02/07/2011

merapek sokmo


Dituduh gigit kemaluan isteri

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my
KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan menggigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.
Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.
"Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd. Shakri.
Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd. Shakri dengan berkata:
"Jika kamu tidak melakukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa."
Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh terus mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya

p/s: saya labelkan renungan sbb nak korang renungkan sendiri k.

Lagu feveret

Ayah Dan Ibu (sudirman) 
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

ni lah lagu feveret anak2 aku... haha! tak taulah sape yang ajar... saje nak cite.. lucu kalu dengar dorang nyanyi...

versi abang (afi)..
'ayah dan ibu.. ayah dan ibuu.. ituulahh....' k, sampai situ je... pastu dia ulang2 sampai aku bosan... haha!!!

versi adik (mia/puteri)
'ayah tibuuu, ayah tibuuu'.. kahkahkah!!! macam ayah tipu pun ado... dia nyanyi dengan penuh semangat padahal lagu tu kan mendayu2.. macam2 la adik ni...

rindu

biar gamba yang bercerita

anak2 buah

family abg erol n mak n abah

family abang, bang e , mak n abah

i miss them both very2... waa!!!! nak nanges...


terlebih perihatin atau cemburu (hasad)

nape kat cemburu tu aku letak hasad? ada cemburu cuma cemburu nak jadi macam dia gak, kira macam motivasi la nak berjaya macam orang itu. tapi cemburu yang ada hasad ni dengki hingga menyakitkan hati...

setahu aku la kan, kat blog ni, orang cerita benda yang dah berlaku bukan nye bakal berlaku atau sedang berlaku... lagi satu, ada manusia yang tak faham function baby monitor dgn cctv... huh! baby monitor tu utk ibu2 dan bapak2 monitor anak2 dari mana2 parent berada tapi dalam umah je la... kan... cctv tu korang paham2 la... untuk pencurik... ee.. ntah pape ntah... bagi komen, bahaya kalu bgtau kedudukan baby monitor... baby monitor tu bole alih2 laaa.... sakit tul ati aku baca komen org2 tu... perihatin ke? ntah la, aku tengok mcm jeles jek... tapi bukan jeles dgn aku la... umah sekangkang semut ni tak perlu baby monitor.. hihi...

sepatutnye, amikla sudut positif, owh, bagus gak ada bende ni... pasni aku nak beli gakla, senang nak monitor anak2 dari bilik kite... takdela budak2 tu dah nangis sampai keras baru perasan yang dorang tu nanges kann... tak paham tul...

pastu bila orang tu cite, dia makan ni makan tu harga ni harga tu, orang dah kata menunjuk2.. ntah pape... at least kalu dia bgtau rege, pasni kalu korang teringin nak makan gak, korg dah leh prepare duit nak mamam benda yang sama... ada paham???

k, tu je nak cakap.

mimpi ntah apa apa ntah

macam tak caya je tetiba dia lamar aku jadi bini dia... then, aku pun terus setuju je... hahaha!!! part yang paling best sekali, ipar duai yang terlebih frenly... sampai meng'ignore' laki sendiri... hubby lak jenis yang tak kisah... kami tinggal kat service apartment n part yang paling best, semua keje hubby yang buat. dia tak kisah pun dgn status aku yang beranak 2 ni... hukhukhuk!! padahal dia bujang lagi...

tetiba baru aku teringat, mana anak2 aku??? afi!!! adik!!! huhuhu... last2 jumpe gak, budak2 berdua ni tengah main2 dengan anti (nyonya)kat area service apartment tu... then, teringat, nak kena cepat ni, hubby nak ajak dinner malam ni... tiba2... mama... nak cucu.... jap ar afi, mama2 nak sambung mimpi... hihi... kacau daun tul la... pe la ending mimpi aku ni ek... ces!!!!

petang tadi pale aku sakit gile mungkin disebabkan 'global warming'... panas nak kojol, tak tahan aku... so, balik tu. aku pun tido le... dah lama tak kena migrain dan juga sebab tak dengar cakap suami.. haha!! asben pesan kalu balik tu terus mandi, musim2 panas ni kan takut demam pulak... tak dengar cakap asben le ni, balik panas2 terus cari katil, pastu sakit pale pastu mula2 la mimpi bukan2... ngok tol la mimpi ni... aku ada laki,, camne leh kawen lain lak ni??? merapu..