22/01/2018

Samseng sungguh beliau

Assalammualaikum

Malas nak merempan just terkejut je bila founder. Eh silap owner produk. Dia dok sebut dia owner produk hokey. Bangga sangat jadi owner. Melingkup lah ko dengan produk ko tu. Macam Qorun dengan harta dia.

Samseng sungguh dia dalam chat tu. Sebenarnya aku pun tak pasti, betul ke tu dia sebab dia orang kelate. Bahasa yang dia gunakan tu belah utara nu. Jadi aku konpius jugak.

Tapi takpa. Since ko sombong dan tak beradab. Aku pangkah terus produk ko. Dikkk.. aku panggil ko adik ye sebab aku lagi tua dari ko. Kakak pun tak hadap sangat nak jual barang ko. Barang ko tu susah jual macam kete Peugeot tau? AT LEAST, Peugeot tu mahal dari France. Ko tu buatan Malaysia je. Reti.

Aku wat review pasal produk ko kat blog ni. puluh2 je yang tengok. (Tak sampai 50 view, ko rasa?) Tapiii... Produk lain, ratus2, ribu2 view dia. ADA PAHAM. Sajelah buat tulisan besar. Sebab ko suka kan.

Aku ni dok handle bisnes online orang. Produk dia dari US. Elok je perangai supplier kat US tu. Takde pernah meroyan pun. Yang penting amik original dari dia. Tu je.

Dalam draft aku dah ada skrin shot chat aku dengan 'OWNER PRODUK TU'. EEiii. kalau bukan sebab nak jaga aib. Aku pos kat sini.

BLAHLA!!

Tu je. Dah tua2 ni... Kakak cepat sentap.

Bye Wassalamu.

18/01/2018

Isu Aurat Ibu/Bapa Tiri dengan Anak Tiri Lelaki/Perempuan

Assalammualaikum
Tergerak hati nak cerita tentang isu ni sebab ramai ustajah kat internet tu.

Baca dulu nanti aku cite

AURAT ANAK LELAKI TIRI DENGAN IBU TIRI
Pergaulan dan batasan aurat sebagai ibu tiri dengan anak-anak tiri sama ada lelaki / perempuan sama seperti anak kandung (sekiranya telah berlaku persetubuhan antara isteri dengan suami).
Ini selaras dengan firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 23 yang bermaksud:
"Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; ..........anak-anak isterimu dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengahwininya; ..........."
Begitu jugalah aurat si bapa tiri dengan anak-anak tiri, di mana aurat anak tiri mereka adalah sama seperti anak kandung.
Walau bagaimanapun, sekiranya si isteri mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu dan si suami juga mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu, maka batasan aurat di antara anak-anak si isteri dan anak-anak si suami adalah dikira seperti batasan aurat bukan muhrim kerana mereka boleh berkahwin di antara satu sama lain.

Dah baca? ada paham?

Ada orang tak paham maksud tiri. Adik beradik sebapa atau seibu.

Contohnya Mak korang kawen lain. Adik yang mak korang lahirkan dengan bapa tiri korang tu adik beradik seibu. Keluar dri perut yang sama dengan korang nanti masa ditalkinkan akan di bin atau dibintikan dengan nama Ibu yang sama. Gitu. Begitulah sebaliknya. Kalau bapa korang kawen lain. Anak yang lahir dari perkahwinan tersebut dipanggil adik beradik sebapa. Bin dan binti nama bapa yang sama. Bukan adik tiri hokey. Darah daging tu. Muhrim.

Kalau masa Mak korang kawen, bapa tiri tu dah ada anak lain. Tu baru adik beradik tiri. Yang tu bukan muhrim. Kalau jantina tak sama, boleh kawin. Kalau jantina sama, muhrim takleh kawen. hihi. Ada paham. Begitulah sebaliknya. Alrite.

Kalau nak belajar, belajar biar berguru. Jangan dengan NETIZEN. Sebab diorang ni ambil yang sesuai je dengan diri dorang. Menghalalkan dan mengharamkan sendiri. Kalau rasa2 tak suka dengan orang tu, terus jadi haram. Ewah2... kat kubur sok, tak ikut sukati ko ye dekkk... Ikut hukum jugak.

Saje aku kongsi benda ni sebab geram dengan ada makhluk yang komen pasal aurat Neelofa dengan bapa tiri dia. Pastu pasal Memey dengan anak sulung Abby tu. Korang ingat diorang retis, diorang tak mengaji? Siap ngaku dah tanya ustaz. Meh bagitau sape ustaz tu. Akak nak tampo. Ntah ye ntah idak ko dekk... 
|
|
|
|


k. bye. wassalamu


08/01/2018

Teratak Tok Wan - Batu 16, Rawang

Assalammualaikum

31.12.2017

Last berjimba sebelum start sekolah.

Tak jauh pun kat rawang je. 30 minit dah sampai dari Hulu Kelang (Ulu Klang).

Bayaran masuk RM2 sorang dari umur 2 tahun ke atas.

Datang awal, dapat la pangkin. dah lambat, nasib kau lah. Pastu ngendeng kat pangkin orang. Den nak baring pun tak bley.


ni kat umah lagi. dasat cikenit ni tido. katil tu dia punya sorang.

hi... kite nak gi mandi manda

Nak datang sini kena bawa bekal ye. Ni dalam umah orang. Tuan rumah ada jual jajan2 je. Pastu jagalah kebersihan. Bayau RM2 je, jangan mintak lebih2. hihi..

pelampung2 semua, bawa sendiri. Jaga anak2 sendiri ok. 

tugasan mak2 ialah makan

makan lagi

pas mandi, makan

cantik kan


senang hati dapat mandi air bukit




ni kolam yang dalam 7 kaki












Anak-anak seronok datang sini. Pasni nak datang lagi. Tengoklah, kalau diberi kesihatan. Sekarang ni asik sakit badan je. Letih tak habis lagi. huhu....

K, tu je wassalam



05/01/2018

Pusat Sains Negara

Assalammualaikum

Pusat Sains Negara

25.12.2017

Masa ni masih FREE

Tips nak kesini:
Sila datang awal pagi sebelum 9am. Boleh parking kat atas. Budak2 pun fresh lagi.. Kalau bawa bekal, boleh makan kat area food court kalau dari pintu masuk tu dia disebelah kanan. Ada meja2 disitu. Makanlah dengan tenang.

Kesian haritu tengok ada yang makan kat tepi tangga parking kereta.

Gambar2 banyak dengan Caca sebab tu je yang caca mau.. huhu.. aku nak main tali2 tu... uji minda.. kikiki..

Best, tak rugi pun bawa anak2. Makan pun tak mahal kat sini.

Pastu ada tempat mandi, aku tak tau. Tak bawa baju mandi. So tak pergi.

Ok, boleh tengok gambau..

Dalam ni ada ikan kecik2. Tapi tak nampak pulak ikannya dalam gambau. Ni kat entrance



Masuk2 ada aquarium. Sesak sket kat pintu masuk sebab orang sibuk nak bergambau

Semua ikan air tawar. Takdenye baby shark kat sini. tu ikan patin tak silap aku.


budak teruja tengok ikan atas kepala


banyak sangat mainan. pening nak pilih. semua nak











Ok tu je. Tak banyak gambar.

Bye, Wassalamu