15/11/2025

Tak rancang anak 5

Assalammualaikum dan hai 

Korang memang rancang ke nak anak berapa orang? Aku, lepas dapat afi dan mia. Aku rasa, dah cukup dahla kan. Tapi rezeki, tetiba mengandungkan caca. 6 tahun juga gap dengan Mia. 2019, dapat Qayyim.

Sebenarnya lepas bersalin caca tu aku dah takut nak mengandung lagi. Sebab pengalaman tak best masa bersalin kan caca. Doktor kat PAC tu dah macam polong. Terpekik terlolong. Bodo. Perangai tak macam orang berpelajaran. Dah macam manager fast food (zaman aku keje dulu. Deme suka terpekik2. Sekarang tak kot). Manager fast food pun berpelajaran. Diorang jerit2 lah nak lawan bunyi bising mesin lagi. Suara customer lg. Hospital bising ke? 

Tetiba ngandungkan Qayyim. Aku pasrah jelah. Amik ko emergency ceaser. Hmm.. lagilah menakutkan aku. Kat hospital yang sama pulak tu. 😭. So, aku dah tutup buku. 

2023, ngandung lagi. Aduhhh.. memang ngandung dengan tak happy. Sebab takut. Aku pergi hospital lain. Doktor2 tanya, kenapa datang hospital ni. Sebab senang parking. Memang pun. Parking dia mudah. Takdelah kena saman dengan polis trafik. Mahal sikitlah. Tapi ok je. Bukan nak parking satu hari. 

Apa2pun. Alhamdulillah. 5 dah waris kami. Semoga Allah lindungi anak2 mama dan abah. Mak ko ni. Umur baru 44 tapi badan dah macam 80. Aku takleh berdiri lama. Menggigil2. Tu yang banyak duduk. Lepas bersalin Qayyim dan Raees aku tak berurut betul2. Tak dapat tukang urut yang betul

Qayyim tu sebab ceaser. Makcik tu urut bagus. Tapi sebab aku ceaser. Dia buat setakat mampu. Sekarang ni dia dah tak mengurut. Umur dah banyak. Nak berehat. Yang Raees pulak. Tukang urut jumpa kat fb. Aku siap tambah harga lagi untuk tungku perut. Ehh, dia suruh aku buat sendiri. Sabo je lah aku. 😅


Tau2 dah 2 tahun dah si kecik ni

Ok tu je nak cite. Pastu aku dah jumpa macamana nak masukkan gambar. Puas aku godak aritu. 

Bye, wassalamu



No comments:

Post a Comment