Jumaat 22.08.2025
Memula aku nak cite pasal guard hospital UPM bertugas 20.08.2025 sehingga 22.08.2025. Doktor dah maklumkan abah aku ada dua hari je lagi. Kalau tak Rabu, Khamis. Tapi, rezeki abah. Abah pergi hari Jumaat. Kami dibenarkan untuk jaga abah dua orang satu masa. Abah dah nazak.
Tapi celaka nya petang (21.08.25) tu, sorang India, sorang entah Melayu entah indon. Memang celaka dua orang ni. Aku nak naik lepas solat zohor dengan adik aku. Dia tak bagi. Siap call atas kata atas tak ada kebenaran. Eh, sebelum tu verbal kata boleh. Gaduh2 tak boleh. Aku suruh adik aku naik. Aku tunggu asar. Abah aku nazak. Aku tunggu pun sambil baca yassin. Bukan termenung. Macam hanat dua ekor tu.
Scene kedua, masa abah aku dah meninggal. Macam gampang bercakap dengan kami. Aku dengan abang2 aku tengah bincang kot. Datang guard pompuan, indon. Tengking suruh cepat2 kemas barang bapak aku. Woi bongok!!! Hormatlah orang sikit. Ingat kitorang budak2 ke? Abang2 aku tu dah lebih 50 tahun tau tak umurnya. Aku sendiri pun dah 44. Cam gampang.
Scene ketiga masa tengah nak uruskan jenazah abah aku kat wad. Guard bengong tu dok tengok kitorang sengih2. Dasar iq78. Ko nak tengok scene orang menangis jerit2 ke hanat? Aku kan, sampai sekarang ternampak2 muka guard 3 ekor ni. Memang celaka sungguh! Nak buat sispaa aku tak reti. Cerita sini je lah. Lagipun, guard biasanya bukan staff UPM pun. Kontraktor kan.
Ok, habis situ. Overall staff UPM memang A+. Guard dia yang pompuan je perangai celaka. Nasib baik aku tak buka silat kat situ. Mampus aku bagi buah kuntau. Bongoks!
Rider shopee food yg bengap! Khamis 21.08.2025. sebelum pukul 6 pagi aku dah bangun. Siapkan anak, nak pergi hospital jaga abah aku. Bacakan Yassin dengan AlMulk. Lepas solat maghrib, aku gilir dengan adik aku. Sebab beruk 2 ekor tu kan tak bagi kitorang naik sekali. Aku tak ingat pukul berapa, dalam pukul 10 malam. aku nak ke TBS amik rafik. Dia nak jumpa embah anang dia. Abang sulung aku gantikan. Ding dong ding dong, nak dekat pukul 2pagi aku sampai rumah. Abang aku call suruh patah balik UPM. Laki aku tengah mandi. Tengah tunggu, abang aku call, abah dah takde.
Laki aku siap mandi, aku, laki aku dengan rafik terus gi hospital. Aku drive. Laki aku takleh drive. Dia ada penyakit, bawa kereta je ngantuk. Sebelum aku baran. Biar aku yang bawa. Bukit Antarabangsa >> UPM. Berapa jauh? Aku sampai, petugas tengah siapkan abah aku. Abang aku no 2 tengah setlekan payment sebab guna GL dia. Aku suruh rafik tengok embah anang sementara masih hangat lagi.
Pukul 4 pagi aku balik bukit Antarabangsa. Nak kemas rumah sebab aku tinggal BODOH je pagi tu. Berapa hari dah aku dok ulang alik ke UPM. Lemau tak lemau lah. Kemas rumah sebab jenazah nak dibawa kerumah.
Ce bayang. Aku tak tido lagi ye, dia bukan masalah sedih je rider bodo wei. Dia banyak perkara yang kita nak uruskan. Tau2 dah subuh. Makan pun tak sempat, tetamu datang. Jenazah sampai pukul 10pagi. Pukul 11 bawa ke masjid. Kami adik beradik mandikan jenazah abah. Sementara tu sedara mara sampai.
Masa ko call tu pukul 1 lebih. Orang dah kat masjid. Nak solat jumaat. Aku tak dengar bongok! Adik aku panggil bagitau, orang masjid dah nak tutup jenazah. Tengok untuk kali terakhir. Aku pas kat laki aku suruh cakap. Time ko tengking2 aku ko tak ingat ye. Kena marah dengan laki aku, ko merentan. Aku dah cakap, bapak aku meninggal. Ko bising2 lagi. Apa yang ko bodo sangat? Besok mak bapak ko meninggal, order ko masuk bertubi2 walaupun ko tak on. Bio ko kena banned macam aku. Aku dah kena banyak kali. Siap tunjuk depan rider yang datang. Aku dah off shopee food .Sebab masa tu dah takde apa nak masak. Tepung dah habis. Masa aku ada, aku bagilah rm10 kat rider tu. Dah aku takde. Ko nak aku buat apa? Ke ko nak aku doakan, ko mati esok takde orang nak uruskan jenazah ko sebab sibuk layan order. Dok ulang2 dah dewasa. Phuii lah! Rider yang dah dewasa takde merentan macam ko. Ni budak2 je ni. Samdol! Entah2 aku sebaya dengan mak ko.
Dah lama tak update blog. Aku tak jumpa macamana nak masukkan gambar. Nasib ko baik mirull. Huh! Aku screen shot Whatsapp ko ler.
No comments:
Post a Comment