25/04/2011

~ Iblis Merasa Hairan Dengan Dua Sikap Manusia ~


Dalam sebuah kitab menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bertanya Iblis laknat: “Wahai Iblis laknat apakah ikhtiar kamu sekarang ke atas umatku, sebab aku telah dibangkitkan untuk menyelamatkan semua Bani Adam dari kafir kepada beriman kepada Allah swt.”

Lalu Iblis laknat mengangkat kepalanya kehadrat Allah swt dengan : “Ya Rabbi! Demi kemuliaanMu aku akan sentiasa bersungguh-sungguh untuk menarik semua anak-anak Adam melakukan kerja-kerja maksiat selagi mereka itu masih bernafas, dan hamba akan mencampurkan lelaki dan wanita bercampur gaul dengan bebas supaya senang hamba mencelah di dalamnya.”

Kemudian turun firman Allah yang bermaksud: “Hai Mala’un, demi kebesaranKu dan ketinggianKu! Bahawa Aku akan sentiasa sedia akan mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu.”

Rasulullah saw bertanya Iblis: “Wahai Iblis laknat apa lagi yang engkau musykilkan?”

Berkata Iblis laknat: “Ya Rasulullah saw, sebenarnya hamba ini sangat hairan dengan perangai umatmu dalam dua hal antaranya:

1.      Mereka mengakui mencintai Allah swt padahal mereka itu taat kepada hamba dengan mengerjakan maksiat.
2.      Mereka sangat marah kepadaku tetapi mereka sentiasa menurut segala hasutanku.”

 Allah swt berfirman bermaksud : “Hai Mala’un! Demi kemuliaan Ku dan kebesaran Ku, sesungguhnya Aku anugerahkan ke atas umat Muhammad itu 2 kebahagiaan:

1.      Kasih mereka itu kepadaKu maka Aku jadikan kaparah (Penebus dosa) bagi maksiat yang mereka telah lakukan kerana    perdayaan kamu.
2.      Marah mereka itu kepada kamu maka Aku jadikan kaparah (Penebus dosa) bagi maksiat yang mereka lakukan kepadaKu.”

Iblis laknat tercengang-cengang apabila mendengar bahawa umat Muhammad sangat-sangat dikasihi oleh Tuhan Al-Ghafuurur Rahiim yang amat sangat mengampuni lagi amat sangat mengasihani hambaNya dengan limpah rahmatNya. Wahai saudara-saudaraku dari cerita yang kita baca ini maka dapatlah kita sendiri fikir kembali tentang dua perkara yang menjadi kehairanan Iblis laknat.

1.      Apabila kita kata kita mencintai Tuhan yang menciptakan kita, tetapi mengapakah kita masih lagi membuat kerja-kerja yang mendatangkan kemurkaan Allah.
2.      Apabila kita kata kita sangat benci kepada Iblis dan konco-konconya tetapi mengapakah kita mengikut segala perangai dan hasutannya.

Wahai saudara-saudaraku Allah swt menyayangi kita lebih 70 kali dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Oleh itu apakah kita masih ingin menjadi orang suruhan syaitan, apakah kita masih ingin menjadi hamba kepada syaitan. Bukankah Allah swt yang memberikan rezeki kepada kita, jadi bodohlah kita apabila kita melupakan orang yang memberikan rezeki pada kita dan kita menjadi tali barut syaitan.

Walaupun kita tahu syaitan itu jahat dan padanya tidak rasa malu, rasa belas kasihan dan sebagainya tetapi perangai itu juga yang kita hendak ikut.

Keadaan hari ini ibarat manusia sudah hilang akal, Rasulullah saw telah mengajarkan kita supaya kita sentiasa berada dalam Islam pada setiap masa dan setiap keadaan, tetapi hari ini kita dapat lihat dengan sendiri begitu ramai saudara-saudara kita yang tidak mahu mengikut cara hidup Islam. Mereka memilih cara hidup yang tidak bermoral seperti suka berjudi, meminum arak, berpakaian tetapi telanjang dan suka berdisko di kelab-kelab syaitan, suka berloncat-loncat dan menyanyi seperti orang yang sedang dibakar dalam api neraka dan sebagainya.

Kalau diadakan qiamullail dengan pesta syaitan maka qiamullail itu akan tenggelam dan pesta syaitan itulah yang akan paling ramai orang mengikutinya. Perkara seperti ini bukan perkara baru sebab Rasulullah saw telah bersabda bahawa di akhir zaman nanti manusia berpakaian tetapi telanjang. Yang kita sedih sekali melihat anak-anak muda kita sekarang tidak lagi malu-malu mendedahkan auratnya. Yang perempuan mendedahkan 3/4 tubuhnya supaya orang lain melihat dan mengatakan tubuhnya seksi dan si lelaki pula lebih kurang 2x5.

Haruslah ingat setiap pendedahan aurat yang membangkitkan nafsu orang yang melihatnya maka orang yang mendedahkan tubuhnya itu baik lelaki atau perempuan maka dia akan mendapat saham dari perkara yang mendorong orang yang melihatnya, dan dia juga akan mendapat ganjarannya apabila orang yang melihat itu mendorongnya melakukan maksiat.
           
Tidakkah seseorang perempuan itu merasa malu memdedahkan paha, dada, rambut dan sebagainya untuk ditonton kepada orang ramai. Bukankah seluruh anggota tubuh wanita itu ialah aurat yang harus ditutup supaya tidak ada mata orang lain melihat seluruh tubuhnya, apakah seorang perempuan itu merasa bangga apabila memperlihatkan tubuhnya kepada orang lain. Apakah dia tidak terfikir bahawa satu hari nanti dia akan kahwin dan orang lain pula akan menceritakan tentang tanda-tanda rahsia yang ada pada tubuhnya pada bakal suaminya.

Kalau dah ada anak selepas kahwin nanti tidakkah dia malu apabila anaknya itu melihat tubuhnya yang terdedah satu masa dahulu dalam majalah-majalah dan akhbar.

Janganlah jadikan Islam itu satu agama yang sama dengan agama-agama yang karut, agama Islam ialah satu agama yang diiktiraf oleh pencipta manusia iaitu Allah swt. Kembalilah kepada Islam yang sejati dan sentiasalah ingat Allah itu sangat sayang kepada kita tetapi kitalah yang sangat zalim kepada Allah. Janganlah cuba melawan kekuasaan Allah. Hindarilah diri daripada gangguan dan rayuan syaitan, agar selamat di dunia dan akhirat.

*sumber: Jihad Al-Quran.

No comments:

Post a Comment