lagu ni pun kawan suke gok... layanzzzz
People will hate you, rate you, shake you, and break you. BUT how strong you stand is what makes you...
19/12/2010
makwe koi
layannn... sejak dok pahang ni, koi rajin ler dengor lagu-lagu rakyat tempatan nih... nine nine nine... hihihi
13/12/2010
&*^%$#@@)(*&!@#??
27/11/2010
Realiti Kehidupan
kita mungkin tak sedar dengan apa yang kita lakukan kat parent kita lebih-lebih lagi kalu anak manja aka bongsu... nak je dapat... 'mua' sangat... kalu xdapat, mula la nak marah-marah mak abah tu... jadi anak bongsu xbest la apa la... hmm... yg mintak dapat, xdok plak pikir... berbalik pada cite tadi... kita rasa kite dah wat yg terbaek kat parent kita, tapi orang sekeliling memandang, kite bukan anak yg baik gak... mungkin ada perkara yang kite terlepas pandang... bg duit tiap2 bulan tapi?kite tak balik jenguk parent... kemesraan tu penting, dengar masalah dorg... masa kecik2 dulu, sakit sikit.. mak!!!!.. tu jela...
berbalik pada pendidik tadi tu... one day aku dtg keje, ada sorang lelaki tua dok kat tgh2 jalan (jln dalam skul k, bukan tgh jln raya)... pakcik ni dok tgh2 jalan, camno kete aku nak lalu.. jln dlm skul kan kecik, xleh larik dah... haruskah aku meng'hon' pakcik ini??? kalu dia ada sakit jantung camno??? lama gakla aku tunggu pakcik ni perasan aku kat depan dia, adala dalam 15 min(huhu.. lamanyer..), menung panjang pakcik ni nampaknye... then tetiba dia terseda aku ada kat depan dia sambil tersengih2 dia angkat tangan dan berlalu... aku rasa aku tau abah sape ni sebab kat ctu cuma ada satu je umah yg ada org.... cuti2 sekolah, mana ada org kat sek, pocong adola... huhu.. scarynyer tempat keje aku ni... haritu, pendidik ni ada di umah, pagi jek... tgari ilang, sampaila aku balik keje kul 5 tu dia still xbalik agi...
esoknya, bila aku sampai skul.. pakcik ni terintai2 aku dari umah dia... (untuk makluman, kelas aku mmg sebelah umah dia... aku bukan xnak layan pakcik ni tp dia org kelate yg dok pedalame tuh.. bahaso dio bapok pekat... aku xpaham, nanti dia terasa plak.. aku a a a byk2 kali)... anak kesayangan dia dah takde...
aku: sorang je pokcik?
pokcik: ho la, ***** kuar dr pukul 6 td.bawa tune dio gi jb..
aku:pokcik x ikut?(sibuk je aku ni)
pokcik: ***** tok wi, tok muak. kuarga tune dio nak ikut...
aku:ooo.. xpola pokcik, masuk kije dulu deh...
cian pakcik ni nak ikut anak ye tak bg... untuk pengetahuan korg2 sume.. umah makhluk nih.. aku pgil makhluk jeh, marah nih... kalu aku pgil nate baru tau... umah xde dapo... makan pe la pakcik ni.. anak dia kuar pagi2 subuh... kedai makan jauh seh... aku plak, masa kat skul td tak ingat langsung nak nanye? bz ke keje.. dah sampai umah baru teringat.. hadoyai... patutla, masa aku balik kul 5 tu dia tgk je... sorg2 la dia kat umah... ditemani momok... dah aku sendiri tak lunch, tak ingat jugakla pada org lain... aku pun tak baik jugek..
takpela pakcik, anak bongsu mu itu belum mengerti realiti kehidupan... hukum karma... bukan kite nak doakan yang tak baek utk dia tapi Allah itu maha mengetahui, maha Adil dan maha Bijaksana... apa yang kite lakukan pada ayah kite ari ini akan di balas oleh anak2 kite semula... we cant deny this, we have to accept it as KARMA... hopefully, aku xwat kat parent aku gitu... tapi nak melawat tiap2 minggu mungkin tak berlaku kot sebab aku dok rompin, parent kat KL... huhuhu... Mak Abah, I miss u both a lot...
26/11/2010
Biarlah, kalu dah memang ini takdirku..
dats y, aku tak ralat kalu ada org gomen yg sanggup benti keje n masuk sektor swasta... at least org yg pilih kasih tu adalah org yg byr gaji kat kite bukan org yg sama2 makan gaji... tak sedo diri gaji awak tu pakai duit rakyat malaysia,,, keje gomen ni bermotifkan kebajikan sosial bukan untung... dats y jgn suka suki jek nak kerah tenaga org... sabtu n ahad keje.. gile ke apa?? kalu wat keje lebih masa tu, sekolah dapat duit lebih.. xpela jugak, bole guna duit tu utk kegunaan sekolah... ini cuma dapat penat jek...
Aku ni dah nak masuk 3 tahun keje gomen... pengesahan jawatan aku lambat nak mampuih, sume dah settle tapi pihak JPN tu yg tak reply surat aku... nak kena wat aduan dgn Sultan Pahang baru nak gerak kot.. kalu wat aduan dgn KPM dia blacklist nama kite... kuang ajar!!! sikit2 nak blacklist nama org... org mintak tuka wat aduan ke KPM pun dia blacklist.. huh!tau tak org tu nak tuka bersebab bukannye suka suki je nak tuka... xde keje lain ke nak wat.. tongong!!!
takpela, skrg ni watla kat org... redha je la... aku redha je org wat kat aku... hidup ni kite kena percaya pada KARMA... wats gos around comes around wat gos up must comes down!! wat u give u will get it back!!! Allah the Almighty...
21/10/2010
Buka Pose Sorang2...
Resepi ~ Nasi Dagang & Gulai Ikan Tongkol
Nasi Dagang
Nasi Dagang Terengganu Asli
Bahan-bahan:
1 cawan beras pulut
3 cawan beras biasa
1 biji kelapa
10 ulas bawang merah
1 ruas jari halia
1 camca halba
2 sudu besar gula
*kelapa hendaklah di asingkan santan pekat dan santan cair.
*bawang merah & halba yang telah dihiris halus, halba, gula dan garam dimasukkan ke dalam santan pekat.
Cara-cara:
~Beras pulut dan beras biasa dicampurkan bersama dan direndam dengan air sejuk selama 6 jam. Kemudian basuh bersih dan toskan.
~Panaskan air dalam periuk kukus hingga mendidih. Kukus beras hingga ¾ masak. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Gaul beras dengan santan cair hingga rata. Kemudian kukus sekali lagi sehingga masak.
~Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Kali ini gaul dengan santan pekat yang bercampur dengan bahan hirisan/mayam dan perasa hingga rata dan sebati.
~Nasi tak perlu dikukus lagi.
Gulai Nasi Dagang
Bahan-bahan:
2 ekor ikan tongkol
20 biji bawang merah
3 cm lengkuas dititik
2 cm kunyit hidup di tumbuk
4 sudu besar kerisik
2 mangkuk santan daripada 1 biji kelapa
1 ulas bawang putih
2 cm halia dititik
20 tangkai cili kering, ditumbuk halus
Sedikit asam gelugur
Minyak untuk menumis
5 tangkai cili hijau
Cara-cara:
~bersihkan ikan dan potong ikut suka. Masukkan dalam periuk
~taburkan garam dan asam gelugur di atas ikan. Tuang air hingga ke paras ikan, tutup periuk dan jerang di atas api sederhana. Rebus hingga kering.
~Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, cili tumbuk, kunyit, halia, lengkuas dan santan pekat. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, kerisik, cili hijau, garam dan gula.
~Biar hingga mendidih baru diangkat.
P/S: aku dah try dah resepi nih.. haha... sedap tp hubby tak dapek rasa apa yg aku buek sbb dia takde... huhu.. sedey2....
20/10/2010
Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’
Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?
Percaya atau tidak…
Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.
Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe ?
1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI” ?
2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI” ?
3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan) ?
1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan ?
2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE” ?
4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”
Khas untuk golongan Hubby yg Pemaleh
Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV,tiba-tiba isterinya terus masuk,
"Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.
"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang kekedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.
"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.
Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".
"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis dihalaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas didepan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".
"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.
"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".
" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.
"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"
Logic Thinker
Wak Radin: Apa Pekerjaan Bapak?
Lalu Ajoi itu jawab: “Ooooo saya adalah seorang Logic Thinker”.
Wak Radin pelik dan bertanya: “Logic thinker? Kerja aper tu?”
Ajoi menjawab: Susah nak terangkannya, bukan pekerjaan yg biasa, tapi saya akan beri Wak satu contoh ok?
Wak Radin: OK!
Ajoi: Ok mula-mula – Apakah Wak punya akuarium?
Wak Radin: O ya saya ada akuarium yg besar di rumah.
Ajoi: Ok kalau Wak ada akuarium, logiknya Wak ada ikan.
Wak Radin: Yup saya ada ikan macam-macam jenis.
Ajoi: Kalau Wak ada ikan, pasti Wak sayang binatang.
Wak Radin: O ya betul sekali saya sangat sayang pada binatang.
Ajoi: Kalau Wak sayang binatang, apalagi pada anak anda! Anda pasti sangat menyayangi anak anda.
Wak Radin: Betul sekali (suka) saya mencintai anak saya lebih dari ikan.
Ajoi: Inilah logiknya, jika Wak ada anak, pasti Wak ada isteri.
Wak Radin: Mestilah, saya memang ada isteri yg cantik jelita.
Ajoi: Tentu saja saya tahu karena itu semua hanya logik jer. OK sekarang pertanyaan terakhir, jika anda ada isteri dan anak, bererti anda tidak mati pucuk! Betul?
Wak Radin: 100% betul saya tidak mati pucuk.
Ajoi: Hmm begitulah lebih kurang logic thinker itu.
Wak Radin: Ooo begitu ek? Wak faham sekarang (sambil takjub).Setelah pelangganya itu pergi, datanglah kawannya dan Wak bertanya:
Kawan: Aku tengok Wak borak bukan main rancak, citer aper?
Wak Radin: Ooo tadi saya berbual pasal kerjaya Logic Thinker.
Kawan: Apa itu Logic Thinker?
Wak Radin: Begini saya terangkan (muka konfiden giler).Pertama-tama saya tanya dahulu, Ko ada akuarium tak?
Kawan Wak : Takde, naper?
Wak: (berkata dgn keras dan pasti) BERERTI ANDA MATI PUCUK!!!
P/S : So, korang ade akuarium kat umah tak??
Tuan Sembahyang... Tuan Puasa...
“Boleh saya tanya sesuatu?”, tanya pemuda itu.
“Boleh saja, silakan”, balas Pak Khir.
“Kenapa pak cik tak mahu dipanggil tuan haji?”, tanya pemuda itu.
“Oh, itu. Kenapa pula pak cik mahu orang panggil pak cik tuan haji?”, Pak Khir menjawap dengan persoalan.
“Kan orang yang dah pergi haji kena panggil tuan haji atau hajjah, pak cik?”, tanya pemuda itu. “Dekat tempat saya macam itu…”, sambung pemuda itu.
Pak Khir tersenyum. “Dekat sini pun sama, pak cik saja yang tak mahu”.
Pemuda senyum kelat. Dahinya sedikit berkerut. “ Kenapa pak cik tak mahu ?”, tanyanya semula sambil merenung wajah Pak Khir.
“Apa perlunya gelaran haji tu. Haji itukan ibadah. Sama seperti sembahyang, puasa, zakat…”, terang Pak Khir.
“Kalau nak juga gelarkan haji, maka orang yang sembahyang boleh digelar Tuan Sembahyang Ajis misalnya. Tak pun Tuan Zakat Pi’ee kalau si Pi’e bayar zakat.. Yang puasa pula, Tuan Puasa Ali…begitu ke?”, tanya Pak Khir.
“Tidak pula pak cik”, jawap pemuda.
“Kalau nak gelar juga, maka gelarlah juga orang-orang terdahulu yang lebih awal pergi haji. Ada kita gelar nabi kita haji?”, soal Pak Khir.
“Tidak ada pak cik”, jawap pemuda.
“Ada kita gelar para sahabat nabi haji?”, tanya Pak Khir.
“Tidak ada pak cik”, jawap pemuda.
“Ada kita gelar ulama’-ulama’ dahulu haji?”, tanya Pak Khir.
“Tidak ada pak cik”, jawap pemuda.
Pak Khir tersenyum lagi. Pemuda mulai faham.
“Tapi kenapa orang sekarang yang balik mengerjakan haji nak kita panggil mereka Haji atau Hajjah, pak cik?”, soal pemuda lagi.
“Tak tahulah anak muda. Cuma mereka dan keluarga mereka yang tahu….”, Pak Khir tenang bertutur.
Pemuda menganggukkan kepala. Lalu berjabat tangan tanda perpisahan.
Pak Khir mengeleng-gelengkan kepala. Lalu berlalu dengan kesal yang bersisa. Di benaknya tertanya, kenapa soal semacam ini boleh timbul? Kenapa?…
P/S : Entri ini bukan mempersoal atau menyinggung sesiapa, terutama kepada mereka yang bergelar Haji dan Hajjah. Tetapi tidak salah untuk kita sama-sama merenung dan berfikir sejenak…manusia sekarang dalam beribadat pun nak kejar pandangan masyarakat...ibadat ikhlas kerana ALLAH SWT...Banyak sangat adab dan cara dalam masyarakat melayu ni yang kadang2 menyimpang dari benda yang benar tanpa kita sedari dan kaji...kadang2 kita xnak ambik peduli dan kaji pun..kita ikut je apa yg pernah nenek moyang kita buat dan ajar...pastu turun pulak pada keturunan kita.
Sekadar renungan kita bersama
Kuatkan Diri Anda
Mengatasi masalah kuat marah pada anak
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.
Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak.
Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.
Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.
18/10/2010
Haruskah???
14/10/2010
Frenz, please pray for me..
14/09/2010
Raya.. raya.. raya...
03/08/2010
Resepi ~ Rendang Ayam Negeri 9
- Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali(kering) bersama campuran yang telah dikisar dan kunyit - panaskan api (med. hi)atau agak-agak.Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan kisar hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala.
- Kemudian baru masukkan santan.. dan tunggu hingga ianya menggelegak. Kacau sekali sekala sambil masukkan garam sedikit (agak-agak)Bila dah nampak kuahnya menjadi pekat sedikit masukkan air perahan asam jawa ( boleh juga gunakan 2 keping asam gelugor).
- Bila ianya sudah pekat dan hampir kering baru masukkan kerisik tadi. Dan masak di atas api yang sederhana.
- Selepas dalam 15 minit, boleh lah dimakan. terpulang pada diri memasing sama ada nak rendang berkuah or rendang kering. kalu nak kering kena tunggu sampai kering lor.. hehe
~Selamat Mencuba~
p/s: baru je buat sabtu lepas. nyam nyam... memang sodap. makan dengan roti pon bole... tarak hal punye... sory, gambo tak upload. xamik gambo pun.. huhuhu
29/07/2010
Dapat Gaks Gaji
24/07/2010
Gaji sangkut....
08/05/2010
AlHamDuLillah
RuMah Sewa~WanTeD
07/05/2010
OliDaY...
25/04/2010
TerUja
28/03/2010
Hepi hepi hepiiiii....
aku rasa dah baru 2 kali aku makan ubat tahan sakit tu.. then pale dah ok... baguihla... baru aku rasa hepi jek dunia ku... ahaks ahaks...
semalam aku buka kolam mandi yg aku beli untuk budak2... seronok je 2 beradik tu mandi kolam... tapi si kenit tak tahan lama, dia dah kesejukan pe lagik... menjerit jerit la... tapi si abang, lama sungguh kat kolam tu... takmo kuar... aku paksa je kuar...
pagi ni... masa mak n abah kuar beli sarapan, aku bawa budak2 main kat taman permainan dalam kul 8 lebih tu, kitorg balik la... sampai umah kami sarapan then budak2 mandi kolam lagi... pas mandi kolam, aku mandikan budak2... pastu diorg pon main... aku kemas umah tapi leh kemaskan bahagian bawah je... pastu tidokan baby... abangnye lak menyusu sambil tgk tv... sementara baby tido aku masakla.. tapi sempat masak 1 lauk je... baby dah bgn... huhuhu...
bila baby dah bangun, aku bawa baby naik atas then aku kemaskan ataslak... sapu n mop skali... banyak tul bekas susu tumpah... baby lak tiap kali aku ilang je dari pandangan... dia pon 'nyanyi' la... siap mengemop... aku terus mandi... biala baby nak 'nyanyi' pon... takkan aku xyah mandi????
after mandi, aku angkut baby ke beranda atas... aku nak sidai baju laks... dok lua... baby tak nangis la... pastu aku solat zohor... then mandikan baby... baby minum susu n sambung tido baliks... abangnye??? dengar je mbah wan dia dah balik terus turun... tak mo naik dah... dokla kat bawah tu... aku panggil suruh mandi tghari pon takmo... sukati lor....