People will hate you, rate you, shake you, and break you. BUT how strong you stand is what makes you...
25/09/2018
Cerpen: Apekku! I Love U
24/09/2018
Typical... Asal Pengotor je mesti dari negeri Ittewww
Assalammualaikum
ok, saje nak cite.. sebenarnya dah lama nak citer pasal benda ni... sebab aku rasa macam tak adil bila korang cakap macam tu...
Aku dah dengar benda ni dari zaman aku sekolah lagi... tapi masa tu aku masih bergaul dengan rakan2 yang berasal dari KL dan Selangor... sampailah aku masuk matrix..
Guess what?
Aku tak jumpa dan tak berkenalan pun dengan si PENGOTOR ni... tak ada... semua pembersih... Alhamdulillah...
Then, masa aku study kat UM pun still tak jumpa juga puak2 ni... pembersih gilerrr... Oklah.. aku reveal yg orang maksudkan tu mek kelate kann kann kann... takde...
Bila aku dah start bekerja pun sama... aku jumpa yang pembersih sajok... pembersih, pengemas... tapi bukan OCD.. sib baik.. hihi..
Aku rasa kan.. sebenarnya macam ni... kawan2 kita adalah cermin diri kita... seriously... (kalau aku eja 'series' kang.. ada lak pembaris dok tegur..).. buat keje jangan berkira.. bila kita rajin berkira.. kita akan penat.. just buat je... ko takkan rasa pape... betul... percayalah... nampak sampah, then, ko buang.. simple... nampak pinggan mangkuk tak berbasuh.. ko basuh... percaya satu benda... Allah itu ada... mana tau satu hari nanti, ko sendiri kelam kabut ntah apa2 kan... tak sempat nak basuh baju ke... basuh pinggan ke... ko pun tinggalkan juga pinggan tu tak berbasuh kan... takde manusia yang perfect beb...
Satu lagi.. kita jangan rasa kita bagussss sangat... dok ngata orang... sampai aibkan kawan2 tu kat media sosial... kalau kita tak suka, kita tegur... tak berani tegur.. kita blah... habis cite... ok.
Yang aku pernah jumpa geng pengotor ni.. kebiasaannya... dia acah2 pembersih... PERCAYALAAAAAHHHH....
sebab masa aku dok asrama dulu... kan dorm kita ada tugasan mingguan... cuci tandas... dalam tandas tu ada benda alah tu... lari koooo... tak nak cuci... phuikkk... ahkak jugak yang kena cuci... dah tu... tang mana ko bersih kalau ko tak reti nak cuci... bengong!
Dia orang KL hokayyyy!!!
Jadi, jangan letak mark kat orang.. orang dari negeri ni jahat. negeri tu suka kawen 8.negeri sinun pemalas... hmmm... malas aku nak layan..
pembongak!!
k. tu je nak cite..
Bye Wassalamu
14/09/2018
Doakan Kesihatan Cik Hani Ya
Assalammualaikum
lama dah gambo ni terperap dalam draft
Tak tau nak cite dari mana
sebab risau jugak ni
lately ni cik hani kerap buang air kecil
tapi tak pregnen
klimaks nya cik hani kena kencing berdarah sebab dah takde air boleh keluar
huhu
sakit awakkk
Jadinya gi klinik kesihatan ulu klang
cik hani kena makan antibiotik dan ubat cuci air kencing
pastu 12hb kena gi buat pap smear nak cek
kotla kena kanser.. huhu
nauzubillahi min zalik
tapi result dia lagi 5 bulan
17hb kena gi klinik lagi. dokter nak tengok progresss
Doakan cik hani ye
Banyak amik cuti sekarang ni
kejap2 demam
ntahlah
Oklah tu je nak cite
kedai buka je macam biasa
Admin cik hani ada melayan korang
Nak tanya atau nak order? Jom tekan link ⤵
Atau lawat facebook page kami
Dan juga instagram kami
10/09/2018
Yakinlah Pada Allah
#iktibar
Cerita ini panjang. Hanya mereka yang sabar dapat menghabiskan. Di hujung cerita ini ada dinyatakan iktibar dari cerita.
Kisah Penjual Tempe
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika dia sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, hanya separuh jadi.
Kebiasaannya tempenya telah menjadi sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum menjadi lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa
“Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.
“Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!!
Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Allah dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.
"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".
Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.
Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir.
"Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya
"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah.
Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,
“Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.
Iktibar dari cerita ini
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.
MOGA BERMANFAAT
KREDIT to Izan Nasir

04/09/2018
Review Drama Adaptasi Novel : Pembancuh Kopi Mr. Vampire
Assalammualaikum
Latest drama yang Cik Hani tengah gigih tengok kat youtube.
Biasalah, since digi ada kuota free 2.5gb setiap minggu.. ahak ahak!
WATAK PELAKON
Ungku Ismail Aziz sebagai Alif Irsyad
Nazeera Sardi sebagai Nuzul Filzah
Adam Shahz sebagai Saiful
SINOPSIS PEMBANCUH KOPI MR.VAMPIRE
Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya. Alif Irsyad dengan yakin memberitahu rakannya Saiful bahawa dia tidak mudah jatuh cinta lebih-lebih lagi kepada perempuan yang tidak setaraf. Tetapi kata-kata tersebut memakan dirinya kerana dia mula jatuh cinta kepada Nuzul, pekerja kafe Saiful dan merupakan kawan baik isterinya, Laila. Pada mulanya Alif Irsyad menidakkan perasaannya pada Nuzul namun makin dielak makin menjadi-menjadi lalu diluahkan perasaannya itu kepada Nuzul. Bermulalah kisah suka dukan antara mereka berdua.
Yang novel tu Cik Hani tak baca sebab kekangan masa. Macam drama ni boleh tengok sambil lipat kain, sambil update ig, fb. kannn... boleh sambil2..
Tajuk cite macam kelakar kan... tapi cite ni sedih koooo... dok kupas bawanggg jerrr... eh, ke cik hani je yang sensitip lebih... huhu... isk,, aku geram tul dengan anak Chef Wan si Serena tu dalam drama nih... rasa nak hempuk jer... dalam drama k... bukan luar drama... #jgnkecamsis
Cite ni dah lama berlalu... Cik Hani baru tau... lambat tul makcik ni kan... Baru tengok sampai episod 9.. Cite ni sampai 30 episod.. takpe.. #sisgigih
Suka gandingan Ungku Ismail dengan Nazeera tu... Sweet shangatttt... ihihih...
k,la.. sis nak sambung buat kije sambil nonton drama ni.. #sismemangselamba
k. Bye. Wassalamu
Stokin Solat, Umrah dan harian yang selesa
![]() |
ada 2 jenis lagi. Opaque n Socquette. Ni gambo amik atas kain pelikat laki aku je ni.. muahahaha!!!!
.
Nak tanya atau nak order? Jom tekan link ⤵
.
Atau lawat facebook page kami
Dan juga instagram kami
ig/cumicumi2u
UPDATE: Cik Hani dah tengok sampai 30 episod. Part yang lawak masa Nuzul gi 'Blind Date'... hahaha! Budak laki tu lah.. pandai dia berlakon jadi budak nerd.

Subscribe to:
Posts (Atom)