03/08/2010

Resepi ~ Rendang Ayam Negeri 9

Bahan-bahan:
ayam 1 1/2 kg - potong kecil
garam
Bahan Kisar/Giling /Blender:
20-40 biji cili padi (pedas ikut suka, lagi banyak cili lagi pedas)
1.5 inci halia
2 inci lengkuas
3-4 batang serai
12 ulas bawang merah - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
(Bahan-bahan di atas dikisar sehingga halus)
1 sudu besar serbuk kunyit ( atau dalam 4 inci kunyit hidup).
4 cawan santan pekat (dari 1 1/2 biji kelapa)
2 helai daun kunyit
2 sudu besar kerisik
Perahan air asam jawa ( dalam 3 inci)
garam secukup rasa
Cara-cara Memasak:
  1. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali(kering) bersama campuran yang telah dikisar dan kunyit - panaskan api (med. hi)atau agak-agak.Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan kisar hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala.
  2. Kemudian baru masukkan santan.. dan tunggu hingga ianya menggelegak. Kacau sekali sekala sambil masukkan garam sedikit (agak-agak)Bila dah nampak kuahnya menjadi pekat sedikit masukkan air perahan asam jawa ( boleh juga gunakan 2 keping asam gelugor).
  3. Bila ianya sudah pekat dan hampir kering baru masukkan kerisik tadi. Dan masak di atas api yang sederhana.
  4. Selepas dalam 15 minit, boleh lah dimakan. terpulang pada diri memasing sama ada nak rendang berkuah or rendang kering. kalu nak kering kena tunggu sampai kering lor.. hehe

~Selamat Mencuba~

p/s: baru je buat sabtu lepas. nyam nyam... memang sodap. makan dengan roti pon bole... tarak hal punye... sory, gambo tak upload. xamik gambo pun.. huhuhu