28/12/2017

Potong queue

Assalammualaikum

Setiap hari aku akan ke pos laju untuk pos barang. 2 branch je aku akan pergi. Schedule dia macam ni. Kalau awal minggu isnin or selasa, aku gi ke Batu Caves. Hari berikutnya ke Melawati.

Ok, bukan nak cerita pasal staf Pos laju or Pos Malaysia. Tapi pasal makhluk2 yang tak reti beratur nih. Macam Pos laju Taman Melawati ada 2 kaunter je iaitu kaunter 7 dan 8. tapi ko taulah. pejabat pos tu kecik. so, buat satu line je. Nanti bila sampai depan baru divide. ala.. macam ko beratur nak beli tiket wayang la kan. Reti?!!! Cumanya kaunter 8 untuk item lebih dari 2. Kaunter 7 untuk max 2 item sahaja dan kontrak. Pandai2lah pikio camno nak beratur bila sampai depan. kalau kaunter 8 masih ada orang. ko gi lah tunggu kat kaunter 7 tu, Ada paham. Bukan budak kecik pun memasing. tua dah.

Tapi ada makhluk yang macam baboon ni. Tak reti nak beratur. Datang dahla lambat pastu potong queue. Eh, tolonglah. Aku ni kontrak tau. Tapi reti je nak beratur. Dah kenapa ko yang bukan kontraaak tak reti beratur. Asam boi betul! Alasan sebab barang dia baaanyak. Aku perati je perangai memasing. Dahla ko tu seller. Aku bagitau nama ko kat blog ni. Baru menarik dan tertarik kan.

Pastu kan... aku peratiii je bungkusan dia... Hahaha!! kompem tak lepas sebab kotak tu dia tak balut... Selotape je. hekk kauuu... Sila bungkus dengan plastik hitam. Ko ingat kalau barang ko berterabur, dorang nak tolong kutip? menyusahkan orang je. Banyak lagi parcel lain dia nak setlekan. Jangan sebab parcel ko 2 kotak tu. Orang lain punya dah tergendala.

Lagi satu nak bagitau. Kaunter 7 tu untuk kontrak juga ye. So, mulut bebaik sikit kalau nampak aku bawa parcel banyak tapi gi situ. Sebab, aku sikijap je. Kira parcel cukup tak dengan doc tu. pastu babai. tak sampai seminit, Reti?!

Tu je. Puas hati den. Start bulan 12 ni. makin ramai lak yang macam syaitoon tak reti beratur.

Makcik is geram hokey.

Bai. Wassalamu


21/12/2017

Anak Abah

Assalammualaikum

Sebenarnya aku tak pasti aku ni sejenis anak abah atau bukan. Tapi bila aku ingat2 balik....

hmmm

kecik2 dulu kalau abah takde, aku takleh tido.. kikiki

Suka ikut abah gi kije

Jalan-jalan shopping dengan Abah..

Macam Mia dengan Abah dia. Nyampah I. Haha!!

Tetiba nak cite pasal ni sebab

Semalam

Borak2 dengan jiran depan rumah.

Lama tak jumpa

Sebab memasing busy

Tetiba semalam masa tengah dok rilex kan depan rumah masa lepas bersihkan laman. Akak ni balik dan berboraklah kami.

Kakak tu cite, Abah ada cite dengan beliau yang Abah rasa lega sangat tengok aku ada depan mata. Hihihi...

Takpelah, demi Abah, Hani jadi jiran Abah. Cek Su dah duduk dengan Abah. So, anak2 'dara' Abah dah ada dengan Abah sekarang.

Setiap petang, Abah tunggu aku balik nak bakar sampah sama2. Hihi...

Hari2 tau. Kecuali hari Ahad.

Balik koje je, aku terus ngadap laman. Bersihkan n bako. Sama2 dengan Abah.

Kadang2 kena bebel. Aku redha. hiks!

k, lah. tu je.

Babai.

Wassalamu

20/12/2017

Family Bonding @ Teluki Homestay Port Dickson

Assalammualaikum

Family Day

Keluarga Hj Sidek

09.12.2017 ~ 10.12.2017

Itenary

09.12.2017 
bertolak dari rumah masing
sampai PD main air sampai beku
lepas maghrib BBQ
tido

10.12.2017
breakfast
main air lagi
balik

kahkahkah

First Day

Sampai awal sangat. ye ke? Check in pukul 12. Kami sampai dalam jam 11 gitu, bebudak ni dah tak sabau nak main air. Marilah anak2.






Pas check in sambung lagi main air








Zaim, budak petah


masa ambil gambar ni, dia sebut nama dia. Zaimmm... hahaha.. cute!


Malam pas maghrib start bbq










Aku tak tau pukul berapa BBQ habis. Sebab Caca nanges nak nyusu n tido.. Kul 10 aku dah padam... Hahaha!
Last Day
Breakfast Spagheti bolognese dan makanan BBQ malam tadi

beso dapo homestay


Makan style buffet. Ambik pastu makanlah katne nak makan. Homestay ni besau

Sambung lagi main air sampai pukul 11. Checkout jam 12





Beratur amik gambau. Macam merancang je. Haha



Last pic. Gambar family. Beso muka akak. huhu



Homestay tu nama dia Teluki Homestay.

Lintas jalan gakla nak gi pantai. Tapi kami okey je. Lalu pasar malam lagi. Kiranya tak susahlah nak cari makan. Homestay besau ada 4 bilik. 2 ruang tamu. Bilik air 3 kot. Mesin basuh pun ada.

Dapo, pinggan mangkuk lengkap. bawa bahan nak masak je ye.


klik telukihomestay kalau nak tau lebih lanjut.

tapi gambo rumah kat blog tu gambau lama. sekarang cantik sket.

hihi.

k. tu je wassalamu



19/12/2017

Resepi Ikan Bawal Masak Tomato

Assalammualaikum

Mood rajin sikit nak up resepi yang sangat simple dan mudah. Sesuai untuk ibu2 bekerja macam Cik Hani ni.

Resepi Ikan Bawal Masak Tomato

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan bawal yang telah digoreng(dalam gambar sekor je sebab sekor lagi dalam kuali)
Cara goreng:

gaul ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
kemudian goreng.
Ikutlah nak separuh masak atau goreng garing
ikut tekak memasing
okay.

Bawang putih, Bawang Merah, Halia, Cili Merah, Cili Hijau.
Kalau nak pedas boleh tambah cili padi. Serai tu diketuk

Sos Tomato dan Sos Cili.

Cara Memasak:

Tumis semua bahan hiris sehingga layu jangan sampai hangus ye.
Kemudian masukkan sos tomato dalam 3 sudu dan sos cili 1 sudu.
(bergantung, pandai2 lah rasa. huhu..)

tambah air sedikit. setelah kuah pekat, masukkan tomato yang dibelah 4 tadi dan juga ikan goreng.


Okay. Dah siap. Bolehlah dimakan bersama nasi panas2.

Hati2 jangan sampai melecur lidah sudehhh.

K.bai. Wassalamu

09/12/2017

Ingatkan dalam movie je

Assalammualaikum

Berdasarkan tajuk diatas. Aku teringat cerita drama ke telenovela ke pasal manusia yang suka tengok orang kena marah, dipersalahkan dalam bahasa kasar dia busuk hati la. 

Aku ingat benda2 ni takde dalam dunia realiti. Ada wehhh... takpalah bagi can lah kat dia. Sebab aku berpegang n percaya pada yang Satu je. Orang aniaya aku pun aku ok je. Ikutlah, tapi... Allah tu ada. Sentiasa perhatikan kita.. Dan janji Allah itu pasti.

Kadang aku tak faham jugak, tapi malas nak bertanya sebab rasa macam buang masa aku je. Mungkin sebab aku dah biasa ada jawatan sebelum2 ni, so, takde berapa heran sangat. Sebelum ni, aku bukan jaga satu kedai je beb tapi cawangan seluruh Malaysia. In charge staf, manage buka n tutup kedai. So, orang yang baru 1st time nak ada staf yg gelupur sikit. Lebih2 lagi staf tu lebih baik dr dia. Try cari salah. Ganggu keje orang tu. Sampai orang tu kelam kabut. Bagi lah ruang dia nak berfikir.. hadooo... 

Paling tak boleh belah. Teringin sangat aku buat salah n kena marah. Apalah masalah ko ni. Takde rupa macam orang nak benti pun. Pengalaman aku sebelum ni. Kalau nak benti kije, aku dah ignore semua benda. Just siapkan kije aku je. Tapi beliau ni agak aneh. Menyibuk sokmo. Hmmm... bertabahla... seminggu je lagi. Aku dah tak tahan. Cuba bertahan...

Aku dah lali dah kena maki dengan boss. Standardlah sebelum ni kan aku jaga ramai staf. Staf buat hal, aku lah yg kena hadap dulu. 

Cepatlah berakhir kisah ini. Mulut aku ni boleh tahan juga. Cuma tak suka nak layan orang bebal.

Itu shj kisah bebelan di tengah mlm syahdu. Esok nak buat sandwich. Bye

Wassalamu

08/12/2017

Pakar ke pakar

Assalammualaikum


Dari conversation ini. Sila buat kesimpulan sendiri. Aku tak nak buat aduan sebab mungkin PAKAR dah meninggal. Yang tinggal hanya yg otw or pakar to be. Kite xtau keje orang. Just let it be. Hospital mana? Rahsia.

Geram. Tapi dokte yg rawat aku tu baik. So, tak nak la cakap pape. Semoga dokte jadi Dr pakar telinga, hidung n tekak yg berjaya.

Sesungguhnya, aku masih pekak lagi. Takpalah. Sukatilah. Spital ni memang banyak komplen pun. Nak wat cane, rakyat marhaen macam aku ni. Ni je lah yang mampu. Bertabahlah...

Sengsaranya lah pekak sebelah ni. Huhu..

Syukurlah masih boleh dengar sebelah lagi.

K.bai wassalamu.

17/11/2017

Wiring Rumah Kecil Kami

Assalammualaikum

17.11.2017

Hari ni En Somi sambung siapkan rumah kecil kami. Buat wiring. Biasa2 je janji ada api. Pasang lampu kat hall, bilik utama dan dapur. Pastu plug point kat hall dan dapo.

Ni kat hall, sambil ditemani 4 kanak2 ribena. Aku yang stress

Mbah anag jadi sifu dok pantau. Hihi

2 gambo je lah aku amik. Baru balik koje. Lagipun serabut dengan kanak2 ribena dok memokak yo. Yang kecik dok berebut barang, yang besau dok bersilat. Letih!.

Kagum lak aku laki aku sikit pun tak marah bebudak ni. Hahaha...

Ok lah tu je nak cite.

Promosi Adave sah sehingga 30 November 

Nak order klik 

👇








K.bai


31/10/2017

Bertukang

Assalammualakum

Lama beno gambar ni terperap dlm draft

Laki den bertukang masa cuti deepavali  tu. Gagah takkk?????




Gambar gelap sebab xde lighting...

Ada nampak kaki orang? Tu kaki mbah anang... dia dok mantau mantu dia wat kije... tunjuk ajar ku sifu gittuuuu

Aku takleh lama2 kat sini, ada caca... mengacau je lebih... so, amik2 gambar terus masuk rumah. Kang serabut laki aku mau dia amukan.. huahuahua..

K, tu je la progress rumah kecil kami setakat ni.

Bye.. muah muah

24/10/2017

Pengalaman bersalin

Assalamualaikum

Haritu ternampak gambar ni kat fb senior masa kat SAMER xsilap aku. Terus aku culik gambo ni.. 😂😂😂


Terus teringat pengalaman bersalinkan Afi... punyala lama aku kat labour room, hanya ditemani dokte n nurse yg baik hati kat PPUM. Husband xleh teman sebab tak sesuai untuk husband masuk, ditakuti trnmpk aurat ibu lain. 🙈🙈🙈

Sebab anak first, takde pengalaman langsung, jadi memang lama giler kot nak boleh keluar tu. Huhu... tak tau camno nak teran. Teran perut tu camno... sampai sekarang pun aku takleh buat. Iye, bukan beranak hari2.. huhu.. letihnya... tolonglah... menggigil2... sib baik nurse baik hati belaka, masa nak jahit luka tu, rupanya darah beku tak habis keluar, adoiiiii... kena korek balik.. menangis2... tu yg jd laaagiii lama... nurse pun datang bawa air milo siap suapkan straw kat mulut. Sekali sedut je habis kooo... senyum nurse tu.. hihi... afi pun nurse bawa bagi susu,lapa nau afi, mak eh lama sangat. Kejap je terus pandai nyusu... itupun sebab nurse yg suakan... mak eh tgh thn sakit kena jahit... huhu... redha... terima kasih nurse n dokte PPUM.. 😘😘😘

Stail aku lepas bersalin ialah tido... sebab penat giler... sib baik laki aku memahami... tolong tengokkan baby sampai aku bangun, mandi wiladah n makan. Pastu nanti baru dia balik bersihkan diri n datang lagi bawa makanan dari mak. Main2 dengan baby, aku sambung tido balik... kat spital la ko nak rehat pun... balik umah nan hado... hahaha... semua mak mak pun macam tu kannn... bukan aku sorang jer...

Masa mia pulak kat PPUKM, mungkin sebab jarak dengan Afi tak jauh, masa nak bersalin agak mudah... tapi contraction adalah sangat sakit sampai mintak epidural, epidural xsesuai dengan aku... masa pakar saraf cucuk tu... darah kuar tapi luckily, ubat dah masuk sikit kat badan, so, rasa sakit agak kurang... Alhamdulillah n masa deliver ada nurse aka bidan tolong... masa aku teran, dia tolong tolakkan perut, so, sangat mudah bersalin.. thanks nurse... awak sangat baik n bijaks...

Masa caca kat spital Ampang... sakit giler sebab induce.. huhu... pastu aku punya stail, kalu nak bersalin rasa nak meneran je tapi dokter tak bagi teran.. sakit giler aku tahan2 nak bersalin.. dokte kata bukaan baru 5cm.. tapi aku dah terteran2.. hadooo... tahan perut nak berak tak sama dengan nak bersalin sakit woooooooooo... pastu dokte datang dekat cakap, teran je lah... tapi kenapa baby tak kuar2... aku dah tak tentu arah dah... huhuhuhuuu... rupanya bontot caca lari kat tepi... adoii nak, nape ko suka dok tepi... pastu dokte tolak bontot dia yg dok tersangkut kat tepi perut aku tuh, Alhamdulillah... keluar trus... 

Bersalin memang letih weiiii.... berpeluh2... tapi bila tengok muka anak, terus hilang semua tu... terima kasih Allah atas kurniaanMu ini..

K,tu je.

Bye wassalamu





21/10/2017

Kena Maki

Assalammualaikum

Kahkahkah

Yg kena maki ni aku bukan aku maki orang. Adehla... dok rasa nak gelak jer.. sendiri yg salah.. apa nak buat.. redha je ler.. huhu

Alkisahnyer.. sabtu nk gi kije tu punyerlah paneh.. paneh lit lit.. sampai aku takleh mikir... so, masa kt mrr2 tu aku nk masuk lane tgh. Tgk mcm xde kete, sekali masa aku masuk tu kena hon kauuuu... tkebil2 aku, sape hon.. 😂😂😂

Rupanya ada ketelaaa... kelisa.. marah sungguh kelisa itteww. Siap bagi lampu kat aku.. aku angkat tangan tanda soriii... oh, tidak... mereka tidak puas hati, terus masuk lane kanan, tunjuk tgn kat kapla beliau sambil ckp bodoh.. agagaga... redha je lah... nak buat macamana... satu keto maki aku.. kuikuikui...

Macamana boleh tetiba ada keto? Aku konpius ni? 🤔🤔🤔 hmm xpolah, benda dah jadi pun.. marah beno orang masuk lane dia... puik...

Sib baik bukan samseng jalanan.. matilanak... huhu.. 

Gambar sumber google. Takde kena mengena dengan orang yang maki aku... kuikuikui...

K,lah tu je nak merapu.

Bye, wassalamu



20/10/2017

Progress rumah kecil kami

Assalammualaikum

14.10.2017

Petang, balk kije tu, ajak mia n caca gi tengok rumah kecil kami. Caca takut nak masuk. Buat aku scary je tau.. huhu

Ni kat depan rumah. Iye, separuh batu separuh kayu. Tak kisahlah janji rumah. Dah itu je yg termampu. Hihi

Yg mia sandar tu bilik aku. Sebelah bilik mia n caca, belakang bilik afi.

Ni pandangan dari depan pagar

Ni pagar rumah. Siap ada peti surat lg. Hihi.. itu je lah yg ada setakat ni. Hopefully bulan 12 ni dah boleh masuk. Yg merimbun tu pokok rambutan. Buah warna kuning. Sedap uolls. Tgh berbuah ni.. budak2 je makan. Aku tak berani sbb tgh batuk2. 

Tu je cite pasal rumah. Kena letak la muka tuan tanah. Kang kata nipu pulok. Ahaks.

K. Bye, wassalamu.