20/06/2017

Salah siapa???

Nakcite ke tak nak cite. Kalau aku cite kang ada pulak yg meroyan. Tapi takpe. Since blog aku ni takde ruang komen. Aku ok je.

Sabtu lepas 17.06.17. Ada report card day kat sek anak2. Suami memang tak boleh pergi. Akulah yang gi ngadap. Aku tak gemar sangat nak gi ngadap. Iyolah, aku ni kan salesman je. Sekolah tak tinggi... Konooonnnnn... Aku pergi jugaklah demi anak2.

Kat kelas kakak tak lama sangat. Okje. Yang lama kat kelas abang. Sekarang ni ada penolong guru kelas tau. Haaa... Jadiknya ada dua orang cikgu kelas. Penolong guru kelas ni dia ajar B.I. aku nak cite pasal cikgu ni la. Dia bebal. Hambekk!!!

70% dari student dia fail subject english. Ko rasa? Dia reti mengajo ke idak. Dia kumpulkan kami ib bapa. Tolong ajar anak2 kat rumah. Semua ada dalam buku teks katanya. Meh sini cik hani nak kabo. Ko tu kena ubah teknik ko ngajor bg budak senang faham. Buat research oiii... Senang keje ko kan. Tak reti ngajo pastu push parent ajar anak. Sebab dah kena tiau le tu. Beb, cik hani dulu pun cikgu jugak. Ajar b.i, takde pun student cik hani yang fail. Kelas hujung tuuuu...

Iyalah. Kita ni kan salesman. Suka ko je kan nak pandang rendah kat cik hani. Cik hani cakap. Ko wat dekkk je... Eh, hello. Cik hani pun ada degree jugak cikgu oiii. Dari UM. Cuma cik hani tak minat keje gomen je. Belagak. Ngajo bebal. Eiii... Kalau adik aku tu. Memang aku jentik dah. Sib baik adik aku tak bebal cam dia. Huh!

Nak cantikkan ko nye kpi. Mak bapak yg ko desak. Amboiii dia tuh. Tak pe lah Afi. Insya Allah. Tahun depan pindah sekolah. Ramai sangat cikgu bebal kat sekolah ko. Kebanyakkan baru kuar maktab. Tu yang berlagak tuh. 👊👊👊

Eiii.. Puasa2 ni dok meroyan. Elok sangat perangai aku ni kan. Manalah aku tak marah kalau cikgu bagi jawapan kuboid ada 8 sisi. Eiiii.. Eee... Rasa nak pijak je beliau... Grrr... Konpius anak aku. Ada kawan bagi jawapan 12, cikgu kata salahhh..... Aaa... Meh sini mama sekolahkan cikgu ko balik.😤😤😤

Oklah. Sekian sahaja sesi meroyan dari cik hani.
Selamat berbuka puasa


Cik Hani tengah keje. Curi masa gi sekolah.

No comments:

Post a Comment