24/07/2017

Rindu Dnars

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Sebenarnya cik hani rindu sangat dengan Dnars. Tapi buat masa ni cik hani nak rehat duku dari berniaga. Tapi tengoklah nanti macamana kan. Cik hani sayang Dnars sebab  Dnars mmg ok sangat n sesuai dengan kulit cik hani. Memang boleh putih. Tapi bagi cik hani, yang penting kulit sihat takde jerawat ke jeragat ke kan...

Bila kita join orang berniaga ni. Automatik kita akan jadi lebih positif. Bukan pe, kebanyakan geng2 bisnes ni mind diorang positif. Tu yang cik hani suka tu.

Cik hani memang sejenis yang suka merempan.. Hahaha!! Abis tu.. Kita tak pandai berlakon la awak...  Tapi kite baik sebenarnya.. Auuww auww.. Hihi

Hmmm... Ni tgh radatak sedap badan... Mual2 sikit... Adakah caca akan dapat adik????  Ohhh noooo... Cik hani takut... Seriusly? Yes! Takut sangat sebab faktor umur mungkin... Hmmm... Tapi kalau dah rezki... Amik je lah... Suka je baby... Takut beranak je... 😅😅😅

Oklah... Hopefully, kalau ada jodoh dengan Dnars. Dapatlah buka pose kat concorde lagi. Muahaha!!!

K. Bye. Wasdalamu... Muahhh

Kenangan. No dah tukau. Kalau berminat boleh pm ok. Guna fb je... Muah muah muah muah muah (ikut cara ds vida. Hihi)

13/07/2017

Selamat Hari Raya 2017

Assalammualaikum

Baru nak update pasal raya.

tahun ni Cik Hani raya kat KL. Alhamdulillah, tahun ni semua ada.

Petang raya tu, kami balik Sabak Bernam. Pagi Raya kedua, Family Cik Hani balik Kuantan. Raya ketiga, kami beraya di Gambang Water Park. Cik Somi yang belanja. Cik Hani ni jual keto je, mana mampu nak beraya sakan. Cik Somi la yang tanggung. dia kan suami. kehkehkeh!

Gambar kat Gambang takde, kitorang tak amik gambar sebab jakun tengok air. Seb baik ada jurufoto gambang amik. jadikla, buat letak kat peti ais. kahkahkah!

ok, Lets the picture talking.


















last picture by Chaca


Bye, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Wassalamu.

12/07/2017

Khas untuk anak sulung Ku

Selalu dia kena marah tiap kali ada buat salah, kadang2 dia tengok tv tiba2 adik dia nangis, dia juga yg kena marah.. sbb dlm fikiran mesti dia pukul, padahal dia tdk buat apa2 pun, adik nya sendiri jatuh.

Sebelum ada 2,3 mahupun 10, kita bermula dengan satu.. begitu juga anak, kita bermula dengan yang sulung.

Kerana dia, kita belajar melahirkan, menyusukan, menukar lampin dan bagaimana mendidik anak-anak.. maniskan saat tu? kekoknya kita tiap kali lalui benda baru.

Hadir yang kedua, kita minta yang sulung untuk berdikari.. kasih juga sudah berbahagi.. adakala terbit rasa kesal pada diri kita kerana kurangnya perhatian pada anak yang sulung.

Rakan-rakan, gunalah setiap masa yang ada.. anak yang sulung juga punya hati walaupun mereka masih kecil.. jangan diikut amarah itu dengan melepaskan semua padanya.

Setiap pagi peluklah mereka, sebelum tidur minta maaf pada mereka seandainya kita terlepas memarahi atau tidak melayani mereka.. luangkan masa melayani anak yang sulung dan kecil bersama-sama.

ORANG LUAR hentikanlah berdialog,"kesian dia ibu dah tak sayang dia, ibu dah ada adik'' anak ini nampak kecil, tapi mereka memahami.. bimbang ia meninggalkan luka yang dalam di hati mereka.

Hati yang luka masih boleh dirawat, tapi jangan dilengahkan.

Rakan-rakan, peluklah anak sulung anda setiap hari.. ucapkan terima kasih padanya kerana kita belajar banyak benda baru kerana hadirnya dia.

Sayang itu adil.. tapi yang sulung paling istimewa, kerana dia yang pertama. 💖

#Jomcopypaste & letak pic anak sulung anda.







Always Love U Abang... Muuuahhhh!!! ❤❤