24/05/2015

Lagu Wajib Masa kat Sekolah @ Perhimpunan

Assalammualaikum

Tetiba je teringat pasal zaman sekolah... mana taknyee... hari2 dok dengar Afi nyanyi lagu neg Selangor... hihihi...

k, masa sek rendah dulu... cik hani sek kebangsaan kat KL n sek agama kat Selangor... biasalaa... dok kat border ni... hihi

SRK Jalan Gurney 1, KL (1987~1993)
masa perhimpunan dok nyanyi lagu
Negaraku
Malaysia Berjaya
Lagu Sekolah
tiga lagu wajib nih... zaman tu KL xde lagu negeri... hahaha!!! aku pun tak tau nak sebut... tapi taktaula kot sekarang ni dah ada kannn... sebab anak2 sekolah kat Selangor... mmm... Hulu Kelang tu consider as Selangor ke KL??? err Klang Valey (lembah Klang) lah... hahaha.. oh, ada yg tak tau lagu Malaysia Berjaya tu acane? Lirik dia gini... hopefully tak salah..

Malaysia, Malaysia
Negara yang jaya
Malaysia, Malaysia
Bebas dan merdeka

Seluruh rakyat bersatu, berpadu
Menentang angkara murka
Kami ingin berjaya Diantarabangsa

Dengan sorak sorai gembira
Diseluruh Negara

Ha, sampai situ je aku ingat... adehla... dah lebih 20 tahun dahhh tinggalkan sekolah rendah... mana nak ingat nyerrr... huhuhu.... kertu dah... 

SRA Taman Keramat, Selangor (1988~1993)
Selawat Rasul 3 Kali
Asmaul Husna
Surah2 Dalam Al-Quran
Lagu Negeri Selangor

SAM Rawang, Selangor (1993~1996)
Selawat Rasul 3 Kali
Asmaul Husna
Surah2 Dalam Al-Quran
Lagu Negeri Selangor
Lagu Sekolah

Lagu sekolah ni ada masa aku form 3 kot... ntahla... tak ingat dah... huhu...

SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sel (1997~1998)
Lagu Negaraku
Lagu Negeri Selangor
Lagu Sekolah
Kau Boleh

tau x lagu kau boleh tu acane? macamni...

Jika kau fikirkan kau boleh
kau pasti boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu2
Ushamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Engkau boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemahuan
Engkau boleh!!!

Lagu ni wajib nyanyi as motivasi diri... tapi betul... kalau hati kita dok kata xboleh je sokmo... mmg tak boleh la... n bertabahlah dalam nak menempuh kejayaan... kegagalan n kejayaan seseorang itu bergantung pada diri dia sendiri... takde kena mengena dengan org lain... macam lirik lagu tu.. Engkaulah apa kau fikirkan, terkandung dalam pemikiran, berfikir boleh melakukan, engkau boleh!... tiada jalan senang dalam doniya ini... wokey!!! saje nak membebel pagi2 ahad nan hening... kehkehkeh!!!

k, bye. wassalam...



No comments:

Post a Comment