01/04/2016

Cerpen: Aku Tak Nak Kau Lah!!!!

Oleh : nufa shyairan



AKU menala pandanganku ke hadapan. Tiada arah tuju. Bukan mataku yang bergerak tetapi mindaku. Aku menangisi
nasibku. Namaku Rhea Darina. Membesar dalam suasana yang cukup mewah dan dilimpahi kasih sayang dari mama dan
papa. Mungkin sebab itu aku jadi terlebih manja dan terlalu bergantung kepada mereka. Apa sahaja yang ku ingini akan
ditunaikan oleh mereka. Tapi kini tidak lagi. Aku keseorangan dalam dunia ini sekarang. Apa yang akan
dilakukan oleh budak berusia 17 sepertiku selepas kematian mama dan papa dalam kemalangan seminggu yang lalu.

Air mataku menitis lagi. Aku hanya membiarkan. Aku benar2 rindukan mereka. Kenapa
tuhan tidak menjemputku sekali? Makin lebat air jernihku tumpah.

” Rhea.”

Aku hanya membiarkan panggilan tersebut.

” Sudahlah tu. Tak baik menangis macam ni. Kesian arwah mama dan papa Rhea di sana.”

Itulah mak mah. Pembantu rumah kami yang telah dianggap sedara sendiri. Kenapa aku tidak boleh menangis? Aku hanya rindukan mereka. Salahkah aku menangis?

Mak mah duduk disebelahku. Dia mengusap bahuku lembut. Wajahku yang penuh dengan air mata di sapu.

” Mak mah ada sesuatu nak cakap dengan Rhea ni.” Wajah mak mah ku tatap.

” Mak mah ingat nak balik kg.” kata2 mak mah mambuatku terpana. Aku sudah tidak ada sesiapa dan sekarang Mak Mah juga ingin meninggalkanku. Takdir apa yang sekejam ini?

” Mak Mah juga nak tinggalkan Rhea?” soalku dalam sendu. Mak Mah menggeleng.

” Kami ingat nak bawa Rhea sekali.” Aku terdiam. Kami? Tentu Pak Bahar suami Mak Mah.

” Rhea tanggungjawab Mak Mah.” Tambahnya. Aku teringat kata2 peguam papa tadi.

Aku diserahkan kepada Mak Mak dan Pak Bahar. Sementelah usiaku hanya 17 tahun. Mereka yang bertanggujawab menjaga harta papa sebelum usiaku 20 tahun. Aku tiada saudara lain di sini.
Keluarga mama telah membuangnya apabila mama memeluk islam. Apa yang aku tahu ibu bapa mama ada di London. Selebihnya aku tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu.

MATAKU memandang suasana di sekolah baruku. Serba kekurangan, aku sudah terbiasa dengan kemewahan. Memang jauh berbeza dengan keadaan sekolah asalku. Hari ini hari keduaku disini.
Tapi aku masih sendiri. Budak2 di sini memang sombong atau aku yang begitu sebenarnya. Aku mengeluh. Aku memang tidak tahu bergaul dengan budak kg. mataku memandang pelajar2 lelaki yang sedang bermain bola sepak. Mereka tampak gembira. sekali lagi aku mengeluh. Aku tunduk.

Rhea betul2 rindukan papa dan mama. Air jernihku bertakung di kelopak mata. Belum sempat ia jatuh ke pipi tiba2 aku terasa kepalaku perit. Aku menyeringai kasakitan. Spontan tanganku menggosok kapala berkali-kali.

” Maaf.” Aku mendongak. Wajah budak lelaki yang berusia dalam linkungan 14-16 tahun itu ku tatap dengan wajah garang. Sengajaku berbuat demikian kerana sakit yang ku dapat. Aku berdiri.

” Maaf? Awak ingat maaf tu boleh pulihkan keadaan?” marahku. Budak itu kelihatanserba salah.

” Saya tak sengaja.” Tambahnya.

” Ingat kepala saya ni tiang gol ke?” hamburku lagi.

” Ada apa ni Zaid?” mataku beralih kepada seorang lelaki yang tinggi dalam linkungan 178 cm. siapa pulak mamat ni?

” akak ni marah bang.” Ujar budak yang dipanggil Zaid tadi.

” Kau dah mnta maaf?” soal lelaki itu. Zaid mengangguk.

” Kan dia dah mnta maaf buat apa nak kecoh2 lagi.” Aku terkesima. Geram.

” Lepas buat salah senang2 je nak minta maaf. Ingat semua perkara tu boleh selesai dengan minta maaf?” aku masih tidak mahu mengalah.

” hai cik kak, awak nak apa lagi. Tak payah lah nak kecoh sangat. Bukan berdarah pun kepala tu. Bukan sakit sangat pun.” Aku jadi semakin sakit hati.

” Tak sakit. Nak cuba ke?” aku tunduk mencapai bola di kaki ku.

” Nah amek ni.” Entah syaitan apa yang merasuk fikiranku bola itu aku lempar ke kepala lelaki itu. dia menyeringai kesakitan. Sakitkah? Aku berlari meninggalkan mereka.

Sememangya aku takut lelaki itu akan menyerangku. Sempat lagi aku berpaling ke arah lelaki itu. dia memandangku sambil tangannya meraba kepalanya. Aku tersenyum. padan muka.

Tung!!! Aku terduduk. Aduh. Dahi ku sakit sangat2. Apa yang aku langgar? Tiang.

Alamak sakitnya. Tanganku meraba dahi yang terasa berdenyut-denyut. Cecair apa ni? Aku lihat tapak tanganku yang dibasahi dengan tompokan merah. Darah! Oleh kerana terkejut aku pitam di situ.

Sawah padi yang bergerak di tiup angin dipandangku. Aku meraba dahiku yang bertampal.
Ingatanku terimbau peristiwa tadi.
Mataku terbuka. Keadaan sekeliling putih.

” Kat mana ni?” aku menyoal diriku sendiri. Tiba2 ku teringat sesuatu. Dahiku disentuh. Aku menyeringai kesakitan. Aku memandang sekeliling. Macam bilik sakit je. Pintu terbukadari luar. Terjengul wajah seorang lelaki. Aku cuba mengecam lelaki itu. lelaki tu

” Dah sedar?” soalnya. Aku hanya tunduk.

” macam-mana kepala tu dah okey?” soalnya lagi. Wajah lelaki itu kupandang. Ada iras2 sedikit cina dengan wajahnya yang putih.

” Hai takkan dah bisu. Tadi bukan main sembur orang.” Aku menarik muka masam. Ingin sahaja aku luku kepala mamat ni. Aku cemas apabila lelaki ini mendekatiku. Aku sedikit mendongak. Mamat ni memang tinggi.

” Takkan tak nak ucap terima kasih?” aku mengerutkan dahi.

” Buat apa nak ucap terima kasih?” aku menyoal bodoh.

” Saya terpaksa angkat awak yang berat ni dari padang sehingga ke sini. Takkan xnak berterima kasih dengan hero awak ni.” Aku mencebik. 

Wait, dia cakap apa tadi? Angkat aku? Mukaku merona merah.

” Siapa suruh awak angkat saya?” aku memarahinya.

” takkan nak saya tinggalkan awak yang pengsan tu kt sana.” Ujar lelaki itu sedikit geram.

” thanks.” Antara dengar dengan tidak suaraku keluar. Memang tak ikhlas.

” Awak budak baru kat sini kan. Nama apa?” banyak soallah mamat ni. Takkan dia xtahu aku tak suka dia berada di sini.

” Bukan urusan awak.”

” sedap nama tu. 1st time saya dengar. Cik bukan urusan awak. Unik. Erm saya fidz asran.panggil asran je.” Lelaki tu tersenyum. aku menjeling geram. Tak faham2 bahasa. Aku tak suka kau kat sinilah

” cik bukan urusan awak ni form brape?” lelaki yg bernama asran itu tersengih. sengaja mengenakan aku.

” Rhea.” Suaraku sedikit tinggi.

” Apa?” asran memandangku. Matanya.. buat dadaku berdegup.

” nama saya lah.”

” ingatkan nama tadi. Erm sedap apa. Rhea ni budak baru kan. Tak pernah nampak kat sini.” Asran masih menyoal. Takkan x nampak aku yang memang x suka dengan mamat ni. Aku berdiri.

” eh nak ke mana ni?” soalnya. Aku tidak mempedulikannya. Terus aku berjalan kedepan. Tidak menghiraukan panggilan lelaki tinggi itu.
Bunyi motor mengembalikan aku ke alam nyata. Aku mengecilkan mataku melihat ke depan. Raut wajahnya walaupun dari jarak yang agak jauh tapi aku masih mengenalinya. Dadaku berdebar kencang. Terus aku mengatur langkah dengan cepat. Tidak menghiraukan namaku yang dijeritkan olehnya. Aku berlari menuju ke dalam rumah mak mah.

********************************************************

Aku berjalan sambil telingaku tekun mendengar lagu dalam mp4 ku. Sesekali aku mengeluh.
Aku sebenarnya bosan berada di kg ini. Tiada siapa yang sudi berkawan dgn aku. Aku nak balik..

Mataku ditala ke depan. Ada seseorang yang sedang melambai kearah ku. Wait. Betulkah ke arahku? Aku berpaling ke belakang. Tak ada orang. Apasal mamat ni melampai ke arahku?
Aku menukar arah. Kakiku cepat2 melangkah. Ya Allah aku tak suka tengok muka mamat tu.

” amboi cepatnya jalan. Tunggulah Rhea.” Cepatnya mamat ni jalan. Dah ada kt sebelah aku. Aku mendongak. Tinggi. Paras leher je aku ngn dia. X suka lar jalan ngn mamat ni. Aku tetap tidak menghiraukannya.

” smbongnya budak ni.” Dia menarik earphone di telingaku. Aku tersentak. Mati langkahku. Aku merenungnya tajam. Geram. Dia hanya tersenyum cam kerang busuk.

” Awak nak apa ni?” tinggi suaraku.

” Awak tahu tak peraturan sekolah? Tidak dibenarkan membawa benda2 cam ni.” Dia mengunjuk mp4 ku.

” Suka hati lah. Awak bukan cikgu.”

” tapi sy ni orang kanan cikgu.” Aku diam. Aku pandang seragam yang dipakainya. Berkot biru tua tdk spt pelajar lain. Takkan lah mamat ni aku menelan liur.

” Saya ni ketua pengawas kat sini. So sila serahkan benda 2.” Aku buat muka seposen.
Dia tetap merampas benda 2 di tanganku. Aku menarik muka dan terus berlalu.

” nak ke mana ni?” soal mamat sengal tu. Menyampah aku.

” Jom pegi rehat. Saya belanja.” Apa kejadah aku nak makan sekali ngn org yg amek barang aku. Aku tidak menghiraukannya.

” jomlah.” Aku terkesima apabila dia menarik tanganku. Tersentap jantungku. Namun aku hanya mengikuti langkahnya. Tapi budak2 ni tengok semacam kt kami. Aku menbrek.

” dah buang tabiat ke pegang tangan orang ni? Tak malu ke orang tengok” marahku. Dia hanya tersengih. memang mamat ni gila sengih.

” kenapa ni asran?” aku memandang empunya suara yang menyoal. Perempuan. Lawa lar gak.

” aku nak pegi kantin.” Ujar asran.

” aku pun belum makan lagi.”

” yer ke? Kalau cm 2 pegi lah mkn. K la aku nak pegi kntin. Bye.” Mamat tu terus berlalu meninggalkan pompuan tadi. Aku pndang wajah dia yang masam. Sah dia jelez. Ada gak ppuan yang sukakan mamat biul ni tapi kenapa aku tak halang pulak dia tarik aku? Konpius

**************************************************

Aku meraba kalung yang berada di leherku itu adalah pemberian terakhir dari mama dan papa.
Aku akan jaga kalung ini baik2.

” Rhea, ada orang nak jmpa.” Aku memandang mak mah. Sape lak yang nak jumpa aku ni? Ni bukan kl. Aku mana ada kawan kt cni.

” sape mak mah?”

” anak haji kamis.” Aku makin bingung. Haji kamis ne lak ni? Hj kamis pun aku tak kenal takkan aku kenal anak dia lak?

” sape mak mah?” soalku smbil mengerutkan dahi. Berfikir.

” kawan sekolah Rhea lar tu. Pegilah keluar dulu. Kesian dia menunggu.” Ujar mak mah.
Aku mengangguk walaupun knfius sangat dengan kedatangan tetamu yang tak diundang tu.
Namun sebaik aku melihat wajahnya aku terasa mual sangat. Kepala aku rasa cm berputar-putar. Mamat ni memang boleh buat aku sakit jantung.

” haiiii.” Ya allah selamba je mamat ni melambai kt aku. Aku wat tak taw je.

” ganggu ke?”

” yer lar. Ada ape?” dia hanya tersengih. menyampah tapi senyuman dia boleh tahan. Eh apa aku mengarut ni? Focus Rhea Darina.

” nak apa?” soalku dingin.

” nak awak lar.” Mamat ni tunjuk muka cute. Cute ke?

” x de la. Nak bagi ni kat awk.” Dia menunjuk mp4 ku. Tadi dia dah rampas nape ada ngn dia lagi?

” tadikan..

” saje gertak awak. Nak tengok muka awak bila marah.” Asran tersenyum. hai senyum lagi.mamat ni reti senyum je ke?

” bak cni.”

” nak ke?” bagi soalan bodoh lak. Tadi nak bagi kat aku. Eiiii.. memang nak kena.

” gurau je la. Nah amek lah wahai puteriku.” 

Uwek nak termuntah aku. Aku merampas mp4 di tangannya. Dia tersenyum lagi. Alahai aku lak yang jadi tak tenteram. Aku angkat kaki.

” eh nak ke mana tu?” aku berpaling ke arahnya,

” masuk lah.” Ujarku selamba.

” takkan nak tinggalkan sy kat cni. Susah payah sy datang jumpa awak ni. Dah la tak berterima kasih.” Asran merenungku.

” nak apa lagi?” soalku. Kenapa mamat ni bley wat aku rasa tak tenang je.kadang2 aku rasa dia seperti pelindungku. Aku bukan kenal mamat ni. Setakat kat sekolah tu je.

” jom keluar. Saya bleh tunjukkan kg ni kat awak.” Aku diam. Nak setuju ke? Tak nak lah

” pergilah Rhea. Dah lama kamu datang cni. Bleh kenal2 kg ni.” Entah bila mak mah ni muncul? Tup2 dah ada kat belakang aku. Aku pandang wajah mak mah. Dia mengangguk. Aku pandang mamat tu plak. Dia wt muka berharap. So cute..memang aku dah sewel. Akukan tak suka dia.bukan ke aku yang baling kepala dia dengan bola hari tu? Kenapa mamat ni nak dekat2 ngn aku lak?

ENTAH macam-mana aku bley ikut mamat ni? Naik basikal lak tu. Basikal pak Bahar. Ala2 cite korea gitu tapi mamat ni bukan heronya.

” pegang kuat2 Rhea.” Ujar mamat ni. Aku tidak menghiraukannya. Dari tadi asyik suruh aku pegang dia. Gila ke? Ini kg lah. Naik basikal dengan kau pun dah wt aku tak tenang.

” nanti jatuh Rhea.” Tambahnya,

” saya tau lah jga diri.” Ujarku geram. Tapi entah mana silapnya aku hilang imbangan dan jatuh gedebuk cam nangka. Aduh sakitnya. Asran menghentikan kayuhannya.

” macam mana boleh jatuh ni Rhea? Kan saya dah suruh pegang kuat2.” Dia membebel.

Aku sakit2 cm ni dia nk tambah lak. Aku berdiri dan menyapu tanganku yang berhabuk. Leherku di raba, aku rasa sesuatu yang kurang. Rantai. Ya allah rantai mama dan papa. Aku tunduk berharap agar rantai itu ada di situ tapi hampa. Air mataku terasa bergenang. Aku tak nak
kehilangan rantai tu.

” kenapa ni Rhea?” soal asran.

” rantai saya.” Suara sudah berubah.

” awak yakin ke awak pakai ni?”

” saya pakailah. Awak ingat saya ni dah nyanyuk ke?” aku bersuara kuat di luar sedar.

Tanpa menghiraukan lelaki tu aku terus tunduk dan mencari. Dlm hati aku berharap agar rantai itu ditemui. Tanpa sedar aku menangis. Mulanya perlahan lama-kelamaan jadi makin teruk.
Hujan gerimis mulai turun. Aku mendongak ke langit. Kenapa semua ni terjadi padaku?

” Rhea biar saya yang cari. Awak pegi duduk di sana.” Aku memandang ke pondok yang ditujuk itu. kepalaku menggeleng. Hujan makin lebat. Ya allah tolonglah aku.

” Rhea jangan degil. Pergi sana. Saya yang susahkan awak so biar saya yang uruskannya.Dah pegi.” Aku terdiam mendengar suaranya yang kuat.

” pergi.” Ulangnya. Perlahan-lahan aku berlalu dan membiarkan dia mencari dalam hujan.

Aku berdoa agar semuanya ok. Tiba2 aku jadi terharu melihat kesungguhan lelaki itu. sudah lah hujan makin lebat. Sudah lama dia terbongkok-bongkok di situ. Hampir stengah jam.

” tak jumpa ke?” laungku. Dia memandangku. Kepalanya tergeleng-geleng. Aku makin sebak tapi aku tidak sampai hati melihat dia mencari lagi. Aku berlari mendekatinya.

” tak apa lah awak biar sy yg cari.” Ujarku sedikit kuat. Dia meraup wajahnya beberapa kali untuk menyapu air hujan yang menimpa mukanya.

” kita same2 cari.” Ujarnya memutuskan. Aku mengangguk. Tanpa membuang masa aku mula mencari. Aku benar2 berharap rantai tersebut dapat di temui.

” awak..” aku berpaling. Dia mengangkat tangannya dan membuka genggaman tangannya. Aku terpana apabila seutas rantai itu berada dengannya. Aku mendekatinya dan merampas rantai tersebut dr tangannya. Air mataku bercucuran jatuh. Aku tidak hiraukan apa
pandangan lelak tersebut.

Tiba2 aku terasa dia menarik tubuhku dan memelukku. Aku ter kesima. Apa yang dia buat ni? Kenapa aku terasa pelukannya amat menenangkan hati dan perasaanku. Aku hanya membiarkan lelaki itu memelukku walaupun aku tahu perbuatannya itu amat melampau namun aku terasa damai dalam pelukannya.

MATAKU dari tadi tidak berhenti bergerak. Sekejap ke kanan kemudian ke kiri pula. Dadaku berdebar dari tadi. Aku tidak mahu terserempak dengan lelaki itu. apabila teringat tentang peristiwa semalam aku jadi malu sendiri. Kenapa aku hanya membiarkan lelaki itu bertindak
sedemikian rupa semalam?

” Rhea!” langkah kakiku terhenti tiba2. Aku menelan liur. Suara tu
Ah aku harus lari. Aku menyambung melangkah. Tidak dihiraukan namaku yang dipanggil berulang kali. Makin lama makin cepat derap kakiku. Sehinggalah aku tidak terdengar lagi namaku dipanggil. Aku mengeluh lega. Naseb baik aku sempat lari.

Namun aku terkedu apabila ada tangan yang menyentuh bahuku. Dadaku kembali berdebar. Aku belum bersedia berjumpa lelaki ini lagi.

” Weh budak.”
Suara itu..itu suara perempuan. Aku berpaling. Wajah garang seorang perempuan menyapa mataku. Itu kakak yang menegur Fidz Asran hari tu. Aku maniskan muka. Walaupun aku tertanya-tanya kenapa dia menegurku.

” ada apa kak?” lembut suaraku.

” bila aku jadi kakak kau?” kasarnya suara perempuan tu. Aku menelan liur. Takut? Ada lah cket. Lidahku kelu. Tidak tahu apa yang harus ku buat.

” apa hubungan kau dengan Fidz?” aku mengerutkan dahi. Soalan jenis apa tu?

” kau jangan cuba nak dekat dengan Fidz. Aku tak suka tengok kau tergedik-gedik dekat dia.” Mataku berpinar. Aku tergedik kat mamat tu? Apa ni? Aku tak hingin pun kat mamat tu.

” saya tak ada apa2 pun dengan dia.” Aku masih bersuara sesopan mungkin. Aku tidak mahu mencari gaduh hanya kerana seorang lelaki yang aku tidak berapa kenal pun.

” kau jauhkan diri dari dia kalu aku tahu kau cuba menggatal dengan dia siaplah kau. Sini tempat aku jangan kau nak tunjuk lagak lak.” Sesudah berkata begitu dia berlalu. Aku tidak sempat berkata apa2.lidahku kelu. Perempuan jenis apalah ni? Sanggup rendahkan martabat kerana lelaki. Aku jadi menyampah. Benciku pd lelaki yang bernama Fidz asran makin menjadi-jadi. Tak pasal2 aku mendapat seorang musuh.

” Rhea.” Mendengar suara itu darahku mendidih. Aku berpaling. Entah kenapa darahku yang panas tadi mjd dingin. Mata lelaki itu yang jernih membuatku layu.

” awk ke mana td?” suaranya serak. Dia demam ke? Pasti sebab semalam. Aku mengeluh.

” kenapa ni?” aku menggeleng.

” awak demam ke?” soalku. Dia hanya tersenyum sambil menggaru kepala. Cutenyer lelaki ni. Dia tunduk sedikit. Mengerti ketinggiannya yang menjadi masalah aku apabila bercakap dengannya. Tetapi posisinya yang hampir denganku menjadikan aku gelabah.

” saya ada hal ni.” Ujarku cuba untuk lari darinya.

” nak ke mana Rhea?”

” library.”

” nak ikut.”

Eh mengada-ada lak budak ni. Dah lar tadi aku diwarning sebab dia. Sekarang aku nak berduaan dengan dia lak. Tak nak lah aku. Tapi mukanya yang blur tu menarik hatiku. Baru aku perasan wajahnya ada iras2 pelakon korea pujaanku. Lee min ho hero boys over flower. Ya allah melalut lak aku ni. Dia ni mamat melayu lah. Tapi wajahnya memang ada iras cina sedikit. Mungkin aku boleh korek cerita dia dari mak mah nanti.

” assalamualaikum.. awak masih kat cni ke?” dia mengawangkan tangannya di depan  mukaku. Aku tersentak. Hilang wajah hero kacak tadi di benakku dan diganti dengan mamat celup ni.

” nak apa?” aku menyoal geram.

” nak awaklah.” Dia tersengih apabila melihat aku menjelingnya. Kadang2 mamat ni boleh bt aku marah dan hepi dalam masa yang sama. Isy confius tol.

” gurau jer lah. Saya cma nak tanya awak tak nak rehat ke? Sekarang ni kan masa rehat.” Dia menunjukkan jam tangannya ke arahku.

” oh awak nak ulangkajikan. Tahun ni awak amek spm.” Baru je aku nak buka mulut dia dah menjawab bg pihakku.

” perut tu kena isi gak. Nanti sakit.” Banyak songeh lah mamat ni. Suka hati akulah.

” saya pergi dulu.” Tanpa menunggu balasan darinya aku berlalu. Bibirku mengukir senyum. Sikap amek beratnya membuatkanku berasa sesuatu. Seperti lelaki itu sebahagian dari diriku. Seperti mama dan papa yang selalu risaukan diriku. Aku sebak namun cepat2 aku buangkan perasaan itu. aku harus pandang ke hadapan. Mama dan papa sentiasa berada denganku walaupun mereka sudah tiada.

HAMPIR TIGA BULAN aku menetap di sini. Beberapa bulan lagi aku akan menduduki peperiksaan spm. Aku berazam untuk lakukan yang terbaik. Ini adalah impian mama dan papa juga. Aku makin tekun mengulangkaji. Aku juga tidak keseorangan lagi. Walaupun tiada kawan
baik tapi aku makin mesra dengan palajar lain.

Bibirku mengeluh apabila terlihat lambaian lelaki itu padaku. Tidak fahamkah lelaki itu bahawa aku tidak suka dia mendekati aku. Aku tidak mahu mencari musuh di cini. Aku teringat perbuatan kak sherina padaku seminggu lepas. Dia sengaja mencari salahku sehingga aku di
denda di sekolah. Alasannya kerana aku tidak berpakaian uniform lengkap. Kadang2 aku rasa menyampah dengan pengawas di sini yang lebih mengada-ada dari guru.

” Rhea petang ni kita study bersama nak?” aku memandangnya sekilas.

” rasanya tak boleh.” Dalam hati aku mengutuk sikap dinginku pada lelaki ini. Dia tidak bersalah tetapi tiap kali bersamanya aku berasa tidak tenang. Hatiku berdebar2 seolah-olah dipalu pula. Mungkin aku teringat amaran keras kak sherina padaku. Maka aku berusaha menjauhkan diri darinya.

” kenapa pulak?” soalnya seperti tidak berpuas hati. Aku mengeluh tanpa sedar.

” saya dah janji nak study dengan amar petang ni. Sorry.” Aku bukan berbohong. Memang petang ni aku ada stdy group tapi bukan dengan amar je.

” saya nak join gak.” Dia membuat muka. Entahlah mimic mukanya kali ni membuat aku terdiam. Serius. Tiada lagi aksi cutenyer.

” mungkin lain kali.” Aku berlalu meninggalkannya.

” rhea.” Tanpa sedar dia memaut lenganku. Aku terkesima. Wajahnya ku tatap. Perlahan-lahan dia melepaskan tanganku.

” erm takpelah. Tapi saya ada sesuatu nak bagi kat awak. Takut tak sempat lak. Ingatkan nak bagi petang ni tapi tak pelah.” Dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Kotak yang berbalut cantik sebesar tapak tangan di sua padaku. Mataku terkebil-kebil. Mungkin reaksiku macam kartun ketika ini.

” kenapa bagi kat saya?” soalku.

” hari ni hari jadi saya.emmm saya nak bagi hadiah ni pada awak. Ambiklah.” Dia menarik tanganku dan meletakkan benda itu diatas tapak tanganku. Aku terdiam. Hari jadinya

Aku jadi serba salah.

” saya yang sepatutnya bagi hadiah pada awak.” Ujarku. Dia tersengih lagi. Aksi cutenyer kembali.

” awak hadiah terbaik saya.” Ujarnya dan terus berlalu. Sekali lagi aku terkebil-kebil. Apa maksud kata2nya itu? entah kenapa hatiku terbuai dengan kata2nya. Aku pandang hadiah pemberiannya. Bibirku mengukir senyum.

Sebuah kereta mewah yang tersadai di hadapan rumah mak mah membuatku tertanya2 siapa yang datang. Setahuku anak2 mak mah tidak memakai kereta semewah itu. sebaik aku menapak masuk aku makin kelu melihat wajah mak mah yang sedikit muram. Aku kalih kepalaku ke arah tetamu yang datang. 3 orang semuanya. Wajah mereka pelik. Tiada langsung wajah melayu.
Mereka memandang ke arahku. Aku jadi gelabah. Mak mah menarik ku supaya duduk. Aku lihatsuami mak mah tersenyum ke arahku. Senyuman yang penuh misteri.

” Rhea” kata2 mak mah tergantung di situ.

” ada apa mak mah?” aku jadi tidak tenang. Seperti ada sesuatu yamg buruk akan berlaku.

” Rhea.” Kali ini wanita mat saleh yang berusia dalam lingkungan 60 an pula yang memanggil namaku. Suaranya sebak. Siapa ni? Tiba2 dia bangkit dan memelukku erat. Aku jadi tergamam. Drama apa lak ni? Aku dapat menangkap suaranya yang menangis. Aku buntu.

” Im ur nanny.” Kepalaku terasa dihempap dengan batu. Nanny? Siapa? Di sebalik wajahnya aku terlihat seseorang. Seseorang yang amat aku sayangi. Mama.

” kami keluarga kamu, rhea.” Ujar seorang lelaki mat saleh dengan pelat inggerisnya. Siapa mereka?

” mereka keluarga belah arwah mama Rhea.” Mak mah menerangkan padaku. Air mataku mengalir laju. Jadi merekalah yang membuang mama dulu. Aku merungkaikan pelukan dari nanny.

” mereka nak bawa Rhea ke London.” Tambah mak mah. Aku menggeleng. Suaraku sudah tidak terkeluar lagi.

” ingat Rhea ini juga impian arwah mama kamu. Kembalikan keluarganya pada dia.”

Mak mah menambah. Air mataku makin kuat mengalir. Aku teringat dulu betapa mama amat merindukan keluarganya. Aku dapat membaca dari sinar matanya. Aku memandang nanny.

Tubuh tua itu ku peluk erat. Rhea akan kembalikan keluarga mama. Aku tersedu-sedu. Makinkuat tangisanku bila aku teringat pemberian Fidz Asran tadi. Maafkan saya..


TUJUH TAHUN KEMUDIAN
Aku mengelap peluh yang menitik di dahiku. Pemandangan kampong ini amat aku rindukan. Ya allah lama benar aku tidak menjengah ke sini. Aku benar2 rindukan kampong ni. Rindukan mak mah dan keluarganya. Lelaki itu.. adakah aku masih rindukannya? Dan adakah dia juga merinduiku? Cincin yang tersarung di jariku di usap. Aku memang amat rindukannya. Tapi aku tidak berharap dia akan merinduiku. Mungkin tiada apa2 makna disebalik pemberiannya.

Sedang aku melamun tiba2 aku terasa kepalaku perit. Aduh sakitnya.. aku menggosok kepalaku. Bola yang sebesar penumbuk di kakiku di capai. Budak bertuah mana yang melempar benda ini ke arahku. Aku memandang ke kiri dan kanan. Tak ada sesape pun.

” apa kes lah aku selalu kena macam ni?” sempat aku membebel. Aku teringat ketika mula2 menjejak kaki ke sini. Kepalaku juga yang menjadi mangsa. Itulah pertama kali aku kenal lelaki itu. bibirku menguntum senyum.

” Rhea.” Aku terkedu. Suara itu.. aku amat mengenalinya. Dadaku berdebar. Namun aku tidak berpaling apabila tiada lagi panggilan kedua. Mungkin aku hanya berhalusinasi. Aku meneruskan langkah menuju ke arah rumah mak mah.

” Rhea.” Sekali lagi aku dapat menangkap suara tersebut. Kali ini lebih jelas lagi. Aku tidak berani berpaling. Aku sedang bermimpi ke ni? Badanku berpeluh-peluh. Ya allah what should I do? Berpaling ke x?

” Rhea Darina bt isham.” Kali ini aku yakin aku tidak bermimpi. Perlahan-lahan aku memusingkan badanku. Aku terpempan. Siapa ni? Diakah? Bibirku bergerak ingin menyatakan sesuatu tetapi tiada suara yang keluar. Apabila aku terpandang sengihannya yang ala2 cute itu
aku yakin memang dia. Cuma wajahnya sedikit matang. Tetapi iras lee min ho tu tetap ada. He he he...

” bak sini?” ujarnya. Aku terkedu. Apa?

” dalam genggaman awak tu.” Aku memandang bola hjau yang aku genggam. Cis kurang ajar. Aku ingat dia nak cakap sesuatu yang romantic dengan aku. Alih2 bola ini yang dia minta.
Aku geram. Wajahnya tetap tersengih. sekarang bukan cute tapi lebih kepada menyampah.

Dengan sekuat hati aku melempar bola itu tepat ke dahinya. Aku lihat dia menyeringai kesakitan.Puas hati aku.

” awak ni kenapa?” soalnya. Tangannya masih menggosok dahi yang mungkin masih terasa sakit. Aku tersenyum puas.

” ambiklah bola awak tu.” Laungku walaupun dia hanya berada lebih kurang 10 langkah dariku.

” saya bukan nak bola ni. Awak ni apesal?” wajahnya mepamerkan tanda tidak puas hati.

Aku mengerutkan dahiku. Tidak faham.

” habis tu apa?” aku buat muka blur. Dia mendekatiku. Aku berundur.

” maksud saya benda yang ada dalam genggaman awak.”

” bola tu lah” tunjukku pada bola tadi. Dia tersengih lagi. Entah dimana lucunya?

” my ring in your finger and my heart in your hand. Understand miss Rhea Darina?” aku terdiam seketika. Cuba memahami kata2nya tadi. Cincin yang tersarung di jariku dipandang. Cincin pemberiannya dulu. My heart,ur heart? Takkanlah.. Wajahku berubah kaler. Mamat ni
sukakan aku? Beznyer! hehehe

” saya tahu awak pun sukakan sy kan. So tak payah lah nak main tarik tali lagi. Saya dah penat menunggu. 7 tahun pun dah cukup, Rhea.” Aku baru di buai perasaan. Mamat ni tak sensitive langsung. Malulah aku wajahnya aku pandang. Geram dan gembira menjadi satu.

” Saya tak nak awak lah..” aku melaung dan berlari meninggalkannya.

” saya dah tak kisah lagi jawapan awk tu. Saya tahu awak pun sukakan saya. Saya akn pinang awak, Rhea.” Sayup2 aku terdengar mamat tu melaung. Aku tersenyum gembira. aku benar2 yakin lelaki itulah yang akan menjagaku seperti arwah mama dan papa. Yang akan ada bila aku memerlukannya. Baik senang mahupun susah. Hanya dia, Fidz Asran a.k.a Lee Min Ho.

:: TAMAT ::





No comments:

Post a Comment