31/08/2016

Servis Lipat Kain di Bandar Baru Bangi

Assalammualaikum.
Lama sangat aku menyepi.. banyak tul dugaan meniaga ni.. walau macamanapun, hati kena tabah. Kena tipu dgn staf lahanat lagi. Kuang asam. Tapi takpe, berpegang pada yang SATU iaitu yang MAHA ESA. Sape buat salah dia yg dapat dosa. Pahala dia dapat kat kite, DONE.

Be positif, staypositif. Insya Allah.

Ekceli servis lipat kain ni aku dah launch sebelum ni tapi sebab bila amik staf lahanat tu, dia wat hampeh kat aku. Abes sukatidia je lipat kain. Bila dah banyak2, aku tak dan nak nengok. Nau, aku wat sendiri semula. Alhamdulillah. Kasteme repeat. Pasni, aku kena wat training kat staf, training kau2 dulu sblm lepaskan deme wat sendirik.

Servis lipat kain di Bandar Baru Bangi

RM1.50/kg min 5kg / 1 bakul besar

Kami menyediakan servis pengambilan dan penghantaran secara percuma di sekitar Bandar Baru Bangi dan kawasan2 yang berdekatan

Waktu perniagaan:
Selasa ~ Ahad : 9pagi ~ 9mlm
Isnin & cuti umum : tutup

Kami juga menyediakan servis cucian pakaian dan gosok baju.

sms/whatsapp 011 3700 2553 ~ izam

Biasa kalau call memang tak jawab sebab kami refer tu whatsapp. Buat masa ni kami tak hire customer servis yang keje dia dok ngadap hp utk jawab call. Semua yang ada bz lipat kain n wat delivery. Tp komplen melalui whatsapp/sms akan kami titik beratkan utk kebaikan syarikat.

Kepada yang dah pernah menggunakan perkhidmatan kami.tq kami ucapkan.

Ok. Walaupun harini public holiday, aku tetap keje hokey, ni dah bukan macam lembu ni. Dah macam kerbau.. bukan pe. Semalam laki aku sakit, takleh bangun, terpaksa blast whatsapp kay kasteme sebab amik cuti. Gi spital tp dapat ubat demam je laki aku. Pelik pulak. Aku dulu sakit sampai kena drip 3 botol. Sakit apa ko ni bang? Seriau lak aku. Haritu dahpanggil ustaz dah.

Inilah dugaan peniaga. Kena kuat.

Hani boleh!!!

01/06/2016

Tempahan Kuih Raya

Sticky Post until 01/07/2016. Please scroll down for new entry.

Assalammualaikum

tahun ni nak buat kuih raya semula sebab rasa macam tak berapa busy and larat nak buat



kat atas ni gambar tahun 2014 sebab tahun lepas tak buat tengah sarat... cek su lak tengah mabuks... tahun ni insya Allah dan semoga diberikan kesihatan yang baik... kami buat lagi..

kalau rasa harga kami ni agak mahal, kami mintak mahap bebanyak sebab bahan yang kami gunakan pun bukan murah... macam nanas untuk buat inti tu bergantung pada harga pasaran... kalau nasib baik dapat RM1/biji kalau tak RM2/biji... 

kalau marjerin = planta, butter= buttercup, bahan2 lain kami beli di giant/tesco/aeon big itu sahaja tempat kami dapatkan bahan... kalau sempat ke BAGUS la kami... biasa tak dan sebab BAGUS tutup awal... kami tak shopping kat pasaraya yang ada bau tikus... kat mana tu? rahsia... eee... tobat aku gi situ

nak membuatnya pun bukan mudah... satu adunan boleh dapat 1 bekas je untuk balang besar... maka paham2 lah ye macamana rumit nye nak buat... kalau nak buat sendiri pun boleh... sok aku update resepi tart nanas... insya Allah

buah rotan  - TAK BUAT (sangat2 leceh... ngantuk den.. hihi)
tart nanas - RM30 (balang kecil)
RM50 (balang besar)
semperit - RM25 (balang kecil)
RM40 (balang besar)

untuk tempahan sila email ramiashopp@yahoo.com
sms/whatsapp
010 - 504 3060

buka tempahan awal tak nak sejarah berulang... esok nak raya masih ada permintaan pehtu.... aku yang takde kuih raya... kuakuakua.... tak kelakar... tensen mak aiii... hihihi....

mbah wan memang garang tapi dia penyayang... budak degil macam aku ni tak sesuai berlemah lembut sebab tu selalu kena smackdown... tu pun tak serik!

Awal giler iklan... Sebab tahun ni raya belah mertua... So last minute order takut xdapek den nak nolong...