Korang yang berniaga mesti ada gelaran untuk pelanggan korang kan. Macam aku, setakat ni sorang je.. sebab dia ada trademark dia sendiri... haha..
Kami memang bahasakan pelanggan kami kakak atau abang. Bukanlah bermaksud deme lagi tua dari kami. Tanda hormat sahaja. Malah, pelanggan umur 12 tahun pun kami panggil kakak atau abang.. Kadang pelanggan panggil aku adik, aku blurr jap... mungkin umur dia 41 tahun keatas kot... awet muda gitu..
Pelanggan yang aku nak citekan ni.. kalau dia datang memang tau dah apa yang dia nak... dia nak tako yang ada atas dapur.. yang panehhhhh... tapi yang bagusnya dia tak kisah inti apa. Janji panasss gituhhh... Kami ok je kalau pelanggan nak yang panas... syarat utama dia ialah.. BOLEH TUNGGU... kita tak jamin,.. kadang kami kata 10 minit.. dapur wat hal, api dia jadi lamberttttttt... geram haku... haha...
Jadinya, bila pelanggan ni datang, kitorang dah tau dah.. dia nak tako yang panas2.. kami just bagitau je berapa lama nak kena tunggu... cuma kadang2 tu, takda yang atas dapur.. kesian beliau... disebabkan inilah, kami gelar beliau Kakak Panas Panas.. hihi.. Jangan mara arrr..
No comments:
Post a Comment