Bahan-bahan:
ayam 1 1/2 kg - potong kecil
garam
Bahan Kisar/Giling /Blender:
20-40 biji cili padi (pedas ikut suka, lagi banyak cili lagi pedas)
1.5 inci halia
2 inci lengkuas
3-4 batang serai
12 ulas bawang merah - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
(Bahan-bahan di atas dikisar sehingga halus)
1 sudu besar serbuk kunyit ( atau dalam 4 inci kunyit hidup).
4 cawan santan pekat (dari 1 1/2 biji kelapa)
2 helai daun kunyit
2 sudu besar kerisik
Perahan air asam jawa ( dalam 3 inci)
garam secukup rasa
Cara-cara Memasak:
- Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali(kering) bersama campuran yang telah dikisar dan kunyit - panaskan api (med. hi)atau agak-agak.Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan kisar hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala.
- Kemudian baru masukkan santan.. dan tunggu hingga ianya menggelegak. Kacau sekali sekala sambil masukkan garam sedikit (agak-agak)Bila dah nampak kuahnya menjadi pekat sedikit masukkan air perahan asam jawa ( boleh juga gunakan 2 keping asam gelugor).
- Bila ianya sudah pekat dan hampir kering baru masukkan kerisik tadi. Dan masak di atas api yang sederhana.
- Selepas dalam 15 minit, boleh lah dimakan. terpulang pada diri memasing sama ada nak rendang berkuah or rendang kering. kalu nak kering kena tunggu sampai kering lor.. hehe
~Selamat Mencuba~
p/s: baru je buat sabtu lepas. nyam nyam... memang sodap. makan dengan roti pon bole... tarak hal punye... sory, gambo tak upload. xamik gambo pun.. huhuhu
No comments:
Post a Comment