28/12/2017

Potong queue

Assalammualaikum

Setiap hari aku akan ke pos laju untuk pos barang. 2 branch je aku akan pergi. Schedule dia macam ni. Kalau awal minggu isnin or selasa, aku gi ke Batu Caves. Hari berikutnya ke Melawati.

Ok, bukan nak cerita pasal staf Pos laju or Pos Malaysia. Tapi pasal makhluk2 yang tak reti beratur nih. Macam Pos laju Taman Melawati ada 2 kaunter je iaitu kaunter 7 dan 8. tapi ko taulah. pejabat pos tu kecik. so, buat satu line je. Nanti bila sampai depan baru divide. ala.. macam ko beratur nak beli tiket wayang la kan. Reti?!!! Cumanya kaunter 8 untuk item lebih dari 2. Kaunter 7 untuk max 2 item sahaja dan kontrak. Pandai2lah pikio camno nak beratur bila sampai depan. kalau kaunter 8 masih ada orang. ko gi lah tunggu kat kaunter 7 tu, Ada paham. Bukan budak kecik pun memasing. tua dah.

Tapi ada makhluk yang macam baboon ni. Tak reti nak beratur. Datang dahla lambat pastu potong queue. Eh, tolonglah. Aku ni kontrak tau. Tapi reti je nak beratur. Dah kenapa ko yang bukan kontraaak tak reti beratur. Asam boi betul! Alasan sebab barang dia baaanyak. Aku perati je perangai memasing. Dahla ko tu seller. Aku bagitau nama ko kat blog ni. Baru menarik dan tertarik kan.

Pastu kan... aku peratiii je bungkusan dia... Hahaha!! kompem tak lepas sebab kotak tu dia tak balut... Selotape je. hekk kauuu... Sila bungkus dengan plastik hitam. Ko ingat kalau barang ko berterabur, dorang nak tolong kutip? menyusahkan orang je. Banyak lagi parcel lain dia nak setlekan. Jangan sebab parcel ko 2 kotak tu. Orang lain punya dah tergendala.

Lagi satu nak bagitau. Kaunter 7 tu untuk kontrak juga ye. So, mulut bebaik sikit kalau nampak aku bawa parcel banyak tapi gi situ. Sebab, aku sikijap je. Kira parcel cukup tak dengan doc tu. pastu babai. tak sampai seminit, Reti?!

Tu je. Puas hati den. Start bulan 12 ni. makin ramai lak yang macam syaitoon tak reti beratur.

Makcik is geram hokey.

Bai. Wassalamu


No comments:

Post a Comment