01/02/2018

Cerpen : Rahsia Cinta

RAHSIA CINTA

Penulis : IMAN AISHA

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kerana keturunannya, kerana hartanya dan
kerana agamanya. Pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan selamat” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Aliya Batrisya, masih teringat dia pada gadis itu. Entah mengapa pada saat ini fikirannya seakan-akan wayang gambar
yang sentiasa menayangkan satu persatu kenangan bersama gadis itu. Sungguh! Dia benar-benar rindu, dia benar-benar
sayang. Keluhan demi keluahan dilepaskan. Rasa berat bebanan yang dipikul. Sudah beberapa lama wajah itu tidak
ditatapnya. Ruang di surau diamati. Orang yang ramai sebentar tadi mulai berkurang. Tidak pula dia ingin melangkah
pergi saat itu. Duduk silanya diperbetulkan agar lebih selesa lantas fikirannya menerawang lagi.

***

“Kenapalah aku boleh lambat hari ni?” Azfar bertanya kepada dirinya sendiri.
Jam di tangan telahpun tepat menunjukkan angka 3 petang. Kuliah bila-bila masa saja akan bermula. Perasaan malu
mula menghantui diri. Sebagai presiden kelas bagaimana dia boleh melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan
seperti itu. Malu siot beb…habis tersebar nanti, Muhammad Azfar Rizqi dari fakulti pengurusan maklumat lewat ke kelas
kerana terlebih tidur. Mak oii…harap-harap lecturer tak masuk lagi.
Azfar melihat sekeliling. “Mana kelas aku ni?” Perasaan mamainya masih belum hilang. Tadi sewaktu tersedar dari tidur dia
terus mencapai beg galas dan berlari keluar dari hostel tanpa mandi, tanpa gosok gigi dan tanpa menukar baju. Nasib
baiklah dia tidur sambil berbaju kalau tidak…bayangkan sendirilah ya.
Azfar terpusing-pusing.
“Ahh!!!” Satu suara halus terjerit kecil. Habis buku bertebaran di atas lantai.
“Maaf, maaf…” Azfar mulai panik. Ada-ada je benda yang nak jadi. Sudahlah lambat, accident pula. Gadis yang
terduduk di lantai itu hanya menunduk. Malu agaknya. Perlahan-lahan barulah gadis itu bangun dan mengutip kembali
buku-bukunya yang telah jatuh bertaburan. Langsung tidak memandang ke arah Azfar.
Azfar pun turut membantu. Marah ke dia ni? Senyap sunyi je, bisik hatinya.
“Saya minta maaf.” Sekali lagi Azfar menghulurkan kata-kata maaf.
“Tak apa.” Dengan hanya dua perkataan itu, gadis itu terus berlalu. Bertambah-tambahlah persoalan dalam benak
lelakinya. Apahal dengan budak tu? Lama Azfar di situ berfikir. Tiba-tiba dia teringat sesuatu… “Apa yang aku nak buat
tadi? Ah!!! Kelas!!!” Azfar terus berlari.

***

Senyuman mekar di wajahnya. Peristiwa itu hanyalah satu titik mula bagi dirinya. Entah mengapa saat itu terasa begitu
istimewa. Entah mengapa sejak saat itu hatinya mula mengenal rasa rindu, sayang dan cinta. Entah mengapa…

***

“Kau nampak tak fail aku Syikin?”
“Fail yang mana?” Acuh tak acuh Syikin menjawab. Biasalah sesudah subuh facebooklah yang dihadap room matenya
itu. Macam tak jemu-jemu padahal bukan banyak sangat friendnya pun.
“Fail pink tu lah…” Alya sudah risau. Banyak benda penting ada dalam fail tu. Kalau hilang mkemang persoalan hidup dan
mati. Assignment, jadual kelas etc. Waduh, waduh…naik gila dibuatnya. “Semalam ada je pun.”
“Cuba kau ingat balik mana kau letak.”
For the rest of my life…I’ll be with you…I stay by your side…
Amboi…amboi…sedap betul ringtone henset aku ni. Siapa pula yang miskol? Tak kenal pun numbernya. Alya membelekbelek handphonenya. Tutt…tutt…
+ Assalamualaikum, ni no Aliya Batrisya?
Eh, siapa pula ni? Tahu pula nama penuh aku.
Sya Aliya. Siapa ni?
'' Sya Azfar rizqi. Org yg tr ‘xcden’ dgn awk smlm. Cuma nak bagitahu sya trambil fail awk smlm. Klu awk nk blik fail tu kte jmp dkt café nnti ptg blh?''
Ah! Patutlah tak ada fail aku. Ada kat mamat ni rupanya.
''I’ll be there.''
Cis…nak juga speaking aku ni. Macamlah terror sangat. Oh! My English.
Alya memanjang-manjangkan lehernya yang tak berapa nak panjang itu. Mencari-cari kelibat ‘mamat hensom’ bak kata
Sarah. Kununnya…pleaselah…
“Macam mana nak kenal. Aku kan tak ingat muka dia.” Alya membebel seorang diri.
“Aliya?”
Alya memalingkan mukanya ke belakang. Huh! Nasib baik ada ruang lagi karang tak pasal-pasal free kiss aku dapat.
“Mana fail saya?”
Azfar mengangkat keningnya. Tak menyabar-nyabar betul budak ni. Kalau ye pun berkenalanlah dulu.
“Apa kata kita duduk dulu. Boleh?”
Alya rasa kurang senang. “Saya ada kelas.”

***

Kedinginan yang terasa di dalam surau itu sekata dengan sedingin gadis itu terhadapnya. Tapi, walau apapun, saat itu dia
begitu senang diperlakukan seperti itu, dia begitu tertarik dengan peribadi gadis itu. Bodohkah dia? Apa itu cinta
sebenarnya? Macam mana nak tahu hati sudah ‘ter’ jatuh cinta? Agak-agak ada timing yang tepat ke untuk jatuh cinta?
Bak kata orang, jangan bercinta selagi belum habis belajar. Perlukah cinta itu dilupakan? Adakah bila diri mula rasa tak
tenang, hati mulai resah gelisah apabila tidak ketemu si dia itu maknanya cinta? Hah…sukarnya nak mengetahui apa
sebenarnya cinta.

***

“Assalamualaikum…”
Alya yang sedang khusyuk memerhati buku-buku yang sememangnya berlambak-lambak di dalam ‘library’ itu sedikit
tersentak. Dia terus memalingkan kepalanya ke sudut lain seakan tidak sudi akan kehadiran lelaki itu.
“Kenapa tak angkat phone?”
“Busy.” Pendek jawapannya.
“Kenapa awak nak lari dari saya?”
Alya merenung lelaki itu. Sesungguhnya dia tidak mahu lelaki itu terus-terusan mengharapkan dirinya. Dia tidak mampu
untuk itu. Dia sememngnya tidak mampu. Dia juga tidak mahu lelaki itu sengsara kerananya. Dia tidak mahu melihat lelaki
itu terluka kerananya.
“Jangan pernah jumpa saya lagi Azfar.” Terketar-ketar suaranya. “Tolonglah. Saya tak suka.”
Semenjak lelaki itu meluahkan perasaannya Alya mula rasa tidak tenang. Malamnya sentiasa disulami kerisauan.
Tapi,benarkah dia tidak suka? Apa yang pasti dia cukup senang apabila berada bersama lelaki itu. Tapi, dia sedar akan
risiko yang harus ditempuhi sekiranya dia memilih untuk menerima cinta Azfar. Segalanya akan menjadi pertaruhan. Dia
tidak mahu kecewa nanti. Lebih baik lelaki itu dibuang jauh-jauh dari dirinya dan lebih penting jauh dari hatinya.
“Apa salah saya Alya? Kenapa awak tak boleh terima saya dalam hidup awak?
Alya hanya menunduk. Hatinya sakit, sesakitnya namun apakan daya dia perlu berbuat sesuatu sebelum terlambat. Katakata itu bagaikan mimpi ngeri buat dirinya. Seboleh-boleh dia mahu mgelak daripada ditanya sebegitu…dan…sebolehboleh dia tidak mahu hari itu tiba dimana dia perlu ‘mengorbankan’ cintanya.

***

Azfar memeluk tubuh yang kesejukkan. Suasanan hening di dalam surau itu seakan menyuruhnya untuk berfikir dengan
tenang. Kenangan itu satu persatu dibongkar. Demi cinta yang satu itu, yang mana jalan harus dipilih? Sukar…memang
sukar untuk mengetahui rahsia hati. Sesungguhnya, jodoh itu rahsia Allah. Kita tidak tahu siapa dia, kita tidak tahu
bagaimana kita akan berjumpa dengannya, kita tidak tahu bagaimana rupanya, cantik ke tak? Hensom ke sedangsedang je? Ke…dapat yang sedap mata memandang? Pandai ke? Kerja besar ke? Muda ke? Tua ke? Kita tak akan tahu.
Solat hajat telah dilakukan dengan tekun. Solat istikharah dilakukan mohon petunjuk. Tapi, tiada satu mimpi yang
bertandang. Adakah petunjuk istikharah hanya melalui mimpi? Tidak, bukan itu. Banyak petunjuk lain yang Allah
perlihatkan. Mungkin…mungkin dia belum mengerti.

***

“Syikin, mana Alya?”
“Tak…tak tahu…” tergagap-gagap Syikin menjawab. Walau apa pun janji itu harus dipegang utuh.
“Takkan dia tidak beritahu kau dia pergi mana.” Azfar mendesak. Dia merasakan ada yang tidak kena saat itu. Sudah
berminggu wajah gadis itu tidak ditatapnya. “Tolong aku Syikin. Tolong aku.”
Syikin sudah berasa serba salah. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tersepit dengan cerita mereka berdua. Dia sendiri
tertanya-tanya adakah keputusan Alya itu betul. Cuti khas di ambil gadis itu. Mengejutkan. Entah mengapa sampai begitu
jadinya. Mungkin Azfar boleh membantu kawannya itu namun, dia tidak pasti sebenarnya…
Perjalanan ke Gerik, Perak dirasakannya begitu jauh. Dari Shah alam memakan masa hampir 5 jam. Perasaan resah gelisah
mula bertandang di hati. Fikiran langsung tidak tenteram. Pelbagai persoalan mula bertandang. Bagaimanakah reaksi
gadis itu nanti?
“Abah, makanlah ubat ni.” Pujuk Alya.
Diam di situ tiada reaksi. Alya sedih. Abahnya menentang keras perbuatannya yang tiba-tiba bercuti dari pengajian. Sakit
yang dihadapi abahnya itu semakin teruk hari demi hari. Hatinya risau. Ditambah lagi dengan masalah dengan Azfar yang
tidak henti-henti mahu memenangi hatinya.
“Abah, Alya akan sambung belajar semula. Abah jangan risau. Alya janji. Alya Cuma nak luangkan lebih masa untuk
abah. Janganlah abah marah dengan Alya. Alya mohon…”
Tanpa sepatah kata abahnya memeluk anak yang amat dikasihinya itu. Sebagai orang tua dia tidak mahu anaknya itu
susah kerananya. Mana ada ibu bapa yang mahu menyusahkan anak sendiri.
“Assalamualaikum…”
Tersentak kedua beranak itu. Berpandangan sesama sendiri. Tiba-tiba ibu yang masih termengah-mengah menjenguk ke
dalam bilik mengkhabarkan satu berita yang amat mengejutkan.
“Alya tak setuju!”
Kedatangan Azfar petang itu benar-benar meletakkan beban yang berat di hatinya. Hajat lelaki itu pula seakan diterima
baik oleh kedua orang tuanya. Masih teriang-riang di telinganya kata-kata Azfar sebelum berlalu.
“Saya tahu apa yang saya buat ini membuatkan awak rasa tak senang. Saya tahu awak tidak akan pernah beri jawapan
yang pasti. Tapi, saya tetap akan tunggu Alya. Saya mahu awak ada di samping saya, saya mahu awak jadi isteri saya
yang sah. Saya mahu lupakan awak sebagaimana yang awak mahu tapi saya tidak mampu. Andai ini jodoh kita, tak
mungkin kita dapat elak Alya. Saya harap awak faham.”
Abah dan ibu kelihatan senang dengan kedatangan lelaki itu. Alya semakin tak keruan. Semuanya tidak boleh terjadi dan
tidak akan pernah terjadi. Dia tidak mahu. Dia mahu hidup dalam dunianya sendiri.
“Kenapa kau tak mahu Alya. Budak itu budak baik. Dia sampai sanggup datang ke sini minta restu dari abah dan ibu.”
Ibu mula menghuraikan hujahnya. Apa ibu sudah lupa? Dia tidak mungkin akan berkahwin. Bukan hanya dengan Azfar
malahan dengan sesiapa pun dia tidak mahu. Sejak dari dahulu dia tidak mahu dekat dengan mana-mana lelaki. Dia
tidak mahu perkara sebegini terjadi namun begitu, perkara yang paling ditakutkan telahpun berlaku dan tidak mampu
dielak lagi. Kasih yang mula bertaut di hati hari demi hari semakin mekar harus dilupakan. Segala rasa sayang yang mula
bertandang di hati harus dihapuskan. Walaupun dia sedar segala yang berlaku adalah qada’ dan qadar Allah sebolehbolehnya dia mahu mengelak. Hatinya sengsara, hatinya gundah. Apa lagi yang harus dilakukan?
“Dia boleh jaga kamu bila abah tak ada nanti…” sayu bunyi abahnya. “Entah berapa banyak masa yang abah ada Alya.
Abah mahu kamu dijaga dengan baik.” Wajah anak tunggalnya itu ditatap lembut. “Abah mahu lihat kamu bahagia
sebelum abah pergi.”
Mengalir air mata yang mahu ditahan tadi. Perasaannya berkecamuk. Kalau bukan kerana ‘masalahnya’ dia pasti tidak
akan melawan kata. Tapi, dia sememangnya tidak mampu.
“Alya tak mungkin berkahwin abah…”
Terdiam orang tua itu memahami maksud anaknya. Ibu menunduk. Sebak. Mungkin baru menyedari situasi anaknya itu.
“Mungkin…dia boleh terima kamu seadanya.” Kata ibu tiba-tiba dalam sendunya.
“Tak mungkin bu. Mungkin sekarang dia boleh tapi, kehendak hati seseorang pasti mahu orang yang sempurnya. Alya tak
mampu bagi itu pada sesiapapun. Alya tak kiah tak berkahwin. Alya mahu tinggal dengan abah, dengan ibu.”
“Sampai bila Alya? Berapa tahun lagi kami berdua ni masih boleh buka mata tiap-tiap pagi? Kami dah tua.”
“Tapi Alya tak mahu kecewa nanti. Keluarga dia…mampu ke mereka terima orang seperti Alya. Tak mungkin bu…”
Kakinya terus melangkah ke dalam bilik. Hatinya sakit tiba-tiba. Perasaannya gembira kerana ada lelaki sanggup
menyalurkan cinta kepadanya namun, cinta itu tak mungkin digapainya. Bolehkah dia mengelak?
***
Mata yang dipejam dibuka perlahan. Tangan diletak di atas dadanya. Sakit…sakit yang tidak dapat dilihat. Doa dipohon
dengan khusyuk.
Ya Allah, aku sedang dalam kesusahan Ya Allah. Bantulah aku mencari jawapannya. Bantulah aku dengan petunjukMu.
Bantulah aku Ya Allah! Apa keputusan yang harus aku pilih? Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan sekarang.
Sekiranya dia jodohku, dekatkanlah aku dengannya. Permudahkanlah segalanya. Sekiranya dia bukan jodohku,
jauhkanlah aku darinya.
Air mata lelaki mengalir perlahan jatuh ke dalam tadahan tangannya. Hatinya sayu. Doanya diteruskan dengan penuh
kesyahduan.
Jangan biarkan hatiku dekat dengannya. Sesungguhnya aku adalah insan yang lemah Ya Allah. Aku mohon petunjuk
dariMu. Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

***

Seminggu yang berlalu amat menyeksakan. Tiada khabar tentang gadis itu. Kakinya itu melangkah lagi ke Gerik. Harapan
yang menggunung dibawa bersama. Dia pasti dengan hatinya. Dia pasti. Baru sahaja mahu mengucapkan salam dirinya
ditegur satu suara yang amat dirindui.
“Apa awak buat dekat sini?” Ada getaran dalam suara itu.
“Assalamualaikum.” Tenang Azfar bersuara. Alya memandang ke arah lain. Menyedari kesalahannya. “Mana abah dan
ibu?”
Alya hanya diam membisu. Pertanyaan itu dibiarkannya berlalu pergi.
“Alya?”
“Tolong pergi dari sini Azfar. Saya mohon.”
Wajah gadis itu ditatapnya. Kenapa gadis itu terus-terusan menolak dirinya. Entah hanya perasaan dia atau apa, dia yakin
gadis itu juga turut menyayangi dirinya.
“Jangan buat saya begini Alya. Saya ikhlas dengan perasaan saya. Tolonglah fikirkannya lagi.” Mohan Azfar.
“Saya tak mungkin terima awak Azfar. Saya tak akan terima awak sampai bila-bila. Jangan pernah mengharapkan apaapa dari saya lagi.”
“Saya tahu awak juga ada perasaan yang sama seperti saya!” Azfar meninggikan suara apabila melihat gadis itu mahu
melangkah pergi meninggalkannya.
Alya berpaling. “Awak jangan cakap benda bukan-bukan.” Alya tetap mahu menutup perasaannya yang sebenar.
“Kalau awak jodoh yang Allah ciptakan untuk saya kita tetap akan berkahwin Alya. Saya yakin itu.”
“Kenapa awak ni degil sangat? Saya kata saya tak akan terima awak. Tidak akan.” Tegas nadanya. Alya terus naik ke atas
rumah dan menutup pintu. Azfar pening tiba-tiba. Entah apa yang berlaku langsung tidak diketahuinya lagi.
Alya duduk di tepi katil memandang wajah Azfar yang pucat. Terkejut apabila melihat lelaki itu tiba-tiba sahaja rebah di
hadapan tangga rumahnya.
“Saya minta maaf.” Perlahan kata maaf itu dituturkan. Sesekali matanya dilirikkan ke wajah lelaki itu takut-takut lelaki itu
terjaga.
“Awak seorang yang baik, sangat baik bagi saya. Untung kalau sesiapa pun berkahwin dengan awak. Tapi, saya tak
mampu untuk bahagiakan awak Azfar. Saya benar-benar tidak mampu. Saya akui rasa sayang itu ada dalam hati
ini…saya minta maaf.”
Alya berkira-kira mahu pergi dari situ. Air suam yang diberi ibunya tadi diletakkan di tepi katil.
“Jangan tipu hati awak lagi Alya.”
Alya terkedu lantas berpaling. Mata bertautan. Adakah lelaki itu mendengar setiap baik kata-katanya? Badannya
bergetar. Azfar bangun berlahan-lahan. Kepalanya ynag masih pening dipicit.
“Terimalah saya dalam hidup awak Alya.”
“Saya keluar dulu.”
“Jangan bohong hati awak!” Azfar meninggikan suaranya.
“Saya tak faham maksud awak.”
“Alya!”
“Saya tidak akan pernah terima awak!”
“Tapi kenapa? Kenapa awak nak seksa hati awak sendiri. Kenapa awak nak seksa hati saya. Saya benar-benar ikhlas
sayangkan awak Alya. Terimalah saya sebagai suami awak yang sah.”
“Awak tak perlu tahu.” Alya mahu mengelak lagi.
“Kenapa saya tak boleh tahu? Apa masalah awak sebenarnya Alya? Saya tak nampak sebarang masalah.”
Air mata mengalir deras. Alya tahu lelaki itu akan terus-terusan mendesaknya. Hari ini lelaki itu perlu tahu. Apa yang berlaku
selepas ini dia tidak mahu peduli lagi.
“Masalahnya saya tidak akan pernah boleh meneruskan keturunan awak. Saya tak mampu untuk itu.” Alya tersak-esak.
Azfar hanya memandang. Dia masih belum mengerti. “saya tidak boleh mengandung Azfar. Mahukah awak dengan
orang yang macam saya? Sekarang mungkin awak cakap awak cinta, sayang tapi, apa erti perkahwinan tanpa cahaya
mata? Saya tak nak awak dan diri saya sendiri sengsara nanti. Family awak, bolehkah mereka terima orang seperti saya?
Banyak risikonya.”
Azfar kelihatan terkejut. Pengakuan itu…entahlah. Apa yang harus dia fikir? Apa yang harus dia buat? Alya berlari keluar.
Ibu yang menyaksikan segalanya mendekati Azfar.
“Nak, rahim alya terpaksa dibuang lama dahulu. Dia sakit. Dia tidak boleh beri zuriat pada kamu atau pada mana-mana
lelaki. Sebab itu dia tidak pernah terfikir mahu berkahwin. Sekarang segala keputusan kamu mak cik terima dengang hati
yang terbuka. Anak mak cik banyak kekurangannya. Tapi, kita tak pernah akan tahu apa rencana Allah untuk kita kan?

***

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Mukanya diraup berkali-kali. Resah di dalam dada seakan tidak mahu hilang. Kenapalah saat-saat ini dia teringat lirik lagu
itu. Ruang di dalam surau itu semakin lama semakin lengang. Sebulan…sudah sebulan fikirannya tidak tentu hala namun,
rasa rindu itu masih bertandang.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikummussalam.” Azfar menyalami lelaki yang menjadi imam subuhnya tadi. “Ustaz Hafiz. Apa khabar?”
“Alhamdulillah. Saudara ada masalah? Bukan apa, sejak tadi saya lihat saudara duduk di sini.”
Azfar menceritakan apa yang berlaku dalam hidupnya. Dia tahu pendapat orang lain juga penting untuknya membuat
keputusan terbesar dalam hidupnya.
“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami.
Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Perkahwinan itu luas maksudnya. Kita berkahwin bukan hanya
kerana zuriat walaupun itu merupakan kehendak lumrah kita sebagai manusia. Nabi sendiri berkahwin untuk membantu.
Tak salah untuk itu. Dan bagi pilihan hati saudara itu, dia hanya manusia biasa. Takut untuk berhadapan dengan realiti.
Tapi sekiranya ini takdir yang ditentukan segalanya akan menjadi mudah.”
Azfar mengangguk-angguk.
“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kerana keturunannya, kerana hartanya dan
kerana agamanya. Pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan selamat” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Walaupun
keturunan itu penting saudara tanya pada diri sendiri adakah perasaan saudar itu benar-benar ikhlas kepadanya. Jangan
kita menyakiti pasangan kita itu di kemudian hari. Agama itu jauh lebih penting.”
Azfar pulang ke rumah hari itu. Hatinya tenang, setenang –tenangnya.
“Umi…” Azfar mendekati uminya yang sedang duduk di tikar sejadah.
“Anak Umi baru balik. Ada apa?”
Azfar sudah tidak mempunyai ayah. Hanya umi dan dua orang kakak yang dia ada kini. Insan itulah ibu dan bapa
baginya. Hari ini adalah penentu. Restu uminya perlu dipohon.
Terdiam uminya saat segala cerita dikhabarkan. Air mata seorang ibu mengalir sedikit. Entah mengapa hatinya sayu
mendengar kisah itu. Entah mengapa gadis bernama Aliya Batrisya itu seakan dekat dengan hatinya.
“Umi…” Azfar memeluk Uminya itu.
“Perkahwinan bukan hanya kerana mahukan zuriat Azfar. Ertinya sangat besar. Janji dengan umi kamu akan jaga dia
sebaiknya.”
Azfar mengangguk. Panas mukanya menahan sebak yang mulai bertandang. Hatinya sayu tiba-tiba saat restu di hulurkan
insan yang amat dia sayang. Ya Allah, permudahkanlah segalanya.

***

“Terimalah dia dalam hidup kamu Alya.” Umi memujuk.
Alya menangis teresak-esak. Kedatangan umi membawa ‘hajat’ memang tidak disangka-sangka. Alya hnaya
mengangguk lantas jari manisnya sudahpun dihuni cincin emas menandakan satu perjanjian, satu tanggungjawab yang
bakal dilayari bersama Azfar. Inilah akhirnya, takdir yang Allah tentukan. Sejauh mana dia berlari, sejauh mana dia
mengelak, tidak mampu untuk dia mengubah ketentuan itu.

***

“Aku terima nikahnya Aliya Batrisya binti Mohammad dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.”
“Sah! Sah!” Serentak saksi-saksi berkata.
“Alhamdulillah.” Alya berkata perlahan. Sekali lafaz sahaja sah dia bergelar isteri kepada Muhammad Azfar Rizqi.
Perasaannya memang lain tatkala itu. Hatinya sayu tetapi gembira. Tidak pernah menyangka hari itu akan tiba juga. Azfar
bangun dari tempat duduknya menuju ke arah isteri yang baru shaja dinikahi. Kemas duduknya di hadapan isteri yang
amat disayangi. Tangannya dihulurkan. Alya menyambutnya. Dahi isterinya dikucup penuh kasih.
“Abang janji akan bahagiakan Alya. Insyaallah, dengan izin Allah kita akan bersama hingga ke akhir hayat.”

:: THE END ::

No comments:

Post a Comment