melapisi trek pencernaan anda dan menunjukkan lokasi ulser yang dialami dengan lebih jelas.

“Sinar X di bahagian atas gastrousus ini mampu mengesan beberapa ulser sahaja, bukannya semua,’’ ujar Dr. Abd. Hamid.

Menurutnya, endoskopi mungkin perlu dilakukan jika keputusan sinar X itu menunjukkan kemungkinan terdapatnya ulser itu, atau jika doktor telah pun melakukan endoskopi terlebih dahulu. 

Dalam prosedur yang lebih sensitif ini, satu tiub panjang dan berongga dengan kamera di hujungnya dimasukkan secara perlahan-lahan ke dalam tekak dan esofagus, terus ke dalam perut dan duodenum anda. 

Dengan instrumen ini, ujar beliau, doktor boleh melihat bahagian atas trek pencernaan dan mengenal pasti ulser. Jika ada, doktor anda akan mengambil sampel tisu kecil (biopsi) berhampiran lokasi ulser.

Sampel-sampel ini kemudiannya akan diperiksa di bawah mikroskop untuk memastikan ia bukan kanser. Biopsi juga boleh mengesan H.pylori dalam lapisan perut anda.

Selain biopsi, tiga ujian lain yang boleh memastikan ulser yang dialami berpunca daripada jangkitan H.pylori adalah ujian darah, ujian pernafasan dan ujian antigen najis.’

Komplikasi

Jika tidak dirawat, kata Dr. Abd. Hamid, ulser peptik mungkin menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman dan boleh mengakibatkan lubang di dinding perut atau usus kecil.

Ini meletakkan anda dalam risiko jangkitan serius di kaviti abdomen (peritonitis). 

Ulser peptik juga akan menghasilkan tisu parut yang boleh menyekat laluan makanan melalui trek pencernaan; anda mudah terasa kenyang atau mengalami muntah-muntah dan hilang berat badan.

Rawatan

Ulser bukanlah suatu penyakit yang boleh dirawat sendirian tanpa pertolongan doktor. Antasid atau ubat penghalang asid hanya memberikan kelegaan sementara.

Jika anda mempunyai simptom-simptom ulser, berjumpalah doktor. Dengan bantuan pakar, anda boleh mendapatkan kelegaan daripada sakit ulser dengan serta-merta dan pulih sepenuhnya.

Disebabkan kebanyakan ulser berpunca daripada bakteria H.pylori, doktor menggunakan kaedah membunuh bakteria dan mengurangkan tahap keasidan dalam sistem pencernaan untuk melegakan rasa sakit dan mempercepatkan penyembuhan.

Untuk melakukan kedua-dua langkah tersebut, ia memerlukan sekurang-kurangnya dua atau kadangkala tiga hingga empat daripada ubat-ubatan berikut iaitu antiobiotik, penghalang asid, antasid, pam perencat proton atau agen cytoprotective.

“Jika H.pylori tidak dikesan di dalam sistem anda, kebarangkalian ulser anda berpunca daripada NSAIDs yang mana anda patut berhenti mengambilnya jika boleh; atau asid refluks (ulser esofageal).

“Dalam kedua-dua kes, doktor anda akan mengurangkan tahap keasidan dengan menggunakan penghalang, antasid atau pam perencat proton. Kemungkinan besar anda juga dikehendaki mengambil ubat cycloprotection,’’ kata Dr. Abd. Hamid.

Ulser yang gagal disembuhkan

Peptik ulser yang tidak dapat disembuhkan setelah dirawat dikenali sebagai ulser refraktori. 

Ini mungkin berpunca daripada pesakit ulser tidak mengambil ubat mengikut arahan doktor atau terdapat beberapa jenis H.pylori yang kebal kepada antibiotik. 

Faktor-faktor lain yang boleh mengganggu proses pemulihan termasuklah penggunaan tembakau, alkohol atau NSAIDs. 

Ada ketikanya punca masalah ini adalah secara tidak disedari di mana ramai yang tidak menyedari ubat yang mereka ambil mengandungi NSAIDs.

Dalam beberapa kes, ulser refraktori mungkin terjadi akibat penghasilan asid perut secara berlebihan seperti yang terjadi di dalam sindrom Zollinger- Ellison, jangkitan lain selain daripada H.pylori dan, penyakit pencernaan yang lain termasuk Crohn's atau kanser.

Rawatan untuk ulser refraktori termasuklah menyingkirkan faktor yang akan mengganggu proses penyembuhan, bersama sukatan ubat ulser yang lebih kuat. Kadangkala, ubat tambahan diperlukan. 

Surgeri untuk membantu menyembuhkan ulser hanya diperlukan apabila ulser tidak menunjukkan sebarang tindakbalas terhadap rawatan dadah yang agresif.

Tip penjagaan diri

Sementara ulser sedang dalam proses penyembuhan, anda dinasihatkan mengambil berat tentang pemakanan dan mengawal stres.

Stres mungkin menambahkan asid dan melambatkan pencernaan. Ini menyebabkan makanan dan asid pencernaan kekal di dalam perut dan usus bagi jangkamasa yang lebih lama. Jika stres agak serius, ia akan melambatkan penyembuhan ulser. 

Selain itu, pesakit disarankan agar berhenti merokok, tidak mengambil alkohol, elakkan ubat NSAIDs dan mengawal refluks asid dengan cara mengelakkan makanan pedas dan berlemak, elakkan berbaring selepas makan untuk sekurang-kurangnya tiga jam, meninggikan bahagian kepala katil dan mengurangkan berat badan.


yang aku highlightkan tu la yg berlaku kat aku. sekarang dalam proses berubat.Insya Allah... sihat lah hendakNya.... yang penting... kurangkan stress... kalau idok terpaksalah bye bye kat opis itteww...